Tak Happy Langsung Dengan Hadiah Yang Anda Dapat? Janganlah Sampai Bagi Orang Lain…

Share

Pernah tak anda terima satu hadiah dari orang, tetapi apakan daya, hadiah itu bukanlah benda yang anda suka. Jadi anda pulak rasa sayang untuk simpan, apa kata jual? Dapat jugak duit betul tak?

Artikel berkaitan: Wajah Berubah Sewaktu Hamil, Wanita Bersyukur Suami Tak Jemu Beri Sokongan & Pujian

Ha…tahu tak sebenarnya itu satu perbuatan yang salah. Kenapa perlu anda tidak rasa bersyukur dengan pemberian yang diberikan oleh seseorang itu. Bukan ke lebih baik ada dari tiada?

Tak rasa bersyukur dengan ‘nikmat’ yang ada

Sumber gambar dari Canva

Bagaimana nak rasa bersyukur jika ada perasaan kecewa saat terima pemberian hadiah yang diberikan. Tidakkah anda rasa ia merupakan satu sifat yang tidak disukai oleh Allah SWT dan juga Rasulullah SAW.

Perbuatan ini dipanggil hibah atau dalam pengertian yang lebih jelas adalah pemberian hadiah kepada seseorang. Dalam agama Islam, perbuatan ini sangat digalakkan sebagai satu tanda kasih sayang dan kita juga sepatutnya tidak mengharapkan apa pun jenis balasan.

Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:

“Hendaklah kalian saling memberi hadiah, nescaya kalian akan saling mencintai”

(Hadis Riwayat Bukhari)

Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa kita tidak boleh sama sekali untuk kita menjual hadiah yang diterima. Bukan sahaja tidak boleh dijual, namun, kita juga tidak boleh memberikan hadiah yang diterima kepada orang lain.

Akan tetapi, tiada pula dalil yang menunjukkan samada boleh atau tidak boleh menjual hadiah mahupun menghadiahkan semula barangan tersebut kepada orang lain. Apabila kita menerima hadiah itu, terpulang kepada kita untuk menguruskannya mengikut kehendak sendiri.

Artikel berkaitan: Zizi Kirana Tak Menyesal Dengan Penghijrahan- ”Saya Bersyukur Dengan Transisi Ini”

Kenapa? Kerana hadiah itu telah pun menjadi hak milik mutlak. Jadi si pemberi tidak boleh katakan tidak tetapi bukankah ia kelihatan tidak manis jika mereka lihat kita seolah-olah tidak bersyukur menerimanya?

Ianya sekarang berpaling semula kepada adab serta nilai moral yang tersemat dalam diri masing masing. Adakah kita sanggup melihat pula rakan kita sedih apabila pemberian hadiah mereka kepada kita itu tidak dihargai. Jagalah adab serta akhlak anda kerana itu cerminan diri anda yang sebenar.

Sumber info: Gegar

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Qee