Tegas dan berani bersuara termasuk tak mahu rezeki yang terlalu banyak, selebriti Lufya Omar reda jika namanya bukan pilihan jenama antarabangsa.
Di sebalik kesibukan masa, ramai yang masih sudi melapangkan masa untuk berkumpul demi solidarit1 kemanusiaan. Terkini, jemputan ke majlis Bersamamu Rafa 2024 menemukan kami dengan selebriti juga hijab influencer, Lufya Omar.
Tampil sopan berabaya, kecantikan ibu tunggal ini masih membuatkan setiap mata sejuk memandang. Orangnya mudah tersenyum, namun paling menyenangkan tentang Lufya adalah sifatnya yang cakna dan matang.
Kesempatan bercerita tentang isu Rafa, Lufya berkongsi pandangan yang menarik dan berani tentang rezeki dan kehidupan.
Ads
Ibu tunggal ini tegas menyatakan sokongannya terhadap kempen #blockout2024. Kempen global ini bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada mereka yang terlalu mengejar kemewahan duniawi sehingga tidak mempedulikan isu-isu kemanusiaan yang lebih penting.
Menurut Lufya, kempen ini ibarat ‘eye-opener’ buat golongan selebriti Barat dan tempatan yang tidak mengendahkan konflik yang berlaku menggunakan pengaruh di platform masing-masing.
Tak mahu rezeki yang terlalu banyak, Lufya Omar reda jika namanya bukan pilihan jenama antarabangsa. Dengarkan temu bual eksklusif Nona bersama Lufya ni…
Ads
Ads
REZEKI
Menariknya, Lufya reda jika namanya tidak menjadi pilihan jenama antarabangsa. Sikap tenang dan penerimaannya terhadap takdir ini menunjukkan betapa pentingnya untuk mengekalkan prinsip dan integriti diri, walaupun mungkin terlepas peluang komersial besar.
Sebagai selebriti dan pempengaruh, Lufya yakin peranan mereka yang besar dalam memberi inspirasi kepada peminat. Dalam dunia yang sering menyanjung kejayaan material, pesanannya menekankan betapa pentingnya keseimbangan rohani dan kebahagiaan dalaman.
Dengan popularitinya dalam komuniti hijab, Lufya Omar menggunakan platform ini untuk menyampaikan mesej positif dan menggalakkan peminat untuk tidak terlalu terikat dengan duniawi. Beliau menekankan kepentingan untuk terus berpegang pada nilai-nilai murni dan tidak membiarkan diri terhanyut dengan arus kemewahan.
Mewah, bahagia melihat momen anak perempuan jutawan kosmetik Dnars Skincare bertunang, cantiknya dress dan pelamin Dnar ala Morocco!
Bersatu hati dalam satu majlis, ikatan pertunangan tanda janji yang manis. Mengintai kemeriahan majlis bertunang Irdina Hakim Jasman atau Dnar, terserlah riak wajah gembiranya menjelang hari bahagia yang berlangsung pada Jumaat, 11 Oktober 2024.
Bertempat di kediaman ibu, Allahyarhamah Faziani Rohban di Tumpat, Kelantan, seluruh suasana mahligai itu bertukar wajah.
Selain dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat, majlis bertunang dan menyarung cincin ini dihias indah dengan panel kerawang ukiran kayu bercorakkan Timur Tengah dan bunga-bungaan putih.
Bahagianya melihat momen anak perempuan jutawan kosmetik Dnars Skincare bertunang, cantik dress dan pelamin Dnar ala Morocco!
Persis majlis perkahwinan sebenar, perunding majlis Irdina bijak menghias pelamin mengikut permintaan Dnar.
“Pelamin Dnar pilih ni ialah Morocco Style jadi takde yang dah ready untuk barang-barang ni sebab jarang orang buat.
Tapi Dnar request dengan Awie D Pesona Bridal dan mereka custom semua termasuk ukiran. Semua Dnar serahkan kepada mereka cuma maklumkan tema dan warna.
Dnar dan pasangan bayar RM6,000 saja untuk pelamin ni sebab kami dah ada baju dan buat mekap sendiri. Sebenarnya pelamin ni sesuai untuk kahwin tau, cantik dan eksklusif,” kongsi Dnar sambil mempelawa bakal pengantin di sekitar Kelantan mendapatkan pelamin yang sama pada harga RM7,500 (pakej penuh).
Namun paling meruntun kenangan, adalah sekeping gambar Dnar disamping Allahyarhamah ibu tercinta yang dibingkai kemas berdekatan pelamin.
‘And I always need you till my last breath when I’m getting older.’
Ringkas tulisan Dnar menggambarkan rindu yang tertahan. Sebagai anak kedua dan anak perempuan sulung dalam keluarga, beliau diuji kehilangan figura seorang ibu ketika usia baru mencecah belasan tahun.
Kini berusia 21 tahun, Dnar bangkit daripada kesedihan menyambung legasi jenama kosmetik Dnars tinggalan Allahyarhamah Faziani Rohban. Pengasas hebat itu meninggal dunia pada Mei 2019 akibat nahas kemalangan jalan raya.
Memiliki raut wajah yang saling tak tumpah seperti ibu tersayang, adik kepada Iqbal Hakim itu aktif berniaga menggunakan platform media sosial.
Mengimbau kenangan sewaktu Allahyarhamah ibunya menjadi penghias kulit depan Majalah Nona edisi Mei 2016, mendedahkan nama jenama kosmetik Dnars dipilih bersempena singkatan nama Irdina sendiri.
JELITA
Mengikat tali pertunangan selama 6 bulan, majlis pernikahan Dnar dan pasangannya dijangka berlangsung pada April 2025.
Sempena majlis pertunangan, Dnar memilih sepasang dress labuh rona krim dengan sulaman emas rekaan pereka fesyen Kashfi Zulkufli. Wajah ayunya di tatarias oleh jurusolek artis, Amy Hana bertemakan Arabic look, menyempurnakan tema majlis dengan konsep serupa.
Semoga bahagia mengiringi kedua-dua bakal mempelai. Adat berdarah manis, bersabarlah meniti pelbagai ujian semoga ikatan jodoh berpanjangan hingga ke jenjang pelamin. Tahniah Dnar!
Luar biasa, hebatnya penangan karnival paling bergegar tahun ni, teruja tengok usahawan wanita Malaysia berniaga bawah satu bumbung dan healing sama-sama!
Seperti masih segar di ingatan kemeriahan Karnival Usahawan Wanita Malaysia 2024 yang dianjurkan oleh Majalah Nona dan Mingguan Wanita dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (KUSKOP) serta MyMall Malaysia.
Bayangkan karnival tiga hari yang berlangsung dari 8 hingga 10 November 2024 di IOI Grand Exhibition & Convention Centre, Putrajaya itu dikunjungi hampir 10,000 pengunjung dengan 100 buah booth jualan para usahawan wanita tempatan! Memang meriah sangat-sangat.
Selain dapat shopping, timba ilmu bisnes, berhibur dan healing sesama wanita, para tetamu yang hadir ke siri talkshow keusahawanan juga dapat banyak goodies.
Jutaan penghargaan buat para penaja rasmi iaitu Watsons Malaysia, Mustika Ratu, Buttonscarves, Bawal Exclusive, Telekung Haliza Maysuri, Sunway Resort Hotel, Madduna Honey, Central Sugars Refinery, Jasmine Food, 1 Minute Miracle, Temyracle, Siti Khadijah Apparels dan Minaz yang sentiasa menyokong Karnival Usahawan Wanita Malaysia!
SOKONGAN
Karnival Usahawan Wanita Malaysia 2024 secara rasminya telah dilancarkan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi (KUSKOP), YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn Bhd, Syamil Fahim Mohamed Fahim pada 8 November 2024.
Acara ini turut disaksikan oleh YAM Tengku Syarif Temenggong Perlis, Dato’ Seri Diraja Syed Amir Abidin Jamalullail Ibni Almarhum Tuanku Raja Syed Putra Jamalullail serta YM Che Puan Temenggong Perlis, Datin Seri Diraja Farinawati Datuk Mohd Din; isteri Ketua Setiausaha KUSKOP, Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud serta isteri Dato’ Menteri Besar Selangor, Datin Seri Masdiana Muhamad menambahkan lagi kemeriahan dan sokongan terhadap agenda besar ini.
Dalam ucapan CEO Nu Ideaktiv, Syamil Fahim menekankan kepentingan karnival ini sebagai pemangkin untuk wanita tempatan menceburkan diri dalam dunia keusahawanan dan menambah nilai kepada ekonomi negara.
“Karnival ini adalah bukti komitmen berterusan kerajaan untuk memperkasa wanita, menyediakan mereka dengan peluang dan platform untuk mengembangkan potensi perniagaan. Kita percaya, melalui usaha kolektif seperti ini, wanita Malaysia mampu menjadi tonggak ekonomi yang lebih kukuh dan seimbang.”
Para tetamu kehormat kemudian dibawa melawat reruai usahawan, memberikan sokongan moral kepada lebih 100 usahawan yang menyertai karnival ini.
PADAT PENGISIAN
Pelbagai program menarik telah disusun untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat pengalaman yang berbeza dan berharga, termasuk:
Bengkel dan Forum Keusahawanan: Pada setiap hari karnival, sesi perkongsian ilmu perniagaan berlangsung, seperti Talkshow ‘Berbisnes Di Dunia, Untung Sampai Ke Syurga’ yang mengetengahkan usahawan-usahawan hebat seperti Pengasas Perfume Paradise, Nur Afiqah Amran dan Pengasas Arrayyan Hijrah, Datin Hafizah Saad. Talkshow ini memberi peluang kepada wanita untuk mendengar kisah-kisah inspirasi serta strategi praktikal dalam perniagaan.
Pertandingan Menarik: Tidak ketinggalan Pertandingan Mekap Duo-Sis So Cantik dan Segmen Game ‘Who Wants to Be Superwoman’, yang direka untuk memupuk semangat bersaing secara sihat di samping membina keyakinan diri dalam kalangan peserta. Ratu Jenga, lipat baju tower, dan permainan tradisional turut menguji kemahiran para peserta di karnival ini.
Sesi Santai Bersama Selebriti Usahawan: Pengunjung juga berpeluang berjumpa dengan selebriti terkenal yang berjaya dalam bidang perniagaan seperti Mek Dinda, Cikgu Samm, Christy Ng, Fatin Amirah Zaabar dan ramai lagi. Sesi-sesi ini bukan sekadar perkongsian pengalaman tetapi juga suntikan motivasi bagi para pengunjung yang ingin menceburi bidang keusahawanan.
Aktiviti Riadah dan Persembahan Seni: Tidak lengkap karnival tanpa elemen hiburan. Karnival akan dimeriahkan dengan persembahan memukau daripada barisan artis terkemuka tanah air menerusi dua mini showcase yang akan berlangsung Sabtu dan Ahad, menampilkan nama-nama seperti Wany Hasrita, Bella Astillah, Wani Kayrie, Sharul Kamal, Farisha Iris dan Ahmad Syafiq Persembahan ini menjadi kemuncak malam karnival yang dinantikan.
Di samping aktiviti-aktiviti menarik, para usahawan juga dapat meneroka peluang kerjasama dan jaringan menerusi reruai MyMall dan sesi taklimat keusahawanan. MyMall—platform e-dagang yang diterajui oleh KUSKOP menawarkan akses kepada usahawan PMKS untuk menyertai ekosistem keusahawanan digital yang lebih luas. Ini adalah peluang bagi mereka yang ingin memahami cara mengembangkan perniagaan melalui platform digital dan strategi pemasaran terkini.
Dengan jumlah 100 usahawan turut serta dalam karnival ini, pengunjung bukan sahaja dapat membeli produk-produk tempatan berkualiti tinggi, tetapi juga memahami cerita di sebalik setiap perniagaan yang dibangunkan dengan penuh usaha dan dedikasi.
Dari jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari, IOI Grand Exhibition & Convention Centre akan menjadi pusat pertemuan komuniti usahawan dan mereka yang ingin menyokong perkembangan ekonomi tempatan.
Karnival Usahawan Wanita Malaysia 2024 ini dibawakan secara eksklusif oleh Mingguan Wanita dan Nona serta diperkasakan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) serta myMALL Malaysia.
Fatin Afeefa Mula Menjinakkan Diri Bertudung, Jadi Duta Produk Korea L.Soulle. Setelah sekian lama pelakon dan penyanyi ini mendiamkan diri, kini Fatin Afeefa mula memunculkan diri menjadi duta produk penjagaan kulit Korea halal dan vegan pertama di Malaysia, L.Soulle. Fatin turut menyatakan keterujaannya atas kerjasama ini, malah menyifatkan L.Soulle cukup sesuai dengan kulit wanita di Malaysia.
Fatin Afeefa Sedang Cuba Untuk Menjadi Muslim Yang Lebih Baik
Penampilannya di pelancaran produk L.Soulle telah menarik perhatian warganet apabila Fatin tampil memakai skirt beserta tudung merah jambu. Fatin menjelaskan bahawa dia sedang membaiki diri untuk menjadi muslim yang lebih baik
“Sekarang ni saya tengah fokus untuk mencuba menjadi muslim yang lebih baik”
“Nak kata saya berubah cara hidup, tidak juga sebab kita kan iman turun naik tapi kita cuba untuk jadi a better muslim lah”
“Saya takut kalau saya bagi statement tentang perubahan saya, orang akan cakap saya menunggang agama, sebab ada masa saya pakai jubah, ada masa saya pakai baju yang nampak pergelangan tangan, jadi yang terbaik boleh saya cakap sekarang ialah saya sedang mencuba” jelas Fatin.
Perasaan Fatin Lebih Tenang Dan Ingin Menjadi Contoh Pada Anak-Anak
Fatin turut menyatakan bahawa dirinya kini semakin menjadi lebih tenang serta gembira dengan kehidupannya sekeluarga.
“Saya rasa sangat-sangat tenang, saya rasa lebih baik”
“Tapi tidaklah saya macam tertutup sangat sebab saya masih belajar. Awalnya, saya pun tak tahu nak pakai macam mana, agak struggle tapi lama-lama saya semakin konfiden dan selesa”
“Saya dan suami pun dah mula membuang benda yang haram dan tidak elok, sebab bila kita nak didik anak, kita kena jadi yang lebih baik”
“Sebab mereka belajar daripada ibu-bapa, jadi kalu kita masih melakukan hal yang tak baik, takut mereka akan tiru dan saya tidak ingin perkara itu berlaku” katanya.
Maryam You Narae Turut Hadir Sebagai Personaliti Undangan
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran personaliti undangan dari Korea, Maryam You Narae dimana penglibatannya sebagai artis Korea akan menarik perhatian orang ramai terhadap barisan produk penjagaan kulit di Malaysia.
“Saya tertarik kerana produk mereka punyai sijil halal. Ia bukan sesuatu yang mudah. Malah, produk ini juga sesuai digunakan untuk bayi” jelas Maryam.
“Seperti yang semua tahu, ada banyak produk Korea yang famous tapi saya tetap akan tengok kandungan sebagai seorang muslim”
“Kadang kalau kita pakai produk bayi, akan tak sesuai sebab terlampau berminyak, tapi tidak pada produk ini” jelas Maryam.
Produk L’soulle ini boleh didapati menerusi platform Shoppe, Lazada L.Soulle Malaysia serta Aeon Wellness.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Siti Khadijah, jenama yang sinonim dengan kualiti dan keselesaan produk pakaiannya mengumumkan keraian ulang tahun ke-15 dengan majlis perasmian Laman Khadijah - The Home...