Viral minggu ini apabila dikatakan baby istimewa adik Ainul Mardhiah akan pulang ke Malaysia setelah hampir sebulan berada di London kerana menjalani rawatan membuang ketumbuhan kanser ‘Germ Cell Tumor’di sana.

Mereka sekeluarga yang dikatakan akan tiba di Malaysia pada Selasa lalu dikhabarkan tidak jadi pulang. Ini kerana adik Ainul Mardhiah mengalami masalah demam yang memaksa dia ditahan semula di hospital.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nurul Erwani Zaidi (@_nrlerwani) on

Menyedari kekeliruan yang timbul (tangguh kepulangan) dan bagi menjelaskan apa yang berlaku, ibu Ainul Mardhiah tampil memberitahu hal sebenar dalam status terbaru di laman Instagramnya.

Menurut Nurul Erwani Zaidi, Ainul memang sepatutnya pulang pada hari Selasa dan segala persiapan juga sudah dilakukan, Tetapi siapa sangka perancangan Allah itu Maha Hebat. Keadaan kesihatan Ainul tidak mengizinkan untuk dia berada dalam kapal terbang.

Ainul diserang demam dan batuk pada pagi Isnin sepatutnya hari mereka sekeluarga pulang ke Malaysia. Justeru ibu muda memohon semuanya sabar dan tenang serta selitkan doa yang baik-baik untuk adik Ainul.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nurul Erwani Zaidi (@_nrlerwani) on

Dia juga mengharapkan segala kebaikan yang diberikan akan mendapat balasan baik dari Allah SWT.

Ads

Siapa yang tak rasa sedih bila anak yang kita kandungkan dalam perut, kita lahirkan sendiri dengan sakit yang kita tanggung sendiri akan menghadapi pelbagai ujian. Tapi kesedihan itu semua tidak akan patahkan semangat bila kita dapat tengok anak kita setiap masa, dapat spend time masa bersama dengan anak kita setiap hari. .

Hampir dua bulan berada di London, membawa Ainul untuk menerima rawatan di London adalah satu keputusan yang paling terbaik untuk memastikan Ainul sihat dan dapat diberikan rawatan yang sewajarnya. Memang betul, Ainul sepatutnya dibenarkan pulang ke Malaysia pada 8/7(Isnin) pada 9:30 malam waktu London dan dijangka akan sampai ke Malaysia pada 9/7(Selasa) pada 5:30 petang waktu Malaysia. Segala persiapan sudah dilakukan. Dr di sini sudah benarkan Ainul pulang dan Dr juga sudah check keadaan Ainul pada hari jumaat dan Ainul sangat sangat baik. .

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nurul Erwani Zaidi (@_nrlerwani) on

Siapa sangka, perancangan ALLAH Maha Hebat. Kami tak dapat pulang ke Malaysia atas faktor kesihatan Ainul tidak mengizinkan untuk Ainul berada di dalam kapal terbang. Ainul demam dan batuk pada pagi hari Isnin sepatutnya hari kepulangan kami ke Malaysia. Ada hikmah semua ini akan berlaku. ALLAH pasti tahu apa yang terbaik untuk kami. Ya saya pasti. .

Ads

Saya harap dan mohon semua sabar, bertenang dan sentiasa selitkan doa yang baik baik untuk kami kerana apa yang kita doa pada orang akan berbalik pada kita sendiri. Saya pun sentiasa mengharap dan meminta pada ALLAH supaya apa yang berlaku pada waktu ini akan memberi sinar bahagia pada saya dan keluarga pada waktu yang mendatang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nurul Erwani Zaidi (@_nrlerwani) on

Dan Terima Kasih pada semua kerana selama ini sentiasa memberi semangat pada kami, doakan yang baik untuk kami, beri pertolongan pada kami. Saya amat hargai. Saya harap Tuhan akan membalas semua kebaikan ini dan memudahkan srgala urusan di dunia dan juga di Akhirat nanti. .

Bercakap lah perkara yang baik baik. Kerana percakapan kita adalah satu doa Salam sayang daripada saya dan Ainul Mardhiah

Ads

Tak Muncul Selasa Lalu, Ibu Ainul Mardhiah Tampil Beri Penjelasan Sebenar Tangguh Kepulangan Ke Malaysia

Sokongan netizen pada adik Ainul Mardhiah:

azmah_hafidz @_nrlerwani❤️ insyaAllah..mg ainul cepat sihat Dan dpermdhkn urusan ainul Dan keluarga.

syainna Ainul kesayangan rakyat malaysia,in sya Allah,ainul akan sihat.pasti ada hikmah ada yg berlaku.

imhjhnorsiah Kami mohon kepada Allah yang Maha Agung. Tuhan yang mempunyai arasy yang besar, semoga Allah menyembuhkan sayang ainul 

suriamohamadsaad Semoga ainul cepat sembuh..Dan dimudahkan urusan..

reena_azmi Semoga dipermudahkan segala urusan. Semoga bby ainul cpt sihat. 

KREDIT FOTO: INSTAGRAM NURUL ERWANI

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI