Pelakon popular Farah Nadia Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Nad Zainal berkata, dirinya tidak risau jika rezekinya sempit setelah memutuskan untuk berhijab dan menutup aurat.
Jelas Nad lagi, dia mahu mencontohi Norkhiriah Ahmad Shapie sebagai ‘role model’ terdekat. Malah dirinya yakin bahawa dengan penghijrahan ini, dia mampu berjaya dalam karier lakonan dengan melakonkan pelbagai watak termasuk watak antagonis.
Nad Zainal, 32, menjadikan pelakon, Norkhiriah Ahmad Shapie sebagai contoh terbaik untuk selebriti bertudung yang terus berjaya dalam karier lakonan dengan pelbagai watak termasuk antagonis atau jahat.
“Saya sebenarnya memang dah lama berhasrat untuk bertudung, cuma tidak tahu bila. Saya perlukan masa, jadi saya harap tolong berikan ruang kepada saya kerana masih ada kerja yang perlu saya habiskan tanpa imej begini (bertudung).
Mengulas berkenaan mengapa dia memilih Noorkhiriah sebagai contoh, Nad menyatakan bahawa dia amat mengagumi keperibadian dan perwatakkan yang ditunjukkan oleh aktres itu. Tegasnya lagi keperibadian Norkhiriah wajar dicontohi oleh selebriti wanita bertudung lain.
Sehubungan itu, bertepatan dengan keputusan ini, Nad memohon agar para peminat merestui penghijrahannya dan mendoakan agar dirinya kekal istiqomah dengan penampilan berhijab. Tambahan pula, dia masih berada pada fasa belajar.
“Saya tidak mahu cakap banyak atau bercerita mengenai penampilan terbaharu ini. Saya masih lagi belajar. Mohon doakan saja yang terbaik untuk saya,” katanya di majlis pratonton Mega Drama, Cina Buta lakonannya.
Ads
Untuk rekod, dalam Drama Cina Buta terbitan Radius One Sdn Bhd yang diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin, Nad diberi kepercayaan memegang watak utama bergandingan bersama Ungku Ismail, Aliff Aziz, Puteri Aishah dan ramai lagi.
“Bebe” Vio telah diperkenalkan kepada dunia seni pedang sejak awal lagi pada usia 5 tahun dan serta-merta jatuh cinta dengan sukan elegan ini. Jadi keputusan untuk membawa kemahirannya ke peringkat Olimpik menjadi mudah.
Penyakit mengejut menyebabkan Vio tidak menggunakan keempat-empat anggota badannya, tetapi dia tidak berputus asa dengan impiannya untuk mendapatkan pingat emas. Sebaliknya, dia telah mencapai matlamatnya dan memberi inspirasi kepada beribu-ribu orang dengan ketabahan dan keyakinannya.
Kini, juara Paralimpik yang terkenal di dunia, Beatrice “Bebe” Vio menjalani kehidupan sebagai seorang remaja biasa. Dia seorang pemain pedang, artis dan pengakap. Pada umur 11, dunianya terbalik kerana Vio dijangkiti meningitis.
Penyakit itu datang secara tiba-tiba dan berkembang secara akut dalam masa tiga hari sahaja. Doktor terpaksa memotong lengan Beatrice di bawah siku dan kaki di bawah lutut. Ini meletakkan atlet muda itu dalam 4% orang yang dapat kembali ke kehidupan harian mereka. Vio telah keluar dari hospital selepas 3.5 bulan, selepas beberapa siri pembedahan plastik untuk cantuman kulit.
Bebe Vio mengakui bahawa selepas kehilangan anggota badannya, dia dibelenggu oleh keraguan dan persoalan. “Kebimbangan terbesar saya kerana tidak mempunyai tangan ialah bagaimana saya boleh bersukan dan melukis?” Ibunya, Beatrice berkongsi kebijaksanaannya, sukan lawan pedang dan seni bukan datang dari tangan, tetapi dari fikiran.
Bebe terus melakukan apa yang dia suka dan menjadi sangat berjaya melakukannya. Tetapi lucu untuk mengetahui bahawa dia tiba di kelas lawan pedang secara tidak sengaja, kerana disalah anggap sebagai kelab bola tampar. Seperti yang dikatakan oleh juara itu sendiri, anda tidak tahu bila dan di mana anda akan jatuh cinta dengan sukan yang anda mainkan.
Sepanjang tahun selepas pembedahannya, Beatrice bekerja keras untuk memulihkannya. Dia terpaksa mempelajari semula cara berjalan, memegang objek di tangan prostetiknya dan sudah tentu, sukan lawan pedang. Pada 2012, Vio memenangi pingat emas di Kejohanan Itali dan perak di Kejohanan Dunia, kemudian melayakkan diri ke Paralimpik di Rio de Janeiro pada 2016. Dari Brazil, Bebe membawa pulang emas terhormat. Empat tahun kemudian, Vio mengulangi kejayaannya di Paralimpik di Tokyo.
Pada 2017, Vio dinobatkan sebagai Ahli Sukan Terbaik Dunia Laureus Orang Kurang Upaya. Sejak itu, dia bukan sahaja terus bersaing dengan cemerlang, tetapi juga membantu golongan muda yang kurang upaya. Bersama ibu bapanya, Vio mengendalikan badan amal yang dipanggil Art4sport: “Saya dan ibu bapa saya memutuskan untuk menubuhkan persatuan untuk membantu kanak-kanak yang diamputasi menikmati keindahan kehidupan melalui sukan.”
Bebe bercakap tentang kehidupannya yang mengagumkan bukan sahaja di media sosial dan dalam pelbagai temu bual, tetapi juga dalam autobiografinya, I Have a Dream. Membaca buku ini, seseorang menyedari betapa lengkapnya pengalaman manusia dengan penerimaan diri:
“Dear World! Saya seorang wanita yang bertuah! Saya berbaik-baik sahaja dengan empat pasang kaki saya, tangan Robocop saya dan kesan pada muka saya yang berparut. Saya tidak akan mengiktiraf diri saya lagi tanpa mereka.”
Atlet muda itu menunjukkan contoh yang memberi inspirasi kepada seluruh dunia. “Tiada mimpi terlalu besar dan anda tidak seharusnya takut untuk bermimpi. Walau bagaimanapun, anda mesti bekerja dengan gigih dan dengan keyakinan.” Bakatnya untuk memberi inspirasi kepada orang lain tidak disedari. Pada 2022, Bebe Vio menjadi wajah antarabangsa gergasi kosmetik L’Oréal Paris.
Vio ialah salah seorang ahli termuda kempen pengiklanan. Dia merancang untuk menggunakan platform itu untuk memberi inspirasi kepada wanita di seluruh dunia dan sudah tentu, meningkatkan kesedaran tentang kekuatan orang kurang upaya. Impian Bebe adalah untuk setiap wanita akhirnya menyedari kecantikan, kepentingan dan keunikannya sendiri.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Musim mengundi hangat diperkatakan di kalangan rakyat Malaysia, malah yang hangat dibualkan sekarang bukan sahaja parti dan pemimpin yang bakal menjadi puncak pimpinan.
Proses penamaan calon untuk pilihan raya umum ke-15 sudah tamat. Tiba masanya, calon-calon sudah sibuk meraih undi dengan harapan mendapat gelaran “Yang Berhormat” selepas 19 November nanti. Jika dahulu calon-calon di kalangan ahli politik yang sudah sinonim di dalam fikiran kita, ada juga yang mereka ini sudah menjadi pemimpin. Namun kebelakangan ini selebriti dan pendakwah bebas juga turut tercalon di dalam senarai penamaan.
Pelbagai persoalan yang bermain di kotak fikiran, ketika kita sibuk untuk membuat pilihan, datang suara-suara kecil yang menidakkan intergriti seorang pemimpin.
“Politik kotor, politik tak boleh dipercayai, politik kroni…”
Pendakwah bebas Ustazah Asma Harun tampil bersuara agar tiada tanggapan yang salah antara mereka. Bukan semua dikalangan mereka dikaitkan dengan politik kotor ada juga antara mereka golongan yang benar memimpin demi agama, bangsa dan Negara.
“Jangan sampai kita tersalah sebar, sedangkan ada pemimpin yang beriman, memasuki politik melepaskan jawatan dan gaji malah ketenangan hidupnya untuk berada dalam sistem pemerintah, supaya tidak jatuh pada orang yang salah,” ujar Ustazah Asma dalam ceramahnya.
Jika kita menafikan peluang seorang pemimpin yang berkaliber untuk berkhidmat untuk rakyat Malaysia atas dasar fahaman politik, rakyat yang akan rugi. Bukankah tujuan demokrasi untuk membolehkan rakyat memilih pemimpin yang terbaik dan membela nasib mereka?
Sudah menjadi kebiasaan, membesar dalam keluarga politik, susur galur keturunan Ustazah Asma Harun tak perlu dipertikaikan.
“Subhanallah! Atuk saya juga orang politik, bertanding jadi YB malah sehingga ke Exco negeri, saya memang membesar dalam susana politik,” terangnya lagi.
Pemimpin dari golongan pendakwah bebas bukan baharu, Tuan Guru Dato’ Bentara Setia, Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat merupakan ahli politik Malaysia dan bekas Menteri Besar Kelantan. Susulan pendakwah bebas Ustaz Kazim Elias salah satu penama yang tercalon (kini sudah menarik diri), adakah ustazah juga ingin melibatkan diri dalam dunia politik.
“Ustazah taknak masuk ke, ustazah masuk mesti menang,” seloroh si penanya.
Ujarnya lagi tidak memilih untuk melibatkan di dalam bidang politik. Dia juga berpendapat ada sesetengah individu menyebarkan dakwah pada ummah melalui pemerintahan, tetapi saya kekal jalan dakwah yang dijalankan sekarang kerana pelbagai lagi perkara yang perlu dibuat. Akuinya lagi menjadi ahli politik masa yang tertumpu untuk keluarga hanya berbaki 10 peratus, manakala 90 peratus lagi untuk ummah.
Patutkah kita membuang undi berdasarkan parti atau individu? Generasi masa kini mula rasa tidak penting untuk keluar mengundi atas dasar tidak percaya lagi intergriti seorang pemimpin. Gusar membuat pilihan takut dipersoalkanNya, lantas jalan paling mudah tidak mengundi.
“… alah semua tak boleh percaya, salah pilih kena jawab depan Allah, adakah jika tidak mengundi, individu itu tidak perlu menjawab dengan Allah,” Ustazah Asma mempersoalkan sikap sesetengah individu.
Sedih dengan septikal orang melayu bergagama Islam yang mula tidak endah dengan sistem pemerintahan, bimbang akan ada pihak yang akan mengambil kesempatan. Fenomena ini bukan unik di Malaysia. Tetapi sudah tiba masanya pengundi Malaysia memberi lebih pertimbangan ke atas individu dan bukannya menyokong parti secara membuta tuli.
Dalam ceramahnya lagi menyeru agar membuat pilihan yang tidak mengelirukan, jika ada rasa bimbang dengan integriti pemimpin itu, pilih sahaja yang kurang memudaratkan dan pasti saranannya untuk anda melakukan istikarah atas kekeliruan.
Di Malaysia, sejak sekian lama, pengundi lebih cenderung memangkah di kertas undi berdasarkan parti, bukan individu. Ustazah Asma Harun bersemangat untuk pulang ke kampung halaman di Terengganu untuk mengundi walaupun akan menempuh kesesakan jalan raya demi satu undi.
Bercerita pengalaman arwah ayah beliau ketika itu yang menghidap 3 jenis penyakit kanser (kanser esafagus, paru-paru dan kanser darah), tetap bersemangat untuk mengundi walaupun keadaan tidak diizinkan oleh doktor.
“Walaupun satu undi..” ayah menyakinkan kami.
Atas semangat dan kerjasama pihak hospital, kenderaan hospital mengiringi arwah ayah ke pusat mengundi. Atas dasar rasa tanggungjawab untuk mengundi, arwah ayah Ustazah Asma Harun menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.
Sebagai seorang rakyat yang mengambil inisiatif ini, beliau menyeru agar anda keluar mengundi bagi memastikan negara ini diperintah oleh orang yang beriman, bertakwa dan amanah. Dalam hadis berikut kita semua akan ditanya olehNya apa peranan kita di muka bumi ini, bukan hanya pemimpin.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Siapa tak kenal dengan pelakon diva, Rozita Che Wan yang juga pengasas kepada produk Inai Che Ta dan juga ‘hot mama’ kepada si cilik jelita Aisyah Dhia Rana.
Baru-baru ini Che Ta menerusi hantaran di laman Instagram miliknya, meluahkan rasa geram dan kesal apabila terdapat produk perlangsingan berat badan yang sewenang-wenangnya menggunakan gambarnya untuk tujuan promosi demi melariskan produk itu.
“Minta perhatian. Saya tak pernah minum jus ‘beruk’ ini untuk kurus. Jus kalian tak laku, sampai terpaksa menipu dan guna gambar saya.”
Demikian kata Che Ta, menerusi ruangan kapsyen pada hantaran di laman Instagram miliknya, belia menegaskan agar orang ramai cakna dan tidak terpedaya dengan penipuan secara terang-terangan yang dilakukan oleh produk kurus itu.
Memetik laporan Harian Metro, Che Ta menjelaskan bahawa dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada pihak yang bertanggungjawab, serta syarikat produ perlangsingan itu.
“Apa yang mereka lakukan ini sangat melampau. Saya tidak pernah ditemubual untuk bercakap mengenai produk kurus tetapi video itu diambil ketika saya bercerita mengenai produk saya sendiri tetapi disunting pihak lain bagi mempromosikan produk mereka.
“Saya akan memberi tempoh beberapa hari ini untuk pihak itu menurunkan gambar dan nama saya. Sekiranya gagal saya akan ambil tindakan tegas dengan membuat laporan polis. Kalau bagi muka mereka akan naik lemak untuk menipu lebih ramai pembeli,” tegasnya.
Tambah Che Ta lagi, lebih membimbangkan apabila dia menerima beberapa mesej peribadi di Instagram daripada beberapa kenalan rapat yang bertanyakan akan kesahihan dia menggunakan produk tersebut untuk mendapatkan tubuh badan langsing yang dimilikinya kini.
Malah, ada diantara mereka yang sudahpun membeli produk itu kerana menyangkakan bahawa Che Ta merupakan pengguna dan testimoni berjaya produk kurus tersebut.
“Sebelum ini ada kenalan yang sudah membeli produk terbabit. Kemudian dia memaklumkan kepada saya sedangkan saya tidak pernah mewakili produk itu.
“Pihak mereka juga sudah menggunakan gambar dan nama saya hampir lima bulan sehingga ramai yang menghantar mesej untuk meminta kesahihan mengenai produk itu.
“Saya sangat kesal perkara ini masih berlaku. Tak sangka mereka cari makan dengan cara keji seperti ini,” ujarnya.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.