‘Tak Botak, Masih Cute’- Ayda Jebat Adakan Majlis Cukur Jambul Anak Di Hari Maulidur Rasul

Share

Pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir telah selamat melangsungkan majlis cukur jambul buat puteri sulung mereka iaitu Ana Nayla semalam sempena keberkatan hari Maulidur Rasul dalam suasana yang serba ringkas.

Berkongsi di laman instagram, Ayda dan Nabil masing-masing sedondon mengenakan jubah dan baju melayu berwarna hitam manakala si kecil Ana pula comel dalam persalinan berwarna merah jambu.

“Assalamualaikum Ana Nayla ❤️

“Selesai majlis cukur jambul our little wuvv @ananaylaofficial semoga menjadi anak yang baik dan Salam Maulidur Rasul buat semua. 🤗

“Mohon semua doakan yang baik-baik buat Ana Nayla 😍,” tulis Ayda di laman Instagramnya.

Salam Maulidur Rasul 💚

Alhamdulillah selesainya majlis cukur jambul Baby Wuvv @ananaylaofficial

Please berikan doa yg baik2 untuk our princess please

❤️,” kongsi Nabil di Instagramnya.

Menerusi instagram Ana pula, Ayda menjelaskan bahawa rambut anaknya yang tercinta itu tidak dipotong hingga botak. Tetap cute katanya. Hik!

Rambut Ana Nayla dah dipotong. Tak botak, masih cute. Salam Maulidur Rasul uncles aunties.. 🤗🤪

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa.

Published by
QIST