Mesti sis semua suka borong body mist bila ada promosi contohnya dari Bath and Body Works. Tapi body mist yang selalu kita beli mesti tak tahan lama, kenapa jadi begitu?
Sis pastikan baca artikel ini sampai habis untuk ketahui cara mengekalkan bau body mist supaya sis tak ada rasa menyesal beli banyak-banyak.
Sis kena tahu body mist sememangnya tidak tahan lama kerana ia mempunyai kandungan air yang lebih banyak berbanding minyak wangi jenis EDP (Eau de Parfum) atau EDT (Eau de Toilette). Kandungan pati minyak wangi juga berbeza kerana EDP mengandungi 8-15%, EDT pula sebanyak 5% to 15%, berbanding pula body mist
yang hanya mengandungi 2-15% sahaja.Jadi wajarlah bau body mist cepat sahaja hilang kerana ia ‘ringan’ dan kebiasaannya digunakan untuk hanya untuk sesetengah keadaan yang sis tidak mahu bau keterlaluan.
Jangan sedih sis, kami sedia membantu untuk share cara-cara yang boleh membantu bau body mist tahan jauh lebih lama!
Terdapat produk keluaran haruman mengeluarkan beberapa produk yang mempunyai bau sama. Jadi untuk dapat bau yang lebih lama, pastikan anda beli body wash
dari product line yang mempunyai bau yang sama.2. Jangan sembur dulu! Sapu losyen sebelum itu.
Kelembapan kulit akan membuatkan penyerapan yang lebih optimum. Jangan lupa gunakan losyen yang mempunyai bau yang sama.
3. Selepas mandi…sembur!
Selepas mandi, liang-liang roma akan terbuka jadi penyerapan body mist ketika itu akan menyerap dengan lebih baik.
4. Sembur pada kulit
Teknik sembuhan sama sahaja dengan pemakaian minyak wangi. Sembur pada kulit terutama sekali bahagian nadi di pergelangan tangan, leher, belakang lutut dan juga siku.
5. Sembur sedikit di sekitar tudung!
Disebabkan sis berhijab, orang tidak akan bau rambut sis walaupun dah cuci rambut malam sebelumnya. Jadi, untuk kekal wangi, sembur sahaja di tudung dengan jarak 5cm supaya tiada kesan basah.
Sekarang sis dah tak perlu rasa menyesal sebab cara-cara ini senang diamalkan dalam kehidupan seharian. Apa yang penting, pastikan sis bawa kemana-mana sahaja botol body mist itu supaya boleh sembur on-the-go! Selamat berwangi-wangian!
Artikel berkaitan: Tak Perlu Sembur Minyak Wangi Satu Badan, Membazir Tau! Lakukan 5 Tip Ini Untuk Minyak Wangi Anda Kekal Lama!