Kebanyakan daripada kita pasti berusaha untuk mendapatkan kulit yang sihat, gebu dan licin. Pelbagai cara boleh dilakukan sebenarnya bagi memperoleh hasil yang diidamkan contohnya dengan melakukan rutin kecantikan menggunakan produk yang mudah didapati di drugstore.
Bagi yang masih tercari-cari rutin yang sesuai, Azreena Azmi telah berkongsi kepada ramai mengenai rutin kecantikannya di Facebook yang telah mendapat ribuan shares. Apa kata hijabi cuba teknik yang dikongsikannya ini!
⭐️HADA LABO CLEANSING OIL MAKE-UP REMOVER⭐️
Pakai tiap2 hari lepas makeup atau pakai sunblock, buat double cleanse (guna oil remover then pakai pencuci muka biasa) untuk apa? Untuk deep cleansing ataupun maksud dia cuci sampai ke dalam pori untuk mengelakkan liang pori tersumbat.
Step dia, JANGAN basahkan muka, JANGAN campurkan dgn air. Picit dalam 2 pump, urut seluruh muka (nak cuci makeup bhg mata pon boleh tp tak recommanded sbb better guna remover yg khas untuk makeup bhg mata)
Kemudian amek air sedikit campurkan dgn oil tadi, lama2 dia akan jadi warna putih bila oil dah campur dgn air. Bilas mcm biasa, lepas tu baru guna pencuci muka.
Jangan pulak ingat double cleansing ni pakai pencuci muka yg sama pulak, pastu cuci muka 2x ??? kering la kulit awak tuuuuu.
Jangan pi buat minyak masak plak, mana nk tau mak hampa mata rabun terlupa pakai spect nampak dia tulih oil, pi tuang dlm kuali buat goreng ikan. Hihihihihi.
Sangat best ?? tak membuatkan kulit anda kering. Mmg bersih muka lepas pakai ni.
?Harga kat Watsons : RM 58.90 (200ml)
⭐️CETAPHIL GENTLE SKIN CLEANSER⭐️
Hat ni viral ni, tapi sis jenis suka tukaq2 cleanser, pastu berkenan hat ni sbb kulit sis jenis kering, so bila lepas pakai kulit tak rasa tegang pun.
Kalau nak tau cleanser apa yg bagus dan sesuai, lepas guna cleanser tu kulit kita tak rasa tegang. That’s good for your skin. We need hydration to maintain a good skin!
Ianya sgt sesuai untuk sensitive skin ataupun org yg ada masalah kulit yg terlalu dry mcm eczema, tapi tak leh kata jugak, ada yg cuba tak sesuai kat kulit depa. Biasalah kulit manusia lain2 jenis.
?Harga kat Watsons : RM 60.62 (500ml) boleh tahan sampai setengah tahun lebih. Trust me ?hampa tekan banyak2 buat apa? Main sabun ka? ?
⭐️EUCERIN DERMO PURIFYER SCRUB⭐️
Terlebih dahulu, scrub ni skrg telah bertukaq wajah menjadi lebih cantik sbb dia dah move on. Hahaha. So nama dia pun dah jadi lain , EUCERIN PRO ACNE SOLUTION SCRUB. Packaging dia pun skrg dah jadi cerah sikit sbb kerap pi cucuk vit c. ?
Cerita dia mcm ni, lepas ena pi buat treatment laser dan prp, doctor tak bagi ena scrub muka sbb biji2 dlm scrub terlalu kasaq takut kulit luka. Sbb tu dok maintain packaging lama sbb tak pakai langsung. Lani baru start pakai. Yg ni mmg favourite ena dari dulu ??? muah ciked.
Ramai tanya waktu bila kena pakai scrub. Ok, scrub ni pakai 2 kali seminggu / seminggu 2 kali pakai. Pandai2 la hampa jarakkan hari tu bagi balance. Pakai selepas cuci muka dgn pencuci muka. Ada paham adik manis? ?
?Harga kat Watsons : RM53.00 (100ml)
Apa ni asyik watsons ja?
Biasa la customer tetap watsons ? dengki la tueeee tak dak kad watsons.
⭐️LOREAL MICELLAR WATER 3 IN 1 MOISTURIZING⭐️
Yang ni mmg feberettt (satgi viral pulak kata ni apa benda feberettt, favourite . Nokkkk). Siti bagi 5 bintang untuk product ni ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Selalu lepas makeup mmg ena pakai yg ni dulu sebelum buat double cleansing to make sure my pores tak tersumbat dgn makeup dan segala kotoran2 yada yada.
Mcm biasa, tuang atas kapaih (kapas / facial cotton) haa remove la makeup.
Why i fall in love with this? Coz after i remove my makeup, tetiba i jadi cantik mcm uqasha senrose. Hahahahaha okbai. Sbb pakai ni dia tak keringkan kulit. So kulit rasa fresh mcm baru mangkit tidoq.
?Harga kat Watsons : RM 33.86 (400ml) because you worth it! ?
⭐️PURE BEAUTY URBAN SHIELD MAKEUP REMOVER⭐️
This is makeup remover. Tapi jenis tisu basah.
Yg ni pakai bila pi travel mana2 sbb senang nak bawak. Tak recommanded untuk daily use sbb boleh mengeringkan kulit awok2 yg cantik lagi jelita. Dan boleh merosakkan skin barrier (apa tu? Google search la ?) sbb kalau kita kerap guna tissue, lapisan atas kulit boleh luka atau rosak (walaupun tak nampak dgn mata kasar) be gentle ok. Jangan la pi tonyoh kuat2. Kesian kulit.
?Harga kat Watsons : RM 15.90 (20 keping) brand ni available kat Watsons ja tau. Tempat lain ilekkkkk.
⭐️FRESH ROSE DEEP HYDRATION FACIAL TONER⭐️
Apa tu dalam botoi tu? Jin ka? Nampak mcm asap. Ehhh dak la, tu la kelopak bunga rose ? auuummm wangi kan.
Ini toner, ini bukan air rose. Ena suka pakai ni sbb tak berminyak, then dia bg kulit ena lembab, lagi satu dia punya packaging tu menarik sgt. Hihihihihi. Love it!
?Harga kat Sephora : RM 192.00 (250ml) boleh pakai sampai 3-4 bulan mcm tu.
NI ADA JUAI KAT SEPHORA SAHAJA OK ?
⭐️HADA LABO PREMIUM HYDRATING LOTION⭐️
Ni pun sejenis toner walaupun nama dia lotion sbb texture dia yg sedikit pekat.
Yg ni selalu ena pakai waktu malam sbb waktu malam time kita lena antara 10pm-2am kulit kita tgh repair walaupun skrg ni ena tak lena lagi dok taip menatang ni pukul 1.36am.
Siang ena pakai toner fresh sbb dia tak heavy, malam ena pakai yg ni.
Untuk lembabkan kulit. Sesuai untuk kulit yg luar kering dalam minyak, luar minyak dalam kering ?. Hahahaa. Combination skin dgn dry skin lerrr. Kulit normal pon boleh pakai, kalau nak feeling2 ala kulit korea walaupun muka melayu jawa.
?Harga kat Watsons : RM 69.00 (170ml)
⭐️BIO-ESSENCE BIO GOLD 24K ROSE GOLD WATER. HAMBOIIHH NAMA PANJANG AIHH⭐️
Alaa cinonetnyaaaa, yg ni ena baru nak cuba sbb tu beli yg 30ml dulu. Comel sgt.
Lepas pakai mmg best, kulit rasa muda 10 tahun.
Ni essence water guys kalau nak tahu. Dia treatment untuk anti-aging/anti-penuaan , pores, hydration, dull skin. Mcm2 lagi kebaikkan dia.
Pakai selepas toner, boleh buat mask, tuang kat kapas then letak kat muka dalam 5-10 minit. Atau guna DIY mask yg kering tu, tuang dlm tu then pakai untuk buat mask.
?Harga kat Watsons : RM 21.90 (30ml) beli hat kecik dulu try bosskurrrr.
⭐️HADA LABO PREMIUM HYDRATING MOISTURIZER CREAM⭐️
Ni ena baru cuba sbb sebelum ni ena pakai Hada Labo Aqua Moist Moisturizer. Yg tu not bad jugak, saja tukar kepada cream sbb Dr.Aren AOKlinik suruh ena pakai moisturizer yg texture dia lebih pekat sbb kulit ena kering walaupun nampak berminyak coz he know my skin better than me.
Hakikatnya mmg kering sbb tu kulit kita berminyak.
Ena tau ramai takut nak pakai cream texture ni sbb takut berminyak and break out. But this product mmg ohsemm! Rasa selesa ja pakai. Alhamdulillah muka tak berminyak dan tak break out. Make sure lepas pakai hampa dok depan kipas bg dia serap terlebih dahulu baru boleh apply next step.
Yg ni moisturizing cream untuk siang. Dia ada untuk malam. Next!
?Harga kat Watsons : RM 78.00 (50g)
⭐️HADA LABO PREMIUM HYDRATING NIGHT CREAM⭐️
Yg ni untuk malam ok. Untuk extra treatment pada waktu malam. Fungsi dia sama mcm yg tadi. Ok awok? Ada paham?
Kadang ena cheat sikit pakai hat ni untuk siang. Muahahahaha. Tak tau pasaipa, mmg suka pakai ?
?Harga kat Watsons : RM 78.00 (50g)
⭐️NEUTROGENA ULTRA SHEER DRY-TOUCH SUNSCREEN⭐️
Haaa! Sapa sini tak pakai sunblock? Babab satgi. Hehehe
Malas la nak bebel banyak pasal sunblock ni. Nak tau fungsi dia apa boleh follow ig ena @missazreena . Ena ada letak kat highlight story ‘skincare’ haa hampa tengok la kat situ kenapa kita perlu pakai sunblock/sunscreen ni.
Apa2 pun kita mmg wajib pakai sunscreen untuk perlindungan drpd cahaya matahari, bg mengelakkan kulit cepat proses penuaan/cancer kulit ? sbb lapisan ozon dah semakin tipis.
Why i love this sunblock? Sbb dia tak kering dan tak berminyak. Rasa ringan ja bila pakai. Pernah cuba brand biore, apakan daya tak sesuai, muka naik jerawat kecik2. Huhuhu. Biasalah tera nak cari yg sesuai dgn kulit kita tu bukan senang. ???
Sunblock pakai lepas moisturiser! Sebelum makeup! Sunblock ni kira last skali la dalam skin care routine/step.
Time nak pakai tu jgn la picit titik2 kecik kat muka pulak, ingat pakai serum ka? Paling kurang kena 2 jari kita untuk sapu sunscreen kat muka ni. Please google ‘2 finger rule sunscreen’ . Haa banyak tu la hampa kena pakai kat muka tau baru dpt protection sepenuhnya ?
?Harga kat Watsons : RM 44.40 (88ml)
⭐️BENZAC AC 5 WATER BASE GEL⭐️
Ni ubat jerawat. Sapu kat jerawat shj. Ok sekian terima kasih.
?Harga kat Watsons : RM 13.16 (15g)
⭐️HIRUSCAR POST ACNE⭐️
Ni ubat parut akibat jerawat. Sapu kat parut sahaja. Ok sekian terima kasih.
Tak dak parut jerawat? Ce try sapu kat parut akibat cinta yg dicurang. Mana tau ok ?
?Harga kat Watsons : RM 41.78 (10g)
Mahainya???!!!! Hmmm lantak hampa la. Tak mau mahai buat remedies sendiri kat rumah pakai kulit kayu manis. Tu pon kalau boleh tahan pedih ?