Pelakon yang popular dengan drama ‘Dunia Baru’, Anita Baharom telah selamat menjadi isteri yang sah kepada pilihan hatinya, Engku Isyamuddin Tuan Losin.
Anita dan pasanganya dinikahkan oleh abang kandungnya sendiri, Zulkifly Baharom bersaksikan beberapa wakil yang dilantink dalam majlis Ijab qabul yang berlangsung di Dewan Bizmilla Hall, One City, Subang Jaya pagi tadi.
Walaupun sudah menginjak usia 39 tahun, Anita masih terlihat manis dan ayu dalam persalinan serba putih. Pada majlis penuh bersejarah itu Anita telah meberima mas kahwin bernilai tiga dinar emas daripada suaminya.
Majlis akad nikah yang dilakukan secara sederhana itu terlihat indah dengan hiasan bunga-bungaan yang mewarnai penyatuan kasih dua jiwa antara Anita dan engku.
Tetamu yang hadir menyaksikan momen indah berakhirnya zaman ‘solo’ Anita setelah setahun bergelar ibu tunggal.
Artikel berkaitan: Anita Baharom Bakal ‘Naik Pelamin’ Sekali Lagi Disember Ini?
Majlis yang penuh kemeriahan itu dihadiri seramai kira-kira 100 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan rapat kedua-dua mempelai.
Antara rakan selebrit yang turut hadir bagi meraikan hari bahagia Anita Baharom adalah Yat Hamzah dan Abby Fana.
Untuk rekod, Anita sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama jejaka yang dikenali sebagai Mohd Ismadi.
Hasil perkongsian hidup bersama, mereka telah dikurnikan tiga orang cahaya mata, Syifa Dhia Nurina, Mohamad Dhia Iskandar dan Mohamad Dhia Iskandar sebagai penyeri hidup mereka.
Namun, disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari, apabila perkahwinan yang dibina lebih 16 tahun itu menerima ujian getir dimana sang suami dijemput ilahi pada 1 Januari lalu.
Manakala pasangannya, ini bukan perkahwinan pertama bagi Engku Isyamuddin selepas berpisah dengan bekas isterinya.
Hasil perkahwinan bersama bekas isteri, Engku Isyamuddin dikurniakan lapan orang cahaya mata.
Sumber: Gempak
Artikel berkaitan: Nabila Razali ‘Upload’ Gambar Kahwin, Netizen Tertanya Siapa ‘Aisy Mateen’?
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.