Jika disebut sahaja nama Didiyana Ehsan, umum pasti mengetahuinya sebagai perantis dalam dunia hijab styling.
Berasal dari Ipoh,Perak, tahun 2020 ini menjadi sesuatu yang sangat istimewa buat dirinya kerana ia merupakan ulangtahun ke sepuluh buat dirinya sebagai seorang penata hijab.
Mendapat pendidikan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang fesyen, Didiyana atau lebih mesra disapa Didi,31, mula mengorak langkah dalam bidang penataan hijab ini selepas melihat ramai pelajar senior di pengajiannya yang sudah melangkah ke dalam industri terpaksa bersaing sesama sendiri.
“Apabila melihat situasi tersebut yang berlaku disebabkan persaingannya yang sengit, saya memikirkan bahawa saya perlu hadir dengan sesuatu yang baru, yang belum dilakukan lagi oleh mana-man pihak dan menjadi pioneer supaya tidak perlu bersaing dengan sesiapa. Dari situlah lahirnya kerjaya saya sebagai seorang penata hijab,” ujarnya yang sudah enam tahun mendirikan rumah tangga.
Jelas Didi, namanya mungkin naik dan dikenali ramai disebabkan beliau sering bekerjasama dengan ramai selebriti seperti Neelofa, Vivy Yusof dan Lisa Surihani.
“Selepas tamat pengajian, saya pernah bekerja dengan sebuah jenama tudung selama enam bulan. Namun disebabkan sudah terbiasa bekerja sendiri iaitu secara freelance, saya merasakan yang saya tidak boleh duduk bekerja di dalam pejabat.
“Saya terus menyambung kerjaya secara freelance. Pada saat itu, saya selalu bertemu dengan pelbagai selebriti bagi menggayakan hijab mereka untuk sesi penggambaran majalah. Dari situlah nama saya mula dikenali,’’ jelas ibu kepada seorang cahaya mata lelaki ini.
Ads
BUKAN SEMUDAH YANG DISANGKA
Bercerita mengenai liku-liku dalam kerjayanya, beliau akui pada awalnya terdapat mereka yang memandang rendah terhadap kerjaya yang dilakukannya.
“Dahulu ada segelintir yang memandang rendah terhadap kerjaya ini. Mereka tidak faham konsepnya dan mula mempersoalkan. Namun lama-kelamaan orang sudah boleh menerima kerjaya ini dan penerimaan itu menjadikan segalanya lebih mudah.
“Ada orang yang menganggap kerjaya ini sesuatu yang mudah tetapi sebenarnya bukanlah seperti itu. Sama seperti jika kita mendandan rambut, paling tidak pun kita boleh mengikat ‘bun’.
“Berbeza pula dengan hijab, jika ia tidak terletak cantik wajah, kita perlu menggosoknya lagi dan memikirkan samada stail hijab tersebut sesuai atau tidak dengan bentuk muka.
Ads
“Jika dahulu pelanggan saya kebanyakannya terdiri daripada pengantin tetapi kini ia berkembang apabila mereka menggunakan khidmat saya untuk ke acara majlis, penggambaran dan sebagainya. Semuanya boleh dilakukan,” bicara Didi yang menggemari warna hitam ini.
Sentiasa mempunyai matlamat dalam hidup, beliau sentiasa melakukan ‘homework’ dalam gaya hijab yang dilakukannya.
“Setiap kali saya menata hijab, saya ada target mahukan seseorang individu itu masuk ke dalam senarai portfolio saya. Sama seperti hijab, bila sudah bosan saya akan tukar. Saya sering melakukan ‘homework’ agar penampilan setiap klien itu berbeza.
“Proses ini perlu banyak try and error. Satu fakta mengenai diri saya adalah saya seorang yang sangat fokus. Bila bekerja saya akan berikan 100%.
Ads
“Kerana itulah saya hanya akan fokus kepada penggayaan tudung sahaja. Anda tidak akan dengar berita seperti Didiyana Ehsan sebagai jurusolek tersohor pula,”ujarnya sambil bergurau.
KONGSI TUTORIAL HIJAB BERIKAN KEPUASAN PADA DIRI
“Bercerita mengenai pencapaian, saya menganggap perkongsian video tutorial hijab di laman sosial Instagram saya sebagai pencapaian terbesar apabila dapat berkongsi ilmu secara percuma tanpa sebarang caj kepada orang ramai.
“Orang selalu bertanya kepada saya, kenapa tak jual tudung? Tak payah! Jika sekarang ini pun saya sudah tidak menang tangan, apatah lagi jika sudah ada perniagaan. Macam-macam perkara pula perlu difikirkan,” katanya sambil ketawa.
Wajib mengenakan celak mata jika melangkah keluar dari rumah, Didi juga menghadkan waktu bekerjanya hingga ke lapan malam sahaja agar dapat meluangkan masa bersama keluarga tercinta pula.
“Dahulunya bolehlah hingga ke jam 12 malam namun kini paling lewat pun mungkin hingga ke jam sembilan sahaja. Tetapi ia bergantung juga kepada keadaannya,” jelas anak sulung daripada tiga beradik ini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sejak mengambil keputusan untuk berhijab sekitar tahun 2011, pelakon Diana Amir memang cukup istiqomah dengan penghijrahannya. Dia yang mendapat mimpi mengenai kiamat hingga menyebabkan dirinya telah berhijrah dari zaman sebelumnya itu. Walaupun sudah berhijrah, namun aktiviti dalam dunia seni tetap diteruskan. Cuma buat masa ini ibu kepada dua cahaya mata ini lebih selesa membuat bidang pengacaraan yang cukup sebati pada dirinya.
Namun bagi Diana mengakui malu untuk melihat dirinya pada zaman dahulu. Justeru dia berharap agar stesen televisyen mempertimbangkan untuk tidak mengulang siar filem lama lakonannya ketika zaman belum bertudung.
Menurutnya dia malu untuk meligat semula dirinya pada zaman yang memang cuba untuk dilupakan. Malah ada juga peminat baharunya terkejut melihat penampilan Diana pada lakonan di kaca televisyen. Tetapi dia tidak mampu melakukan apa-apa.
Diana yang juga merupakan Ikon Muslim Volunteers Malaysia 2018 jika dilihat sering memberi ingatan atau nasihat yang berguna kepada peminatnya. Menyedari kekhilafannya yang dulu, dia menebus dengan cara yang dirasakan terbaik untuk dirinya.
Malah, penampilan Diana juga sejak berhijrah sedap mata memandang. Dia cukup selesa menggayakan hijab labuh dan pakaian longgar yang menepati ciri-ciri wanita Muslimah. Ada kalanya tampil stailo tetapi masih lagi menjaga batas aurat yang sepatutnya.
Diibaratkan seperti kekuatan orang beriman, doa punya magis yang tersendiri. Doa boleh digunakan untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain. Rasulullah SAW bersabda: Doa itu senjata orang mukmin. (HR Hakim)
Percakapan yang baik juga dikira sebagai sedekah termasuklah mendoakan kebaikan untuk orang lain. Setiap doa yang baik akan diberi pahala sedekah walaupun mendoakan kepada orang yang tidak baik. Berikut dikongsikan doa-doa yang boleh kita amalkan dalam kehidupan harian.
DOA-DOA PILIHAN TERINDAH DARIPADA AL-QURAN & HADIS NABI SAW
1. DOA MEMOHON KEAMPUNAN
Daripada Aisyah r.a., bahawa beliau bertanya Nabi Muhammad SAW: “Wahai Nabi Allah, jika aku bertemu dengan malam al-Qadar, maka apa yang sepatutnya aku ucapkan.
Maksudnya: “Sayyid al-Istighfar hendaklah kamu mengucapkan: Ya Allah, Engkau adalah Rabbku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah dengan benar melainkan Engkau. Engkau yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu. Aku di atas perjanjian-Mu dan janji-Mu sesuai dengan kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan perbuatanku, aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku kepada-Mu, maka ampunilah aku. Hal ini kerana, tiada yang dapat mengampuni dosa melainkan Engkau. Barangsiapa yang mengucapkannya (Sayyidul Istighfar) di waktu siang hari serta yakin dengannya, lalu dia meninggal pada hari itu sebelum waktu petang, maka dia termasuk dalam kalangan penghuni syurga. Dan barangsiapa yang mengucapkannya di waktu malam dengan penuh keyakinan lalu dia meninggal sebelum masuk waktu pagi, maka dia termasuk dalam kalangan penghuni syurga.” (HR Bukhari)
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa api neraka.” (Surah al-Baqarah: 201)
Maksudnya: “Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.” (Surah Ali Imran: 147)
Maksudnya: “Ya Tuhan kami terimalah amalan kami, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Baqarah: 128-129)
6. DOA MEMOHON KETURUNAN YANG SOLEH DAN SOLEHAH
رَبِّ هَبْ لِى مِنَ ٱلصَّلِحِينَ
Maksudnya: “Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk dalam kalangan orang-orang yang soleh.” (Surah al-Saffat: 100)
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini).” (Surah al-Kahfi: 10)
8. DOA AGAR DIPERMUDAHKAN UNTUK SENTIASA MEMPERBAIKI IBADAH
Maksudnya: “Adapun Rasulullah SAW berdoa di dalam solatnya (selesai membaca tasyahhud akhir): Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada seksaan kubur, aku berlindung dengan -Mu daripada fitnah al-masih al-Dajjal, aku berlindung dengan-Mu daripada fitnah kehidupan dan kematian, serta aku berlindung dengan-Mu daripada perbuatan dosa dan hutang.” (HR Bukhari)
10. DOA AGAR DIJAUHI DARIPADA PERASAAN HASAD DENGKI
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu daripada kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; wahai Tuhan kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Hasyr: 10)
Maksudnya: “Ya Allah, kami telah menzalimi diri kami sendiri, jika Engkau tidak mengampuni kami dan merahmati kami tentulah kami menjadi orang yang rugi.”
(Surah al-A’raf: 23)
Maksudnya: “Ya Allah, masukkanlah aku dengan cara masuk yang benar, dan keluarkanlah aku dengan cara keluar yang benar. Dan berikan padaku kekuasaan (pemimpin) sebagai penolong.” (Surah al‐Isra’: 80)
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan setelah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu. Sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (kurnia).” (Surah Ali Imran)
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah daku – dengan limpah rahmatMu – dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh.” (Surah al-Naml: 19)
Maksudnya: “Ada dua kalimat yang ringan di lisan, berat di timbangan, dan dicintai Allah yang Maha Rahman, iaitu Subhaanallahil ‘azim dan Subhanallah wabihamdihi.” (HR Bukhari)
Maksudnya: “Ya Tuhanku, janganlah Engkau biarkan aku hidup seorang diri (tanpa keturunan) dan Engkaulah ahli waris yang terbaik.” (Surah al-Anbiya’: 89)
Maksudnya: “Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar (seruan) yang menyeru kepada iman, (iaitu): “Berimanlah kamu kepada Tuhanmu”, maka kami pun beriman. Ya Tuhan kami, ampunilah bagi kami dosa-dosa kami dan hapuskanlah dari kami kesalahan-kesalahan kami, dan wafatkanlah kami beserta orang-orang yang banyak berbakti.” (Surah Ali Imran: 193)
Maksudnya: “Ya Allah, naungilah kami dengan keamanan dan keimanan serta keberkatan, keselamatan dan kesejahteraan. Tuhanku dan tuhanmu adalah Allah.” (HR Ahmad)
Marilah kita benar-benar memanfaatkan malam-malam akhir Ramadan kali ini dengan bermunajat, memohon keampunan dan berdoa sebanyak-banyaknya kepada Allah SWT. Kita tidak tahu, mungkin Ramadan ini ialah yang terakhir buat diri kita. Semoga Allah benar-benar sudi memandang kita dan menerima semua amalan yang telah dilakukan.
Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum kita menyambut bulia mulia iaitu Ramadhan. Pastinya tahun ini kita akan melaluinya dengan pengalaman yang berbeza kerana kita sedang berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Sudah bersediakah kita untuk melaluinya? Menerusi laman instagram Yatt Hamzah, dia telah berkongsikan cara yang mudah untuk kita meraih jutaan pahala pada bulan puasa ini. Jom kita semak!
HARI INI ISNIN 26 SYAABAN 1441H, 20 APRIL 2020. LAGI 4 HARI SEBELUM RAMADHAN TIBA. BERSEDIAKAH KITA?
.
.
PELUANG NAK BUAT JUTAAN PAHALA DAH NAK TIBA..
Mari kita rebut peluang ini!
Nah Bonda bg CHECKLIST SEBELUM RAMADHAN😍❤
.
1. Firstly, sebagai muslim yang benar-benar prihatin dengan kehadiran Ramadhan, kita hendaklah menjaga kesihatan kita sebaik mungkin, supaya kita tidak terlepas peluang untuk melakukan ibadat. Bukankah ini bulan untuk mengumpul pahala sebanyak mungkin? Oleh itu, jagalah kesihatan supaya kita tidak miss melakukan ibadah seperti solat tarawikh.
.
2. Menyemak semula hukum-hakam yang berkaitan dengan pengertian puasa, hikmah, rukun dan perkara-perkara yang membatalkan puasa agar ibadah yang dilalui tidak sia-sia.
.
3. Mengambil tahu amalan-amalan sunat yang sangat digalakkan ketika berpuasa seperti membaca al-quran, bersedekah dan membantu golongan yang susah. Di samping itu hendaklah juga mengetahui fatwa-fatwa berkaitan dengan permasalahan semasa yang berkaitan dengan puasa.
.
4. Menanamkan keazaman dengan penuh ikhlas untuk menumpukan sepenuhnya bulan ini dengan amal ibadah. Kehadiran ke masjid bukan kerana malu kepada orang ramai tetapi benar-benar mengharapkan pengampunan dari Allah Taala 🙂
.
5. Sentiasa berdoa ALLAHUMMA BALLIGHNA RAMADHAN
6. Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu). Supaya kita tidak liat lagi bangun malam di bulan Ramadhan
.
7. Menjaga lidah dari perkara keji seperti mengumpat dan mencaci. Yang mana suka banyak cakap tu, eloklah mula diam dari bercakap perkara yang sia-sia. Ingat, semakin banyak percakapan kita, semakin banyak silap yang kita lakukan. Begitu juga penulisan di socmed.
.
8. Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan menyambut Ramadhan.
.
.
Para sahabat yang bersama dengan Rasulullah s.a.w dididik menyambut dan menanti Ramadhan dengan penuh kerinduan dan kecintaan. Ini terbukti dengan doa mereka selama enam bulan sebelum Ramadhan mengharap agar bertemu dengannya.
Kemudiannya, enam bulan selepas Ramadhan pula diisi dengan tangisan kerana berlalunya Ramadhan.
KITA BAGAIMANA? @wardahsyaukah.my
JOM SHARE * TAG CHECKLIST DI ATAS.
“KOMEN JOM”
. #YATTMENGAYAT#RAMADHAN
Moga ‘checklist’ ini dapat membantu anda bagi menjadi insan yang lebih baik bukan sahaja di bulan Ramadhan nanti malah untuk sepanjang hidup anda. InsyaAllah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...