Kadangkala, anda tentu teringin untuk mencuba gincu bibir atau apa sahaja barangan makeup yang kawan anda ada. Boleh sahaja kalau nak cuba, tetapi janganlah selalu.
Mungkin anda tidak nampak kesannya dalam masa yang terdekat. Ia sebenarnya boleh beri kesan yang buruk pada anda yang gemar berkongsi makeup dengan orang lain. Jadi, anda perlu lebih berhati-hati dan tidak digalakkan berkongsi dengan orang lain.
Mengapa? Ini 7 sebab yang perlu anda tahu.
Setiap kali anda mengeluarkan dan menutup maskara, pasti akan ada bakteria yang masuk ke dalamnya. Besar kemungkinan, kelopak mata anda mengandungi bakteria yang dibawa oleh berus maskara. Jika anda meminjam maskara rakan anda, bererti anda berkongsi bakteria yang sama dengannya.
Virus dan bakteria daripada mulut anda boleh berpindah pada makeup yang anda pakai, begitu juga dengan orang lain. Keadaan ini boleh menyebabkan anda dijangkiti penyakit seperti demam dan selsema hanya keran berkongsi barangan makeup.
Bakteria boleh berkumpul pada span bedak jika tidak dicuci. Anda tidak tahu sama ada rakan anda itu menjaga kebersihan atau tidak. Lebih baik anda elakkan diri daripada meminjam span bedak daripada rakan anda. Sebaiknya, gantikan span setiap tiga bulan.
Selain jerawat dan kotoran, minyak dan sel kulit mati juga boleh melekat pada berus atau span bedak anda. Jadi, lebih elok jika anda tidak berkongsi span atau berus dengan rakan anda.
Meminjam sepit kuku juga rupa-rupanya tidak elok. Anda boleh dijangkiti kulat pada kuku kalau sepit kuku tersebut tidak dibersihkan terlebih dahulu. Jika anda mahu juga pinjam sepit kuku rakan anda, sebaiknya rendam dahulu atau cuci dengan air.
Pencukur itu sendiri boleh membawa virus dan bakteria daripada kulit seseorang. Malah, ia juga boleh membawa darah dan cecair tubuh seseorang. Bayangkan kalau anda pinjam pencukur rakan anda, apa yang akan dipindahkan pada kulit anda?
Ketika anda pergi ke Sephora atau sebarang kaunter gincu bibir, tentu anda mahu mencubanya kan? Adalah lebih baik jika anda tidak mengaplikasikannya pada bibir. Cukup sekadar oles pada tangan sahaja. Anda tidak tahu siapa yang mencuba lipstick tersebut. Dibimbangi anda akan mendapat penyaki seperti hermes simplex yang boleh berjangkit melalui air liur yang tertinggal pada lipstick tadi.
Sumber: Cewek Banget