Pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir telah selamat melangsungkan majlis cukur jambul buat puteri sulung mereka iaitu Ana Nayla semalam sempena keberkatan hari Maulidur Rasul dalam suasana yang serba ringkas.
Berkongsi di laman instagram, Ayda dan Nabil masing-masing sedondon mengenakan jubah dan baju melayu berwarna hitam manakala si kecil Ana pula comel dalam persalinan berwarna merah jambu.
“Assalamualaikum Ana Nayla ❤️
“Selesai majlis cukur jambul our little wuvv @ananaylaofficial semoga menjadi anak yang baik dan Salam Maulidur Rasul buat semua. 🤗
“Mohon semua doakan yang baik-baik buat Ana Nayla 😍,” tulis Ayda di laman Instagramnya.
Salam Maulidur Rasul 💚
Alhamdulillah selesainya majlis cukur jambul Baby Wuvv @ananaylaofficial
Please berikan doa yg baik2 untuk our princess please ❤️,” kongsi Nabil di Instagramnya.
Menerusi instagram Ana pula, Ayda menjelaskan bahawa rambut anaknya yang tercinta itu tidak dipotong hingga botak. Tetap cute katanya. Hik!
Rambut Ana Nayla dah dipotong. Tak botak, masih cute. Salam Maulidur Rasul uncles aunties.. 🤗🤪
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Walau Sering Dikecam, Neelofa Jadi Selebriti Berhijab Pertama Ikat Kontrak Bersama Agensi Model Di London
Isi Kandungan
TogglePelakon dan pengacara popular Neelofa bukan sahaja sering dipuji tetapi juga kerap mendapat kecaman dalam apa jua perkara dilakukan. Namun tidak makan kejian dan sudah lali dengan kritikan netizen, Neelofa kini melangkah ke satu lagi pencapaian terbesar apabila menjadi satu-satunya selebriti berhijab yang menandatangi kontrak bersama agensi model dan bakat antarabangsa, Established Models yang berlokasi di London.
Menurut pelakon jelita ini dia berterima kasih kerana diberikan peluang sangat menakjubkan ini dan tidak sabar untuk meneroka ruang lebih jauh yang menantinya di masa akan datang.
“Saya sangat berbangga dan berasakan kegembiraan berganda untuk mengumumkan, kini saya menjadi sebahagian daripada pasukan @estmodels di London.
“Terima kasih untuk peluang keemasan ini. Saya tidak sabar untuk meneroka kesempatan diberikan dan terima kasih semua di atas layangan ucapan manis serta doa. Tahun 2019, mari kita lakukannya,” katanya menerusi Instagram.
Neelofa yang kini berada di London turut memuatkan fotio bersama pengurusan syarikat berkenaan di laman sosial peribadinya.
Bukan itu sahaja, pihak pengurusan melalui instagram mereka juga turut membuat pengumuman serupa dengan muat turut foto bersama usahawan muda itu berbusana dan mengenakan turban rona gelap.
Difahamkan juga menerusi perjanjian kontark ini nanti Neelofa dan pihak Established Models berbinbang dalam merencanakan kerjayanya untuk sepanjang tahun depan.
Seperti biasa, follower pengacara Meletop yng kini telah berjumlah 5.9 juta di Instagram turut mengucapkan tahniah di atas kejayaannya yang cukup manis di penghujung tahun 2018 ini.
Masing-masing mendoakan kejayaan Neelofa yang juga pemenang Dewi Remaja 2009/2010 ini dan semoga apa sahaja yang diimpikan akan tercapai.
Jadi idola & inspirasi
Paling kecik tapi comel
SUMBER: BERITA HARIAN ONLINE & KREDIT FOTO: INSTAGRAM NEELOFA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Konsisten Berhijab CUT SYIFA Kongsi Penampilan Terkini Yang Kian Menawan
Semakin menawan sejak bertudung, Cut Syifa kongsi ciri-ciri suami idaman. Selebriti Indonesia yang konsisten berhijab sejak tahun 2021 sehingga ini kelihatan semakin menawan. Baru-baru ini juga, Cut Syifa ada berkongsi tentang ciri-ciri suami idaman menerusi sebuah video yang dimuat naik di media sosial.
Tidak sedikit netizen yang bersetuju dan mendoakan agar impiannya untuk memiliki suami idaman menjadi kenyataan.
Hijabista kongsikan penampilan terkini Cut Syifa yang semakin menawan berhijab serta ciri-ciri suami idamannya.
BACA JUGA: 11 Selebriti Bertudung Paling Stylish 2024, Ekstra Cantik & Jadi Inspirasi Hijabi!
Cut Syifa yang merupakan seorang pelakon dan model memulakan kerjayanya dalam dunia hiburan sejak 2007.
Namanya semakin popular sejak memegang watak Maesaroh dalam Tukang Bubur Naik Haji: The Series. Sehingga kini, wajah jelitanya masih menghiasi layar skrin televisyen.
MAKIN CANTIK & BERSERI
Selain televisyen, aktiviti harian Cut Syifa boleh diketahui menerusi akaun media sosial peribadinya. Cut Syifa sangat aktif memuat naik kandungan foto dan video di Instagram.
Setiap hantarannya itu sering dibanjiri pujian berkat penampilannya yang semakin menawan.
ISTIQAMAH BERTUDUNG
Pada awal pembabitannya dalam industri hiburan, Cut Syifa tampil dengan rambut panjang. Namun, pada tahun 2021 Cut Syifa berazam untuk berhijab.
Sehingga kini, wanita berusia 25 tahun ini konsisten menutup aurat dan sering memuat naik kandungan foto atau video dirinya menyarungkan pelbagai busana Muslimah yang moden dan stylish.
AURA
Penampilan Cut Syifa sering mencuri tumpuan. Ini kerana dia sentiasa kelihatan bergaya dengan pakaian Muslimah dan gaya tudung yang ringkas.
Selain semakin anggun, Cut Syifa turut memancarkan aura yang menenangkan buat sesiapa yang memandangnya.
CIRI-CIRI SUAMI IDAMAN
Terbaharu, Cut Syifa turut mencuri perhatian selepas mendedahkan ciri-ciri suami idamannya. Sehingga kini, Cut Syifa dipercayai masih belum berpunya.
CARI YANG TIDAK MEROKOK
Berkongsi secara terbuka, Cut Syifa memberitahu salah satu ciri-ciri lelaki idamannya ialah seorang yang tidak merokok. Katanya, jika seorang lelaki tidak boleh mencintai tubuhnya sendiri bagaimana dia boleh mencintai orang lain.
“Ya, cari yang tak merokok. Badan pun dia tak sayang, macam mana dia boleh sayang saya,” kata Cut Syifa.
Ramai yang bersetuju dengan pandangannya tentang bahaya merokok. Cut Syifa turut didoakan agar cepat bertemu jodoh dengan lelaki idamannya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Malunya Nak Senyum.. Gigi Kuning Penuh ‘Karang’, Jom Atasinya Dengan Satu Bahan Ni!
Isi Kandungan
ToggleSenyuman yang cantik boleh menyerlahkan kejelitaan seorang itu. Ditambah dengan barisan gigi yang tersusun rapi seperti senyuman Fazura membuat hati mudah jatuh hati.
Oleh sebab itu kita perlu menjaga gigi kita seperti bahagian lain kerana dengan senyuman kita itu membuat diri begitu berharga. Pastikan gigi kita sentiasa bersih agar tiada masalah ‘bau mulut’ yang boleh menghilangkan keyakinan diri.
Nyahkan ‘Karang Gigi’ Dengan Satu Bahan Ini!
Salah satu masalah bau mulut ini adalah berpunca dari karang gigi dan ia tidak boleh diambil ringan. Karang Gigi ini juga dikenali sebagai kalkulus merupakan plak yang menempel di bahagian dalam dan depan gigi.
Jika dibiarkan ia akan mengeras dan akan mendatangkan masalah lain seperti bau mulut, gangguan pencernaan dan juga jangkitan pada gusi. Untuk menghidari masalah tersebut, anda perlu membersihkan karang gigi yang sudah mengeras dan tebal.
Artikel berkaitan: 5 Kebiasaan Yang Menyebabkan ‘Skin Barrier’ Jadi Rosak! Wajib Tahu!
Cara Terbaik Buang Karang Gigi Di Rumah!
Anda boleh atasi masalah ini dengan lakukan sendiri di rumah menggunakan bahan semula jadi iaitu garam.
Ditunjukkan di sini cara untuk menghilangkan karang gigi menggunakan garam.
1. Campurkan 1 sudu garam dan 1 sudu baking soda.
- Tambahkan sedikit air dan kacau sehingga menjadi pes.
3. Basahkan berus gigi dan oleskan adunan pes tadi.
4. Gosok gigi anda dengan perlahan dan amalkan rutin ini hingga dapat kesan yang diinginkan.
Sumber: Petua Bonda
Artikel berkaitan: Pantang Larang Skrub, Jangan ‘Paksa’ Kulit Mengelupas, Pilih Skrub Yang Tak Rosakkan ‘Skin Barrier’
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI