Menuntut ilmu itu memang tiada tarikh luputnya. Tidak pernah terlambat untuk kita mencarinya kerana pastinya pengetahuan kita akan bertambah dan berganda selepas itu.
Pelakon popular yang sedang sarat hamil iaitu Mawar Rashid juga tidak ketinggalan untuk mendalami ilmu agama bagi mempertingkatkan mutu bacaannya untuk ayat Al-Quran.
Memperkenalkan ustazah Mawar. Dia sama umur Mawar, and dia pun tengah pregnant sama bulan dengan Mawar. Sepanjang Mawar pregnant ni, Nad ni la jadi guru mengaji Mawar, lepas blajar iqra, we all sama2 baca Al-Quran untuk baby we all.. Memang niat Mawar sbelum pregnant lagi nak belajar balik untuk mengaji dengan lancar, agar Mawar lebih dekat ngan Al-Quran. Tapi Mawar tak sempat lagi menguruskan masa Mawar atas urusan kerja yang terlalu padat. Jadi Mawar ambil kesempatan time preggy ni, untuk memulakan kelas mengaji yang telah lama ada dalam niat hati Mawar ni. Insyaa’Allah akan maintain kelas mengaji atau kelas apa2 demi menambahkan ilmu pengetahuan agama sampai bila2 pun tak apa. Itu hajatnya la, kita perlu dream big kan. Hehe.. Sebelum ni Mawar memang boleh baca Al-Quran, jangan salah faham ye, tapi tak beberapa lancar.
Ads
Mawar niat berkongsi perkara baik dengan masyarakat di luar sana.
Mawar tak malu untuk share sebab Mawar sedar ni kekurangan Mawar. Buat apa kalau kita nak bangga dengan benda yang kita tak pandai/ tak ada kan? Biar hati ni jujur daripada kita menipu diri sendiri dan orang lain. Mawar punya goals, belajar sampai dapat baca Al-Quran dengan lancar, dan dapat menghayati ayat2 yang Mawar baca. Insyaa’Allah ? And Mawar share ni agar dapat memberi semangat kat org luar di sana yang kita tidak pernah terlambat untuk memulakan sesuatu yang baik. Mawar doakan agar kita semua sentiasa istiqamah(berterusan) hingga ke akhir hayat ?
Ternyata ramai yang terinspirasi dengan perkongsian Mawar dan berharap mereka juga dapat melakukan perkara yang sama selepas ini.
Alhamdulillah. Berseri sungguh wajah bakal ibu ini. Moga Mawar dipermudahkan urusannya untuk melahirkan anak tersayang nanti dan terus dipermudahkan jalannya bagi mencari ilmu Allah. InsyaAllah, amin.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sebagai Muslimah moden, lapar dan dahaga bukanlah lesen untuk menjadi malas dan selekeh. Bulan puasa seharusnya menjadikan kita lebih bertenaga dan bersemangat untuk melakukan perkara yang baik dan mengumpul pahala.
Terdapat beberapa habit yang membolehkan kita untuk kekal segar, sihat dan bebas nafas berbau sepanjang Ramadan.
Habit 1: Kekal Hidrat
a. Minum banyak air masak di antara iftar dan sahur, terutama sebaik sahaja berbuka puasa.
b. Elakkan pengambilan kafein, teh dan juga minuman manis kerana mereka mengakibatkan kita terdehidrasi dan menurunkan kandungan gula darah kita.
c. Simpan panadol atau ubat sakit kepala berdekatan jika air tidak cukup untuk menghilangkan sakit kepala anda.
Habit 2: Elakkan Nafas Berbau
a. Bersihkan gigi anda dengan miswak sepanjang berpuasa di siang hari (sebaiknya sebelum solat).
b. Gosok gigi secara menyeluruh selepas iftar sebaiknya tiga kali sehari berbanding dua.
c. Gunakan mouthwash selepas memberus gigi selepas sahur agar kesihatan oral terjaga dan menghalang bakteria punca nafas berbau aktif.
Habit 3: Kekal Bertenaga
a. Jangan terlebih makan tatkala iftar. Buka puasa dengan snek ringan seperti kurma, bukan bak jamuan!
b. Pilih untuk bakar dan rebus makanan berbanding goreng apabila memasak untuk iftar.
c. Sebaiknya jangan tinggal sahur. Ianya satu masa yang penuh keberkatan dan juga pemberi tenaga sepanjang hari.
Habit 4: Selitkan Masa Berehat
a. Sekiranya ada sedikit masa, cuba untuk tidur dan rehat sebaiknya.
b. Cari masa untuk rehat. Jangan terlalu penuh jadual aktiviti harian anda.
c. Tidur sebelum Zuhur (sebentar sahaja ya!) akan menjadikan anda lebih segar sepanjang hari.
Pastikan kesihatan dan kekuatan tubuh badan kita terjaga sebaiknya sepanjang Ramadan agar ia memudahkan kita untuk beribadah ada malam harinya. – hb
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Bermula dari perkongsian resepi mudah di media sosial, pempengaruh Khairul Aming telah berjaya menambat hati rakyat Malaysia dengan video santai dan lucunya. Dia juga dikenali dengan cara pertuturan yang baik dan informatif serta bagus dalam menangani apa-apa isu yang terpalit kepadanya.
Fenomena ‘Hey, What’s up guys!’ kini telah berjaya membuat satu perniagaan yang telah mengaut sebanyak RM2.1Juta dalam masa 2 tahun sahaja. Ramai yang kagum dan mengidolakan pempengaruh ini!
Sering berkongsi kisahnya di sosial media, Khairul Amin Kamarulzaman atau disapa mesra sebagai Khairul Amin, menjadi ikon bagi golongan muda di Malaysia. Sikapnya yang kuat berusaha itu menjadi pendorong kejayaannya kini.
Tak dinafikan, Khairul Amin juga menghadapi detik bangun dan jatuh dalam kehidupannya itu. Terdahulu dia juga pernah berkongsi bagaimana setiap perniagaan yang dilakukan sering gagal sehinggakan terpaksa senyapkan diri seketika.
Kini, setiap liku yang di harunginya berjaya menghasilkan sebuah perniagaan yang sukses sehinggakan boleh mengaut keuntungan sebanyak RM21.5 Juta dalam masa dua tahun.
“Hari ini genap dua tahun saya menjual ‘Sambal Nyet Berapi’ dan saya ingin kongsi bersama anda jumlah keuntungan yang kami perolehi adalah sebanyak RM21.5 juta,
“Jumlah ini bersamaan dengan 1.5 juta botol sambal yang terjual dalam tempoh dua tahun ini.” katanya.
Menurut pempengaruh berusia 31 tahun itu juga, setiap apa yang dia lalui tidak pernah menjadi satu perkara yang mensia-siakan. Cabaran itu jugalah yang mengajar erti kejayaannya yang kian melakar sehingga saat ini.
“Saya sangat happy dan bersyukur sebab banyak liku-liku yang kita hadapi. Kita juga bermula dari bawah,
“Tapi kerana cabaran ini menjadi penguat untuk lebih maju di masa hadapan,
“Terima kasih kepada team saya yang sangat supportive. Terima kasih juga buat anda di luar sana yang sentiasa menyokong dan membeli ‘sambal nyet berapi’.” ujarnya.
Selepas genap dua tahun beroperasi, alhamdulillah hari ini total jualan Sambal Nyet telah mencecah RM 21.5 juta ringgit. Kita juga baru terima award untuk Sambal Nyet bagi kategori Best Customer Service. Let me share with you guys macam mana kita manage operation setiap hari: pic.twitter.com/4ept8saa78
Sebagai penganut agama Islam, kita diwajibkan mencari rezeki dari sumber yang halal. Malah, percaya bahawa ajaran agama-agama lain di dunia ini juga amat mementingkan usaha mencari nafkah dengan cara yang baik.
Oleh itu, untuk mendapatkan keberkatan dalam mencari rezeki, kita hendaklah berusaha dan bekerja dengan hasil titik peluh dan tangan usaha sendiri. Setiap rezeki yang kita peroleh dan belanjakan itu akan dipersoalkan oleh Allah di akhirat kelak.
Berdasarkan hadis daripada Ibn Mas’ud R. Anhuma, Rasulullah S.A.W pernah bersabda:
“Kaki anak Adam akan tetap tegak berdiri di sisi tuhannya pada hari kiamat, hingga dia ditanya tentang 5 perkara iaitu: tentang umurnya untuk apa dia habiskan, tentang masa mudanya untuk apa dia gunakan, tentang hartanya dari mana dia dapatkan, dan dalam hal apa (hartanya tersebut) dia belanjakan dan apa sahaja yang telah dia lakukan dari ilmu yang dimilikinya.”
Riwayat al-Tirmizi (2416)
10 punca kita hilang keberkatan rezeki. Marilah kita muhasabah diri sendiri, mana tahu ada perkara yang kita terlepas pandang. Elak rezeki yang haram menjadi darah daging kita.
1. Gagal penuhi solat 5 waktu
Apabila kita semakin jauh dari Allah yang memberi nikmat rezeki, itu petanda utama bahawa rezeki kita tidak berkat. Sebagai hambaNya yang sepatutnya bersyukur dengan semua rezeki yang diberikan. Kita sepatutnya mematuhi semua suruhanNya dan menjauhi laranganNya.
Kita terlalu melebihkan dunia sehingga akhirat dilupakan. Gagal penuhi solat 5 waktu kerana sibuk mengejar harta duniawi. Apa yang difikirkan hanyalah cara untuk mendapat harta yang banyak sehingga lupa Allah yang memberi rezeki itu.
2. Abaikan ibu bapa
Kita jangan sesekali lupakan ibu bapa yang bersusah-payah membesarkan dan mendidik kita hingga berjaya. Sebagai anak yang bertanggungjawab kita perlu memuliakan ibu bapa dengan cara menghormati, memberi wang belanja, menjaga kebajikan dan sentiasa menyayangi mereka.
Apabila seorang ibu meninggal dunia, maka akan hilanglah satu keberkatan dalam hidup iaitu doanya. Walaupun kita berjaya atas usaha sendiri, namun jangan lupa doa seorang ibu sentiasa akan diangkat ke langit. Tanpa doa orang tua kita, kita tak akan ke mana.
3. Hubungan kekeluargaan
Apabila kita semua masih kecil, adik-beradiklah tempat kita bergurau senda, gaduh-gaduh manja dan berkasih sayang. Jika dilahirkan dalam keluarga yang susah, kita sanggup berkongsi makanan. Tak sanggup membiarkan adik beradik tidak cukup makan.
Itulah yang diajar oleh ibu dan ayah kita. Namun, apabila dah dewasa dan mempunyai kehidupan sendiri bersama keluarga, kita dah tak mula tak rapat dengan adik-beradik. Apabila hidup senang, kita pandang mereka dengan sebelah mata saja.
4. Berat untuk bersedekah
Ada orang yang sangat susah nak membuat amal jariah misalnya dengan bersedekah. Wang yang dikumpul siang malam, disimpan di dalam bank. Anda risau jika kerap bersedekah lama-kelamaan wang mereka akan susut.
Sebenarnya tak akan miskin orang yang suka bersedekah. Membantu orang lain yang dalam kesusahan dapat menambah pahala anda. Selain itu, orang yang dibantu akan mendoakan anda. Tidak mahukah kita pahala percuma yang Allah beri selain doa orang lain?
5. Ada Masalah Hati
Ada orang yang mempunyai masalah hati yang sangat kritikal. Mereka tak boleh tengok orang lain lebih, pastinya menjadi topik umpatan. Jika dah tak mampu menahan amarah, mereka sanggup membuat fitnah. Apabila hidup dalam keadaan hati yang hitam, anda akan tidak tenang. Bila tengok orang lain lebih senang, kita pun sanggup berbuat apa saja untuk mencapai tahap seperti tu. Tanpa sedar, kita tersilap langkah dengan mengejar harta yang tak halal dengan cara menipu, mengambil riba, pecah amanah dan sebagainya.
6. Takbur dan Riak akan Diri Sendiri
Orang yang takbur atau sombong amat dibenci oleh Allah. Mereka menganggap diri mereka lebih berkedudukan tinggi dan berkuasa berbanding orang lain. Apabila menjadi majikan, mereka sering menekan pekerja bawahan. Pantang pekerja buat salah, habis mereka dikeji tanpa simpati. Sifat riak yang ada dalam diri membuatkan mereka tak ikhlas ketika membuat ibadah atau kebaikan. Misalnya apabila bersedekah, mereka gemar mengungkit-ungkit pemberian dan mewar-warkan kepada orang lain.
7. Tak Jujur dalam Pekerjaan
Sebagai seorang pekerja atau juga majikan anda mestilah jujur ketika melakukan pekerjaan. Jika anda seorang peniaga, pastikan barangan yang dijual tak rosak, tak membawa mudarat dan ada timbangan yang betul. Paling penting jangan meletakkan harga yang tinggi.Jangan ada jual beli yang melibatkan faedah. Malahan, sebagai pekerja kita perlulah menepati waktu kerja, tak curi tulang dan sentiasa bersifat amanah. Jangan pula sibuk bermain Facebook ketika waktu bekerja kecuali ketika sedang berehat.
8. Pekerjaan yang tak Diredhai
Carilah pekerjaan yang diredhai oleh Allah. Jangan sesekali menjerumuskan diri dengan perniagaan yang melibatkan jenayah yang pastinya membawa mudarat. Pekerjaan yang baik ialah yang memberi manfaat kepada diri sendiri, keluarga, agama, bangsa dan negara.
9. Suka Merungut
Sebagai manusia biasa, kita tak akan terlepas daripada ujian hidup. Ujian yang diberikan oleh Allah bertujuan untuk mengukur tahap keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah. Namun, ada orang yang suka merungut saban waktu.
Mereka mempersoalkan kenapa masalah ditimpakan kepada mereka. Akhirnya, mereka hilang kepercayaan kepada agama kerana iman yang rapuh. Terlalu banyak nikmat yang Allah turunkan tak pula disyukuri. Sedikit ujian yang diberikan buatkan mereka hilang arah.
10. Lebihkan Dunia, Lupakan Akhirat
Allah memberi pelbagai nikmat untuk manusia syukuri. Tak salah untuk membeli rumah yang besar dan kereta mewah. Malah, tak berdosa mengumpul kekayaan dengan susah-payah.Namun, kita perlu seimbangkan antara dunia dan akhirat. Harta benda yang dikumpulkan perlu dikeluarkan zakatnya dan jangan lupa membantu orang yang memerlukan. Nikmat dunia boleh dicari dan ganjaran pahala di akhirat juga perlu dikejar.
Setakat ni saja perkongsian penulis tentang 10 punca hilang keberkatan rezeki. Anda mesti tanamkan dalam diri, dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. Semua yang dikumpulkan bukan milik kita seorang. Jika hati nak tenang, pastikan rezeki yang diperoleh berkat.
Antara kesan buruk jika rezeki tak berkat ialah:
Duit sentiasa rasa tak cukup.
Sering bergaduh dengan ahli keluarga, rakan-rakan dan saudara-mara.
Istidraj iaitu pemberian nikmat yang banyak oleh Allah, namun tak diredhai-Nya.
Hati tak tenang dan tak bahagia.
Semakin jauh daripada Allah.
Tak rasa bersalah ketika melakukan dosa.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...