Pertengahan November lalu pelakon cantik manis, Izara Aishah telah selamat melangsungkan perkahwinannya dengan jejaka pujaan hati, Mohd Adib Khalid. Memang ramai terpukau dengan kejelitaan wajah pengantin baru ini. Ramai yang tertanya-tanya apakah rahsia kecantikan Izara yang mana dia mempunyai kulit yang halus, gebu dan tidak bermasalah. Menurut pelakon serba boleh ini, dia mempunyai tip kecantikan sendiri untu memastikan penampilan dirinya sentiasa ‘gorgeous’ dan ‘awesome’.

1. SENTIASA GEMBIRA

Kajian membuktikan, mood seseorang menunjukkan kesihatan kulit anda. Jika anda sentiasa gembira, kulit anda juga jadi lebih sihat. Bagi Izara, apa saja yang membuatkan dirinya gembira adalah sesuatu yang cantik.

2. JANGAN CEPAT MARAH!

Isteri kesayangan Adib Khalid ini juga rupanya jarang marah. Menurut kata Izara, jangan cepat marah kerana kata orang, mereka yang mudah marah akan cepat tua.

Ads

3. SENTIASA GUNAKAN PELEMBAP WAJAH

Mahu memastikan kulit sentiasa cantik adalah dengan menggunakan pelembap wajah. Pelembap wajah ni sebenarnya dapat mencegah kulit wajah menjadi kering, melindungi kulit dari sinar bahaya matahari, mengelakkan jerawat, mencerahkan wajah, menyegarkan wajah, menghaluskan kulit wajah dan mengcegah penuaan.

4. AMALKAN PATI BUAH PRUNE

Izara jugo turut mengamalkan pengambilan pati bua prune. Tahukah anda buah prun yang berasal daripada buah plum kering itu mempunyai sumber serat dan pemakanan yang baik dan berkhasiat istimewa sebagai antioksida, antipenuaan, antikanser. Ia juga melambatkan proses penuaan tubuh dan otak.

Ads

5. KURANGKAN PENGGUNAAN ALAT SOLEK ATAU MEKAP

Sememangnya dia beruntung dikurniakan seraut wajah yang jelita. Bagi Izara, intuí mendapatkan kulit cantik perlu kurangkan penggunaan alat mekap. Penggunaan alat mekap berlebihan menyebabkan risiko kanser kulit, masalah pernafasan, sakit kepala, tekanan dan kerosakan kulit.

6. AMALKAN SENAMAN MENARI

Selain itu menurut Izara, dia juga sangat gemar menari dan itu cara senamannya. Hampir setiap hari itulah rutin hariannya dan akan dilakukan dengan konsisten sekurang-kurangnya sejam sehari.

Ads

SUMBER: Hanasuva

KREDIT FOTO: IZARA AISHAH

 

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI