Pemakaian sunblock memang sangat penting untuk menjaga kecantikan kulit wajah. Kita lupa tentang kepentingan penggunaan sunblock, sedangkan ianya membantu melindungi kulit daripada cahaya UVA dan UVB yang boleh mendatangkan iritasi pada kulit wajah terutamanya di negara beriklim tropika seperti negara kita.

Walau di mana anda berada, jangan pernah lupa membawa sunblock bersama. Sama ada anda sedang bersenam di luar, pergi bercuti di pantai, menyertai pertandingan marathon atau keluar bersama keluarga mahupun rakan-rakan, wajib guna sunblock setiap hari.

Antara kepentingan memakai sunblock termasuk melindungi kulit dari sinaran matahari seperti UVA dan UVB serta ia juga melindungi protein di bawah permukaan kulit seperti keratin, elastin dan kolagen.

Pilih sunblock mengikut SPF yang bersesuaian dengan keadaan dan aktiviti yang kita akan lakukan. Jenis-jenis SPF atau nama panjangnya Sun Protection Factor (Faktor Perlindungan Matahari) antaranya SPF 15,  SPF30, dan juga SPF50.

Ini perkongsian Adi Sakinah Omar yang kini tinggal di bumi Korea.

The biggest skin care secret I learned from my Korean friends is SUNBLOCK. One of my Korean friends said to me, it’s okay not to wear any makeup, but putting on sunblock is a MUST.

They always have their sunblocks in their handbags, setiap beberapa jam sapu sunblock walaupun ketika hari hujan.

Sejak kina share tentang kepentingan sunblock beberapa bulan lepas, ramai yg DM bagitahu kulit mereka improve banyaak lepas start pakai sunblock. Sampai sekarang masih ada lagi yg DM tanya tentang sunblock.

Ada tak yang mengamalkan pakai sunblock setiap hari kat sini? Cuba comment kat bawah sebab ramai lagi yg tak tahu kepentingan pakai sunblock.

Sumber kredit: Adi Sakinah Omar