Dahulu sebelum adanya aplikasi-aplikasi yang berkongsikan tips kecantikkan seperti Lemon8, Skin Smart, Troveskin dan 30 Days Makeover kebanyakkan petua-petua yang diamalkan oleh para wanita untuk mengekalkan kecantikan diperoleh daripada nenek moyang masing-masing.
Tetapi adakah petua-petua nenek moyang di zaman millennia 2023 ini masih kekal relevan di kalangan pengamal kecantikan? Mungkin ada yang sudah tidak relevan tapi Hijabista terdetik mahu berkongsi beberapa petua nenek moyang yang masih mendapat tempat di hati pengamal kecantikan tradisional hingga ke hari ini!
Air Basuhan Beras
Petua yang pertama ini amat mudah untuk diamalkan kerana ia diibaratkan seperti ‘sambil menyelam minum air’ sambal-sambil masak nasi untuk mengenyangkan perut, dalam masa yang sama dapat mengekalkan kecantikan kulit wajah juga.
Lebih menarik lagi, petua ini disahkan sendiri oleh pakar kulit dan kecantikan, bahawa air cucian beras sememangnya berkesan mengatasi masalah jerawat dan parut pada wajah anda. Ini kerana, air basuhan beras mempunyai kelebiham untuk menyembuhkan kulit secara menyeluruh dan lebih mudah menyerap kedalam pori kulit.
Cara nak amalkanya pun amat mudah! Sis hanya perlu membasuh muka dengan menggunakan air beras dan jangan lap muka! Biarkan sahaja air beras itu meresap dan kering pada wajah dan kulit kepala selama sekurang-kuranya 20 minit.
Mandi Air Sejuk
Hijabista amat memahami rasa malas nak mandi dengan air sejuk terutamanya di pagi hari, suasana dan tentu sejuk, maka ramai diantara hijabi hari ini memilih untuk swith on heater dan mandi air panaslah jawabnya.
Artikel berkaitan: Nak Kulit Menawan Seperti Saidatina Aisyah r.a? Rugi Tak Amalkan Petua Cantik Dr Fatma El Zahra
Tapi tahukah anda? Kekerapan mandi menggunakan air panas akan membuatkan kulit anda ternyahidrat dan kering! Sebaliknya, air sejuk dapat membantu menyegarkan badan dan bakal membuatkan rambut sis bermaya dan bersinar.
Ulam-Ulaman
Ulam adalah petua yang masih kekal relevan sehingga hari ini sebagai petua meremajakan kulit dan kekal ‘awe muda’, disebabkan ini ramai wanita menjadikan ulam sebagai menu WAJIB terutamanya ketika makan tengahari.
Ulam seperti timun, daun selom, ulam raja, pegaga, pucuk gajus, kunyit, petai dan kerdas merupakan antara menu yang sering menjadi kegilaan dan pilihan ramai. Ulam-ulaman ini menawarkan banyak khasiat untuk penjagaan kesihatan dalaman badan mahupun kecantikan luaran.
Lebih mengujakan apabila ulam juga merupakan ejen pembekal serat yang penting untuk sistem penghadaman dan pencernaan manusia yang memudahkan system perkumuhan dalaman. Agar lebih lawas!
Rambut Basah
Nenek moyang kita dahulu tidak menyarankan agar para wanita menggunakan tuala bagi tujuan mengeringkan rambut. Perkara ini mendapat tentangan kerana ia boleh menyebabkan rambut putus dan kusut.
Untuk menjaga ketahanan rambut adalah lebih baik sekiranya hijabi, biarkan rambut sis kering dengan sendirinya. Malah, amalan menyikat rambut ketika basah juga boleh membuatkan rambut mudah putus.
Tapi jangan pula sis pakai tudung masa rambut tengah basah! Kepam baunya nanti. Kalau dah terdesak sangat guna je lah pengering rambut sis, tapi jangan selalu kerana ia boleh membuatkan rambut kering dan hilang kelembapan kulit kepala.
Sumber: EH!
Artikel berkaitan: Cari Padanan Trend Athleisure Serendah RM29, Hijabi Perlu Ikuti Petua Pengayaan Ini.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI