‘Tak Guna Lawa Macam Model Tapi Hati Sentiasa Negatif’-Dayah Bakar Kongsi Tip Yakin Dengan Diri

Share

Pengacara televisyen kegemaran semua iaitu Dayah Bakar ini tidak pernah lokek dengan senyuman. Sentiasa dilihat sebagai seorang yang ceria, Dayah berkongsi tip bagaimana untuk terus kekal positif dalam hidup.

Bagaimana cara Dayah mengatasi cabaran dalam industri ini?

“Bukan mudah untuk Dayah tapi Dayah selalu fikir pasti ada orang yang lagi sukar jalannya. Cabaran untuk terus kekal relevan, bagaimana hendak jadi approachable. Tapi yang pasti, Dayah tak pernah berniat nak bersaing dengan orang lain, Cuma mahu menjadi versi diri yang lebih baik sahaja. It’s all about me.

JANGAN PERNAH MENGALAH

“Pastinya Dayah pernah berhadapan dengan rejection, failure dan pengharapan tapi gagal. Jadi hos ini kena selalu pergi ujibakat macam kerja lain yang perlu menghadiri temuduga. Ada masa dapat, ada masa tidak. So, you must keep on going kerana ada jalan yang lebih sukar di hadapan. Bukan meminta, tapi haruslah bersedia,” jelas pelantun lagu Imamku ini.

Jika dilihat karakternya yang sangat bubbly dan ceria, ianya ternyata sama di realiti dan bukan dibuat-buat. Jelas Dayah ianya satu benda yang menarik apabila ramai orang yang berpendapat sedemikian.

“Dayah bersyukur bila orang kata begitu.  Ia seumpama you will get what you see.

Saya bukan buat ini untuk menghasilkan persona yang berbeza. Jadi, saya rasa seronok apabila orang dapat menghargai dan menerima diri saya yang sebenarnya,” ujarnya yang lahir pada bulan Ogos ini.

Ketika ditanya mengenai rutin kecantikan dan kesihatan, Dayah ternyata mempunyai pandangannya yang tersendiri mengenai hal ini.

“Ini isu yang penting sebab sekarang ini ramai wanita yang mempunyai  inferiority complex termasuklah Dayah. Dayah bukannya rasa cantik dan sempurna sepanjang masa. Ada juga  insecurity tersendiri. Sebenarnya, sangat penting untuk seseorang itu rasa yakin dan bagus tentang dirinya sendiri.

“Kalau rasa badan itu malas, pergilah bersenam. Dayah sendiri ada anjurkan aktiviti yang diberi nama ‘Fit Sis’. Dayah lakukan ini supaya mereka di luar sana rasa seronok untuk bersenam.  Jangan fikir cantik itu hanya apabila flawless

dan kurus sahaja. Yang penting hati itu haruslah cantik.

“Kalau cantik seperti model sekalipun, tapi hati itu sentiasa negatif, anda tak akan bahagia. Kesihatan itu nombor satu begitu juga dengan kecantikan dalaman. Melaluinya, anda boleh sebarkan kebahagiaan. Selain itu, makanlah secara sederhana. Jangan terlalu ekstrim.  I love food! Tapi kita kenalah berpada-pada seperti mana ajaran Islam yang mementingkan keserdehanaan.”

Published by
Qistina