Perkongsian dalam entri terkini di Instagram (IG) mengejutkan peminat kerana Zulin tampak begitu langsing dengan pinggang secekak.
Sebelum ini memang Zulin berusaha keras menurunkan berat badannya. Menurut Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz dia mengalami susut berat badan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan Mac lalu.
"Saya tak makan nasi sejak tahun lalu. Ketika berbuka puasa, saya hanya menjamah buah kurma dan meneguk air.
"Beberapa minit kemudian barulah saya makan lauk-pauk. Sahur pula saya hanya makan pisang," katanya.
Tidak berahsia, Zulin mengaku mengamalkan sejenis minuman yang mana dirinya menjadi testimoni kepada produk berkenaan.
"Ketika mula mengambilnya, berat badan saya 85 kilogram. Selepas mengamalkannya, berat menyusut kepada 70 kilogram dan sekarang 60 kilogram," katanya.
Zulin menepis dakwaan tubuhnya menyusut kerana 'makan hati'.
"Saya buat semua ini untuk diri sendiri, bukan untuk sesiapa. Semuanya untuk kepuasan sendiri," katanya.
Sumber kredit: Instagram Zulin Aziz