Kecantikan

Tak Nak Nampak Tua, Pilihlah Warna Lipstik Sepadan Dengan Warna Kulit

Share

Tak nak nampak tua pastikan anda pilih warna lipstikk yang sepadan dengan warna kulit. Gincu memang menjadi item wajib yang perlu ada dalam beg tangan kita setiap kali keluar rumah.

Rasa tak lengkap dan wajah pucat jadinya jika tidak mengenakan gincu tatkala bersiar-siar di luar.

Yang menjadi masalah adalah untuk memilih warna gincu yang sesuai mengikut tona kulit kita.

Pastikan anda tahu tona kulit anda terlebih dahulu sebelum membeli gincu yang baru. Ini ada beberapa tips untuk anda.

Tona kulit cerah

Buat gadis berkulit cerah, warna gincu yang terbaik untuk anda adalah rona nude. Rona nude seperti peach atau merah jambu memang sesuai untuk anda.

Elakkan memilih rona coklat gelap dan burgundy. Sesekali tampil dengan rona merah untuk kelihatan lebih anggun dan seksi.

Tona kulit kuning langsat

Gadis yang memiliki tona kulit ini sesuai dengan kebanyakan warna gincu. Rona coral merupakan warna yang terbaik untuk anda. Selain itu, rona bronze dan warm pink juga sesuai dengan tona kulit ini.

Cuma, sebaiknya elakkan memilih gincu rona coklat dan ungu kerana ia akan membuatkan wajah anda tampak lebih pucat.

Tona kulit sawo matang

Rona nude, oren dan merah jambu merupakan rona pilihan yang paling sesuai untuk anda dan boleh dipakai setiap hari. Merah antara warna yang perlu dielakkan untuk tona kulit anda.

Selain itu, elakkan juga memakai rona ungu dan kuning kerana ia akan membuatkan wajah anda tampak seperti sedang sakit.

Tona kulit gelap

Sekiranya anda memiliki tona kulit ini, lipstick rona coklat, plum atau merah merupakan pilihan yang terbaik.

Untuk waktu siang, anda boleh memilih rona coklat karamel atau pecah. Manakala untuk waktu malam pula anda boleh cuba mengoles rona merah wine.

BACA JUGA: 6 Warna Lipstik Ini, ‘Wajib’ Ada Jika Hijabi Mahu Tampil Lebih Yakin Dan Menawan!

Sumber Foto: stylishboard.com

Published by
Amy Mohd