Untuk memiliki bibir yang merah dan lembap pastinya idaman semua wanita. Tidak perlu menggunakan lipstik ataupun produk pelembap bibir, bahan-bahan semulajadi juga turut berfungsi untuk menjadikan bibir anda kemerahan dan lembap seperti memakai lipstik! 

Tak Pakai Lipstik Pun, Bibir Nampak Kemerahan Dan Sihat! Rupanya Disebabkan 5 Bahan Semula Jadi Ini!
Sumber gambar: Catrice

Kos yang murah dan tidak susah untuk mencarinya, pilihan bahan semulajadi ini merupakan salah satu kaedah yang boleh anda cuba di rumah untuk memastikan bibir anda sentiasa merah-kemerahan dan lembap sentiasa!

1. Adunan lemon & madu

Tak Pakai Lipstik Pun, Bibir Nampak Kemerahan Dan Sihat! Rupanya Disebabkan 5 Bahan Semula Jadi Ini!
Sumber gambar: Dominika

Kedua-dua bahan ini sudah jelas terbukti untuk memberi kebaikan kepada kesihatan dan kecantikan tubuh badan. Bukan hanya dapat menjadikan kulit lebih muda, malah adunan kedua-dua bahan yang kaya dengan Vitamin C ini amat baik untuk menjadikan bibir sihat dan tidak kusam. Caranya:

  1. Tuang 1/2 jus lemon. Kemudian campurkan bersama dengan madu.
  2. Kacau sebentar dan tambahkan gliserin pada adunan tadi.
  3. Gaul lembut dan sapukan pada bibir.
  4. Biarkan kering selama 10-15 minit. Kemudian, bilas dengan bersih.

Baca juga: Masalah Bibir Kering Punca Lipstik Tidak Rata, Lakukan 10 Penjagaan Rapi Bibir Hanya Di Rumah Sahaja!

2. Menggunakan berus gigi

Ads
Tak Pakai Lipstik Pun, Bibir Nampak Kemerahan Dan Sihat! Rupanya Disebabkan 5 Bahan Semula Jadi Ini!
Sumber gambar: Sarah

Ha! Pasti ada diantara anda yang baru sahaja mengetahui tentang cara ini, kan? Apabila menggosok bibir menggunakan berus gigi, ia dapat menghilangkan segala daki dan sel kulit mati yang ada pada bibir. Ia juga dapat meningkatkan kolagen pada bahagian bibir! Ia sekali gus dapat menjadikan bibir merah-kemerahan seperti anda memakai lipstik! Caranya:

  1. Gosok bibir anda dengan menggunakan berus gigi dengan lembut selama 5 hingga 10 minit.
  2. Biarkan selama 5 minit. Kemudian bilas sehingga bersih.

3. Gula

Tak Pakai Lipstik Pun, Bibir Nampak Kemerahan Dan Sihat! Rupanya Disebabkan 5 Bahan Semula Jadi Ini!
Sumber gambar: Taste Of Home

Mengapa perlu mengeluarkan kos yang tinggi untuk membeli skrub di pasaran? Sedangkan anda sendiri boleh membuat skrub di rumah hanya dengan menggunakan gula! Gula dipercayai mampu mengembalikan keremajaan pada kulit bibir dan menyahkan segala kotoran yang ada pada bibir. 

Untuk melakukan cara ini, anda memerlukan gula kasar dan juga jeli petroleum ataupun ‘vaseline’. Caranya:

Ads
  1. Sediakan 1/2 cawan gula dan adunkan bersama 2ml jeli petroleum ataupun ‘vaseline’.
  2. Campurkan bahan hingga sebati dan sapukan pada bibir dalam gerakan membulat selama 3-4 minit. 
  3. Kemudian biarkan ia kering selama 5 minit dan bilas dengan bersih.

Baca juga: Bibir Lebih Sihat, Kemerahan & Berkilat, Lakukan Teknik ‘Scrub’ Yang Banyak Manfaatnya!

4. Lip gloss semula jadi

Tak Pakai Lipstik Pun, Bibir Nampak Kemerahan Dan Sihat! Rupanya Disebabkan 5 Bahan Semula Jadi Ini!
Sumber gambar: Anastasiia

Buang ketepi produk lip gloss yang dijual dipasaran. Daripada anda membazir duit dan menggunakan banyak bahan kimia, apa kata anda lakukan sendiri lip gloss dengan menggunakan buah-buahan merah semula jadi seperti strawberi, delima, buah naga, atau beri merah. Ia dipercayai dapat memberikan nutrisi pada bibir dan memberikan bibir lebih merah secara semula jadi. Caranya:

Ads
  1. Lenyek atau kisarkan bahan-bahan ini dan tambahkan sedikit madu (sekiranya ada) dan oleskan adunan ini pada bibir anda.
  2. Biarkan selama 10 minit sehingga kering dan bilas dengan bersih. 
  3. Lakukan sekerap mungkin, sekurang-kurangnya 3 kali sehari.

5. Minyak zaitun dan minyak kelapa pengganti lipstik

Tak Pakai Lipstik Pun, Bibir Nampak Kemerahan Dan Sihat! Rupanya Disebabkan 5 Bahan Semula Jadi Ini!
Sumber gambar: Tijana

Antara cara lain pula ialah gantikan minyak zaitun atau minyak kelapa kepada lipstik anda untuk seketika. Ia berfungsi untuk menjauhkan bibir anda daripada bahan kimia buat sementara waktu. Caranya:

  1. Letak sedikit sahaja pada bibir anda dan biarkan ia kering untuk tempoh yang lama. 
  2. Kemudian, jika anda ingin bersolek, cuci dengan bersih menggunakan air suam.
  3. Selepas itu, anda boleh memulakan proses solekan anda termasuk mengenakan lipstik di bibir anda.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Tak Pakai Lipstik Pun, Bibir Nampak Kemerahan Dan Sihat! Rupanya Disebabkan 5 Bahan Semula Jadi Ini!

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI