Seperti yang kita ketahui, Ramadan adalah bulan di mana Al-Quran diturunkan seperti firman Allah SWT yang bermaksud: “Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk itu dan membezakan antara yang benar dengan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Al-Quran adalah zikir yang paling agung dan kebanyakan kita akan berlumba untuk khatam pada bulan ini. Ramadan juga memiliki pengkhususan dengan kitab suci kerana ia diturunkan pada bulan umat Islam difardukan berpuasa

Jika anda tidak pandai membaca Al-Quran, ada cara yang boleh anda lakukan. Pokok pangkalnya anda ada usaha untuk belajar dan bukan sekadar berdiam sahaja tanpa sebarang tindakan.

Photo by RODNAE Productions from Pexels

Ada yang di antara kita tidak pandai membaca Al Quran. Mungkin semasa kecil kita tidak berpeluang belajar mengaji di sebabkan kemiskinan atau ibu bapa yang selalu berpindah randah. Ada juga ibu bapa yang tak menghiraukan pembelajaran Al Quran semasa kita kecil atau kita jenis yang nakal tak mahu belajar mengaji dulu. Ada juga di kalangan kita yang mualaf yang sememangnya baru kenal Islam.

IKLAN

Pahala mengaji di bulan Ramadan berganda-ganda dari pahala ketika dilakukan di bulan lain dan pahala tersebut dihitung Allah dari hurufnya, bukan jumlah muka surat yang dibaca. Jika di bulan lain mendapat pahala per hurufnya ialah 10 kebaikan, di bulan Ramadan ia berganda hingga 700 kali sesuai dengan niat dan usahanya untuk menjaga hati dalam Islam agar ikhlas dan tenang.

Walaupun apa pun latar belakang kita yang menyebabkan kita tidak boleh membaca Al Quran, jangan kecewa. Nak seribu daya tak hendak seribu dalih. Bulan Ramadan Allah janjikan pahala membaca Al Quran beratus kali pahalanya. Sungguh teramat rugi kalau kita mensia-siakan tawaran Allah SWT.

Photo by RODNAE Productions from Pexels

Bagi mereka yang tidak tahu membaca Al-Quran dan juga tidak lancar membaca Al-Quran, Jadi, cubalah buka youtube dan pilihlah mana-mana Surah yang anda suka. Surah Yassin ke, Al Waqiah ke, Al Mulk ke, Surah apa-apa pun tidak mengapa. Kemudian buka Al Quran cari Surah itu dan buka YouTube Surah yang sama.

IKLAN

Cubalah ikut dengar dan baca ikut-ikut betul-betul sebutan Qari yang membaca. Ulang dan ulang beberapa kali dan setiap hari Surah yang sama sehingga mahir bagi Surah tersebut.
Teruslah membaca Surah yang sama tersebut setiap hari beberapa kali sehari. Dengar dan ikut membaca satu Surah dari Al Quran itu lebih baik daripada tidak membaca langsung.

Jangan tinggal walaupun sehari. Satu Surah pun sudah memadai, ulang-ulang baca beberapa kali sehari. Tidak payah risau orang kata mengaji tidak ikut tajwid berdosa. Belajar mengaji berguru dengan YouTube tidak boleh bagai. Orang yang bercakap itu bukan malaikat yang menulis dosa pahala kita.

IKLAN
Photo by Khats Cassim from from Pexels

Allah tahu niat kita hendak mula belajar membaca Al-Quran. Sekurang-kurangnya kita berusaha untuk belajar. Daripada tengok movie, tenguk nyanyian hiburan atau bertik tok, itu barulah dosa. Ruginya kalau tidak berusaha membaca Al-Quran. Hendak tunggu bila lagi?

HIJABISTA: Jika kita ada masa untuk membeli juadah berbuka puasa dan baju raya, kenapa kita tidak boleh peruntukkan masa untuk membaca Al-Quran. Pendek kata ianya bergantung kepada kemahuan untuk melakukannya. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Sumber kredit: Rohana Saad  Top image: Photo by RODNAE Productions from Pexels

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI