Koleksi tudung ‘Kakak Kita’ yang dilancarkan oleh pelakon jelita, Nur Fazura baru-baru ini mendapat sambutan hangat apabila 20,000 helai tudungnya terjual dalam masa sehari.
Bukan hanya menampilkan rekaan yang cantik, koleksi ini juga mendapat sambutan ramai oleh para penggemar hijab yang teruja untuk mendapatkannya dek kerana harganya yang cuma RM27.
Menerusi sebuah sesi IG Live baru-baru ini, Fazura menjelaskan dia tidak mahu menjual tudung tersebut pada harga yang mahal kerana mahukan semua orang untuk mampu membelinya.
Ads
“Ramai juga orang bertanya mengapa tudung saya dijual hanya dengan harga RM27, semua macam tak percaya. Namun, niat sebenar saya ialah mahu semua orang pakai dan mampu untuk membelinya,” ujarnya.
Tambah pelakon Pisau Cukur ini, sebagai usahawan sudah pasti dia mahu untuk mendapatkan keuntungan dalam jualan produk namun niatnya adalah mahu semua mampu untuk membelinya.
Ads
“Sebagai ahli perniagaan, pasti kita nak dapatkan keuntungan dan buat duit daripada produk yang dijual tetapi seperti yang saya cakap, saya nak semua mampu membeli.
“Saya sendiri pun jika hendak beli tudung lebih RM50 pun rasa mahal. Jadi bila harga bawah RM50, rasanya itu harga yang mampu dibeli orang semua orang,” katanya lagi.
Ads
Dalam pada itu, Fazura turut berkongsikan angka 27 atau harga RM27 untuk jualan tudung tersebut mempunyai nilai sentimental buat dirinya.
“Angka 27 merupakan nombor yang saya suka iaitu tarikh ulang tahun kelahiran saya serta tarikh Fattah melamar saya,” jelas isteri tercinta kepada Fattah Amin ini.
Hari perkahwinan memang menjadi hari yang bersejarah buat sesiapa sahaja yang melaluinya. Seperti pengantin ini iaitu Siti Naqiah, walaupun terpaksa bertongkat di majlis resepsinya bersama suami iaitu Dr. Amirul Ariff, dia tetap kelihatan cantik dan manis sekali!
Difahamkan 5 hari sebelum majlis resepsinya, kakinya cedera kerana menyelamatkan seekor kucing daripada dilanggar kereta. Mulia sungguh hatinya kerana sanggup mengorbankan diri demi seekor kucing.
PART 1 (Doktor Amirul ariff & Siti Naqiah) . sebak juga masa final fitting dengan naqiyah ?? .. 5hari sebelum wedding receptionnya kemarin dia cedera pada kakinya disebabkan nak selamatkan seeekor kucing . dan akhirnya dia terpaksa mengunakan tongkat untuk berjalan pada majlis istimewanya . Dia sanggup korban kan diri hanya kerna seekor kucing . Ya Allah sangat mulia nya naqiah. semoga Allah memberikan kebahagian n kekal till jannah . amin yra . . Pengantin turun dari singgahsana pelamin diiringi si suami. Walau bertongkat tetap anggun. .
Disebabkan kecederaan yang dialami, Naqiah juga terpaksa memakai kasut sneakers di majlis resepsinya itu.
Tak semua orang sanggup melakukan pengorbanan seperti Naqiah ini. Semoga kakinya cepat sembuh dan moga perkahwinan yang dibina ini berkekalan selama-lamanya.
Semalam Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat perutusan khas kali kedua yang merayu agar rakyat mematuhi perintah kawalan pergerakan iaitu duduk di rumah dan tidak keluar bagi memutuskan rantaian jangkitan virus tersebut.
Pada hari ini, 15 kes positif telahpun sembuh dan dibenarkan discaj. Dengan ini, jumlah yang telah sembuh dan discaj adalah sebanyak 75 kes.
Dalam perkembangan lain, 110 kes baru dilaporkan, menjadikan kes keseluruhan sebanyak 900 kes.
Daripada 110 kes terbaru ini, 63 kes adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.
Selangor catat kes positif tertinggi sebanyak 223 kes diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (123), Sabah (112) dan Johor (101).
Namun masih ada individu di negara ini yang enggan memberi kerjasama. Disebabkan individu yang tidak bertanggungjawab dan tidak mendedahkan sejarah perjalanannya, menyebabkan orang lain dijangkiti virus tersebut.
Menurut Nurfaizal Fariz Sahdan, rakannya yang merupakan pegawai perubatan disahkan positif Covid-19 disebabkan ada pesakit yang menipu.
Berikut perkongsian Nurfaizal Fariz Sahdan
Hari ini sahabat kami seorang Doktor disahkan Positif Covid-19, bukan itu sahaja, suami dan anaknya yang masih bayi pun telah disahkan positif Covid-19. Gara-gara seorang pesakit yang menipu bila ditanya tentang sejarah perjalanan dan kontak Covid-19.
Tolonglah jujur agar Anggota Kesihatan dapat bersedia menerima kehadiran anda.
Menangani Covid-19 adalah tanggungjawab kita rakyat Malaysia- tulisnya di Facebook.
Hari ini sahabat kami seorang Doktor disahkan Positif Covid-19, bukan itu sahaja, suami dan anaknya yang masih bayi pun…
Kisah mualaf cantik dari Jepun, Nur Arisa Maryam atau Arisa ini benar-benar menjentik perasaan dan keinsafan. Biarpun melalui sebuah ‘perjalanan rohani’ yang cukup luar biasa, namun akhirnya peluk Islam asbab tertarik dengan Bahasa Melayu dan gaya hidup Islam.
Perjalanan hidup Arisa mencerminkan kekuatan iman dan cinta yang mampu mengubah segala-galanya.
Memetik portal Mvslim.com, Arisa yang dilahirkan dan dibesarkan di Tokyo, Jepun tertarik untuk mempelajari bahasa asing. Lalu, dia memilih jurusan Bahasa Melayu di salah sebuah universiti di Tokyo.
Di kampus, Arisa bergaul dengan orang Melayu yang kebetulan sekelas dengannya. Melalui rakan-rakannya, Arisa mempelajari cara hidup orang Islam.
Perlahan-lahan Arisa mula memahami bahawa agama Islam itu indah. Akhirnya Arisa temui hidayahnya dan memutuskan untuk bergelar seorang mualaf.
Ternyata, bukan mudah menjalani kehidupan di sebuah negara dengan majoriti penduduk yang tidak mementingkan agama.
Apatah lagi ketika Arisa memaklumkan kepada keluarganya bahawa dia telah memeluk Islam, reaksi yang diterima luar dari apa yang dijangkakan.
Ibu Arisa memberi respon negatif selain marah dan tidak mengaku Arisa sebagai anaknya.
Namun, Arisa tidak pernah putus harapan. Dia terus berbuat baik kepada ibunya dan terus menunjukkan keindahan Islam melalui tingkah laku dan kebaikannya.
Lama kelamaan hati si ibu mula cair. Tujuh tahun Arisa memeluk Islam, perubahan sikap ibunya terhadap Islam mula kelihatan.
Ibu yang pada mulanya menolak, kini mula menghormati pilihan Arisa.
Dalam kisah yang dikongsikan Arisa di akaun Instagramnya, dia menceritakan pengalaman mereka mengunjungi Masjid Tsukuba.
Si ibu yang pada mulanya hanya mahu menunggu di dalam kereta, akhirnya mengambil keputusan untuk masuk juga.
Dia kagum dengan keindahan dan keluasan masjid itu yang sangat berbeza daripada tempat-tempat ibadat yang biasanya kecil di Tokyo.
Semasa Arisa berdoa, ibunya duduk di kerusi sambil melihat, merakam video dan mengambil gambar. Momen ini menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan bagi mereka berdua.
Sebelum memeluk Islam, Arisa mula dengan cuba mengikut apa yang dilakukan oleh rakan-rakan Islamnya.
Termasuk memakai tudung dan memerhatikan mereka ketika solat. Kehidupan beragama di Jepun yang menurutnya cuma terhad kepada ritual, membuatkan Arisa berfikir lebih mendalam tentang kewujudan Tuhan dan kebenaran agama.
Melalui pengalaman bersama rakan-rakan Islam, Arisa mula menyedari Islam mempunyai keindahan dan kebaikan yang dicari.
Kemuncak perjalanan hijrah Arisa berlaku apabila dia bekerja di Pesta Buku Antarabangsa Tokyo dan bertemu dengan dua wanita Islam dari Jepun.
Kisah dan keberanian mereka memeluk Islam benar-benar memberi inspirasi kepada Arisa. Tidak lama selepas itu, Arisa mengucap syahadah di dalam biliknya.
Detik yang menandakan bermulanya kehidupan baru sebagai seorang Muslimah.
Hijabista mendoakan agar Nur Arisa Maryam kekal istiqamah seterusnya menjadi Muslimah sejati yang diredhai Allah SWT.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sosok Khadija Omar mencuri perhatian ramai baru-baru ini apabila menjadi peserta berhijab pertama pada pertandingan ratu cantik MIss Universe 2024.Gadis yang berasal dari Timur...