Ambil foto Oufit Of The Day ataupun lebih dikenali sebagai ‘OOTD’ memang boleh dikatakan sudah menjadi aktiviti wajib para gadis apabila sekali sekala melaram. Iyelah, rugikan kalau dah pakai cantik-cantik tapi tak ambil gambar pulak.
Tapi bila sampai momen nak bergambar itu tiba-tiba kaku pulak tak tahu bagaimana nak posing di hadapan kamera. Ala macam mana nak buat ni?
Eh senang je sis! Kalau nak posing ala-ala supermodel hijabi terkenal iaitu Halima Aden, bolehlah ikuti tip yang dikongsikan ini. Barulah cantik gitu!
1. Pose candid konon-konon tak tengok kamera.
2. Kalau tak nak nampak bahagian kaki bolehlah pose cara setengah badan.
3. Gaya bergambar di kafe hipster.
4. Pose yang ini mesti ramai yang buatkan?
5. Gaya cekak pinggang.
6. Swafoto dengan gaya tangan di muka.
7. Posing dengan menjadikan beg tangan sebagai prop.
8. Gaya sementara menunggu lampu hijau di dalam kereta.
9. Swafoto di cermin.
Macam mana sis? Setelah melihat semua gaya ini pastinya boleh jadikan inspirasi OOTD di masa akan datang. Tak perlu terlalu risau tentang gayanya, yang penting sekali ialah keyakinan dalam diri sis. Barulah kecantikan itu akan terserlah!
kredit: twitter @heyyoushinee
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Netizen Puji Isteri Angkasawan Negara, Dr Halina Nampak Comel & Muda Pakai Tudung Bawal Square
Isteri kepada Angkasawan Negara, Dr Halina Mohd Yunos memang dikenali sebagai seorang supermama dan juga wanita bekerjaya yang begitu sibuk menguruskan kedua-duanya. Baginya keluarga dan kerjaya sama penting dan dalam hal ini beliau lebih senang memilih bergaya secara sederhana. Justeru tudung bawal square mula menjadi pilihannya untuk digayakan.
Baru-baru ini beliau muat turut status memberitahu beliau lebih senang menggayakan tudung bawal jenis square yang membuatkan dirinya kembali seperti zaman mudanya walaupun kesan ‘eye bag’ jelas kelihatan di wajahnya.
Ternyata Ibu kepada empat cahaya mata ini senang sekali menggayakan tudung empat segi ini yang tidak perlu terlalu kreatif cara lilitannya.
Malah kerjayanya yang sibuk membuatkan dia lebih senang berpenampilan begitu. Walaupun ada antara netizen yang menyuruhnya menjaga penampilan, tetapi Dr Halina ada jawapan tersendiri.
Menurutnya penampilan menarik hanyalah untuk tontonan suaminya sahaja dan bukan orang lain.
Ada juga yang memberitahu padanya, penampilan tudung bawal itu sebenarnya membuatkan seseorang itu nampak lebih muda.
@nuraidaeizam@drhalina …so trueee…u will look more younger in square scarf..lebih2 lagi kalo pakai yang gambar2 cartoon…it will attract ur kids to look @ u …
@ilah_zainal Square scarf does make us look younger doctorrrr
@zarina_adnain You look very different @drhalina from this angle. Peloless and younger..
@ezalieza Yes doc. Square scarf make us pretty younger..
Malah netizen juga turut memuji kulit beliau yang cantik dan meminta petua untuk menjaga kulit seperti dirinya.
@renee_rafizan Dr cantiknya kulit muka.bersih je…apa rahsia Dr?
@hushsya Dr Halina yang comel. Apakah skincare dr Halina gunakan? Suka tengok wajah dr Halina yang cantik itu
@nanasyakinah doc tak makeup pun comel @drharlina
Dalam pada itu, Dr Halina yang menyedari dirinya kini mempunyai berat badan berlebihan sejak melahirkan kedua-dua anak kembar.
Apatah lagi beliau juga memberikan penyusuan badan kepada kembarnya hingga membuatkan dirinya sering lapar dan makan banyak.
A post shared by Dr Halina Mohd Yunos (@drhalina) on
Jika sebelum ini beliau berjaya menyembunyikan masalah berat badan ini dengan memakai baju besar.
Dan setelah setahun kelahiran baby Noah dan Adam yang disambut semalam, Dr Halina kini nekad untuk kembali fit seperti sebelumnya.
Apa pun Hijabista ucapkan semoga impiannya akan berjaya.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM DR HALINA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sepuluh Item Yang Berbaloi Perlu Ada Dalam ‘Carry On Bag’ Di Dalam Penerbangan. Membantu Sangat!
Terdapat banyak cara untuk mengemas beg tangan anda, tetapi kadangkala “apa” lebih penting daripada “bagaimana”. Secara terang-terangan, perjalanan di atas kapal terbang boleh menjadi kedua-dua rumit dan membosankan.
Apabila saya terbang ke langit, anda mempunyai senarai semak peribadi barangan yang “mesti ada” untuk beg tangan anda, pastikan untuk berasa lebih segar dan lebih terhibur. Kebanyakan barang-barang kecil ini juga layak diletakkan di dalam beg tangan anda.
Baju-T yang bersih
Pastikan membawa baju-T dalam beg tangan, anda tak tahu jika kemungkinan berlaku seperti makanan tertumpah. Elak tak selesa sepanjang penerbangan, ya ini yang patut anda bawa. Ganti sahaja apabila perlu!
Pen
Jika anda seperti saya, anda hanya boleh meluangkan banyak masa merenung peranti anda sebelum mata anda berkaca-kaca. Pen berguna jika anda ingin melakukan teka silang kata majalah dalam penerbangan, mengisi borang kastam atau hanya coretan.
Sebungkus gula-gula getah
Mengunyah gula-gula getah atau (menghisap gula-gula) akan merangsang kerap menelan, yang membantu menyamakan tekanan udara.
Pengecas telefon mudah alih
Ia adalah detik yang merendah-rendahkan apabila anda mendapat pemberitahuan bateri lemah pada telefon dan anda tahu tiada apa yang boleh anda lakukan mengenainya. Jangan terperangkap tidak bersedia; melabur dalam pengecas mudah alih untuk memberi diri anda peluang bertarung untuk mengelakkan kebosanan dalam penerbangan.
Cermin mata hitam/topeng tidur
Siapa yang mempunyai hak untuk berteduh tingkap dalam penerbangan, tetapi anda boleh menjadikannya bukan isu. Memakai topeng adalah lebih mudah daripada berdebat tentang etika dengan orang yang tidak dikenali.
Deodoran
Anda akan mengalami suhu yang berbeza-beza semasa melakukan perjalanan dari luar melalui lapangan terbang dan dalam pesawat. Memandangkan anda akan berada di tempat yang rapat, tidak ada salahnya anda boleh memohon semula secara diam-diam di dalam bilik air, sudah tentu seperti yang diperlukan.
Tisu
Tisu adalah salah satu perkara yang anda ingin miliki sebelum anda memerlukannya.
Makanan ringan
Memandangkan syarikat penerbangan terus mencari kawasan yang perlu dikurangkan untuk mengurangkan overhed mereka, anda tidak lagi boleh mengharapkan mereka untuk memberikan anda makanan ringan yang mencukupi sepanjang tempoh penerbangan.
Bahan bacaan
Pilih majalah atau novel, tanpa mengambil berat tentang menyimpannya dalam keadaan baik. Selain itu, adalah alasan yang bagus untuk memanjakan diri dengan membaca sesuatu.
Fon kepala
Mungkin item paling penting yang boleh anda miliki, fon kepala akan datang dalam cengkaman saat anda sedang mencari sesuatu untuk menenggelamkan enjin pesawat atau bayi yang menangis. Cuma pastikan bekas pengecas anda dicaj sepenuhnya sebelum berlepas.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Cantiknya Fasha Berhijab, Bagai Bidadari,” – Netizen Puji Penampilan Fasha Sandha Di Majlis Pernikahannya
Pelakon Fasha Sandha akhirnya selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Aidil Aziz dalam satu majlis akad nikah yang cukup sederhana. Hanya dengan sekali lafaz pasangan ini sah disatukan sebagai suami isteri tepat jam 8.45 pagi di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Kangar Perlis.
Pada majlis itu, Fasha mengambil keberkatan dengan memakai hijab lengkap yang dipadankan dengan dress rona putih. Dengan solekan ringkas menyerlahkan kejelitaan ibu kepada dua cahayamata ini.
Ternyata penampilan Fasha sangat oustading di majlis pernikahannya. Dress putih sentuhan dari pereka duo Rizman Ruzaini nyata cukup cocok sekali kala tersarung pada tubuh Fasha Sandha.
View this post on Instagram
Dress by The one and only @rizmanruzaini Make up by Dato @alhaalfa ? @blackpepperproduction
A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on
Paling menyempurkan penampilan di majlis akad nikah adalah hijab yang dililit cukup sempurna dan tidak keterlaluan serta menutup leher.
Ditambah dengan solekan sentuhan Dato Alha Alfa menyerlahkan kejelitaan wajah Fasha Sandha. Malah penampilan Fasha di majlis pernikahannya itu juga turut mendapat pujian netizen.
Ramai juga mendoakan agar Fasha kekal berhijab dan istiqamah selepas ini. Tidak kurang yang mengucapkan selamat pengantin baru kepada keduanya dan moga berbahagia till jannah.
noramuhamaad Subhanaallah bidadari
hooneymommy Semoga Perkhawinan ini diberkati dan berkekalan hingga ke Syurga
my0ren Wow stunninng!
helmi_helium So beautiful
kaknur_saunaku_setkurus Alhamdulillah cantiknya berhijab
ziehahumairahcouture Canteknya @fashasandha, nnt pakai tudung terus la…nampak aura lain sangat
KREDIT FOTO: INSTAGRAM FASHA SANDHA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI