Setiap orang ada impian tersendiri dalam hidup. Ada yang mahukan pangkat, populariti dan kekayaan. Namun, ada juga yang tidak mengharapkan apa-apa melainkan mengejar redha Allah agar mendapat kebahagiaan di akhirat nanti.
Seperti kisah yang dikongsikan di Twitter ini, pemuda ini merupakan insan yang sangat bertuah yang telah diberikan rezeki oleh Tuhan mengenai suatu peluang yang didambakan oleh semua Islam. Apakah itu?
Seorang pemuda dari Pakistan telah dipilih sebagai tukang cuci terbaik bulanan di Masjidil Haram. Pihak pengurusan mahu menghadiahkannya wang namun dia menolaknya. Sebaliknya, dia hanya mahukan solat di Hijr-Ismail. Umum sedia maklum bahawa setiap jemaah pasti berasak-asak mahu bersolat di situ. Rezeki buatnya, pintu ditutup dan ruang itu dikhaskan hanya untuk dirinya sahaja bersolat dengan limparan cahaya dari Kaabah.
kredit : twitter @undersubscribed