Cantik, lembut, sopan dan berilmu. Itu antara kata-kata yang dapat menggambarkan personaliti yang dimiliki oleh penyanyi, pelakon serta pengacara, Amira Othman.
Nama Amira Othman mula trending sejak digandingkan dengan aktor kacak, Fattah Amin antaranya dalam sesi live mempromosikan daging perap Pak Mat Western serta dilantik sebagai duta Jakel 2025.
Keserasian dan kemesraan yang ditonjolkan kedua-dua artis terkenal ini menjadi bualan hangat terutama di kalangan warga maya.
Ramai yang menyenangi dan mendoakan agar Amira dan Fattah berjodohan memandangkan mereka dilihat sangat sepadan.
Apatah lagi dengan keperibadian Amira yang membawa vibes seorang Muslimah yang sopan dan elegan.
Pasti bertuah sesiapa yang berjaya memenangi hati Amira atau nama sebenarnya Nadia Amira Othman yang kini mencecah usia 31 tahun.
Baru-baru ini, pemenang tempat ketiga Akademi Fantasia 2013 ini memuat naik video pendek memaparkan dirinya sedang melakukan review produk kosmetk jenama terkenal di akaun Instagramnya.
Amira menunjukkan cara menyapu foundation pada kulit wajahnya yang segar, bersih dan polos tanpa secalit solekan.
Pada masa yang sama, para peminat dan pengikutnya terpegun dengan kecantikan asli yang dimiliki Amira.
Rata-rata menitipkan kata-kata pujian di ruangan komen.
Dalam video tersebut, Amira tampil manis dengan abaya rona biru lembut. Sejuk sahaja mata memandang.
BACA JUGA: Makin Gorgeous & Glowing! Gaya Terkini AMIRA OTHMAN Raih Pujian, Tetap Sopan Walau Tampil Stylish
Untuk info, Amira kini popular dengan single terbarunya iaitu ‘Bila Nak Kahwin’. Amira terkenal dengan sikapnya yang merendah diri biarpun lahir dalam keluarga berada.
Dalam bidang pengacaraan, Amira pernah mengendalikan program ‘Nasi Lemak Kopi O’ sebagai hos bersama.
Dilahirkan di Skudai, Johor, Amira merupakan anak ketiga daripada lima adik-beradik. Dua daripadanya adalah penyanyi iaitu Irfan Haris dan Haikal Iskandar.
Amira merupakan graduan Diploma Jurusan Muzik dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Ijazah Vokal Klasik dari universiti yang sama.