Bermula dari perkongsian resepi mudah di media sosial, pempengaruh Khairul Aming telah berjaya menambat hati rakyat Malaysia dengan video santai dan lucunya. Dia juga dikenali dengan cara pertuturan yang baik dan informatif serta bagus dalam menangani apa-apa isu yang terpalit kepadanya.
Fenomena ‘Hey, What’s up guys!’ kini telah berjaya membuat satu perniagaan yang telah mengaut sebanyak RM2.1Juta dalam masa 2 tahun sahaja. Ramai yang kagum dan mengidolakan pempengaruh ini!
Artikel berkaitan: Dari Gerai Tepi Jalan Dan Van ‘Usang’, Kini Kafe ‘Hipster’ Hasil Renovasi Dua Hijabi Cetus Inspirasi!
Sering berkongsi kisahnya di sosial media, Khairul Amin Kamarulzaman atau disapa mesra sebagai Khairul Amin, menjadi ikon bagi golongan muda di Malaysia. Sikapnya yang kuat berusaha itu menjadi pendorong kejayaannya kini.
Tak dinafikan, Khairul Amin juga menghadapi detik bangun dan jatuh dalam kehidupannya itu. Terdahulu dia juga pernah berkongsi bagaimana setiap perniagaan yang dilakukan sering gagal sehinggakan terpaksa senyapkan diri seketika.
Kini, setiap liku yang di harunginya berjaya menghasilkan sebuah perniagaan yang sukses sehinggakan boleh mengaut keuntungan sebanyak RM21.5 Juta dalam masa dua tahun.
“Hari ini genap dua tahun saya menjual ‘Sambal Nyet Berapi’ dan saya ingin kongsi bersama anda jumlah keuntungan yang kami perolehi adalah sebanyak RM21.5 juta,
“Jumlah ini bersamaan dengan 1.5 juta botol sambal yang terjual dalam tempoh dua tahun ini.” katanya.
Artikel berkaitan: Penangan Khairul Aming, Bekas Simpan Beras & Kek Batik Yang Dibelinya Terus Habis Di Pasaran!
Menurut pempengaruh berusia 31 tahun itu juga, setiap apa yang dia lalui tidak pernah menjadi satu perkara yang mensia-siakan. Cabaran itu jugalah yang mengajar erti kejayaannya yang kian melakar sehingga saat ini.
“Saya sangat happy dan bersyukur sebab banyak liku-liku yang kita hadapi. Kita juga bermula dari bawah,
“Tapi kerana cabaran ini menjadi penguat untuk lebih maju di masa hadapan,
“Terima kasih kepada team saya yang sangat supportive. Terima kasih juga buat anda di luar sana yang sentiasa menyokong dan membeli ‘sambal nyet berapi’.” ujarnya.
Sumber: Twitter @khairulaming
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.