Tak Boleh Move On, Ini Rahsia Awning Hijab Ayda Jebat Terletak Cantik Je Di Majlis Nikahnya

Share

Majlis pernikahan di antara dua selebriti terkenal iaitu Ayda Jebat bersama pasangannya, Nabil Mahir yang berlangsung pada tanggal 1.1.2021 lalu memang mencuri tumpuan rakyat Malaysia khususnya peminat industri seni tanah air.

Manis dalam busana berona putih daripada Lynda Rahim, tudung yang pakai Ayda pada hari itu juga turut mendapat perhatian ramai kerana ‘awning’

hijab tersebut yang memang on point apatah lagi ia diperbuat daripada material satin yang kita semua maklum memang sukar untuk menggayakannya.

Membongkar rahsia, jurusolek Ayda pada hari itu Alha Alfa telah mededahkan bahawa dia telah menyembur ‘hairspray’ di tudung Ayda agar ia terletak cantik di kepala penyanyi lagu Temberang itu.

Kalau sembur di rambut boleh, takkan di hijab tak boleh pula kan?

Cubaan pertama pakai tudung dengan kemasnya GAGAL~ lepastu macamna boleh kemas?? Baca smpi habis

👇🏻👇🏻😂😂nak pakai tudung jenis BAWAL ni memang susah guys! lagi-lagi material SATIN SILK 😅😰 tapi sbb nak nampak exclusive dan FLOW dia mmg cantik..kalau pakai COTTON kang tak nampak macam kawen sangat betul tak??

Nasib baiklah otak jenis tak duduk diam😂😂 terus terfikir! “KALAU RAMBUT AKU BOLEH BERDIRI DARI PAGI KE MALAM!! MESTI TUDUNG PUN BOLEH!!” Ape lagikkk~~ SEEPEEERRAAYYYY RAMBUTTTY jelahhh~~ zassss!! Alhamdulillah TERLETAK! Isu tudung @aydajebat hangat diperkatakan KEMAS! Syukurrrr~ ini MAGICnya! Hehehe..tapi jangan tak tau! SPRAY RAMBUT sajeee

💃🏻💃🏻💃🏻💃🏻.

Jika sebelum ini kita sering menggunakan starch bagi mengekalkan awning cantik di tudung, selepas ini hijabi bolehlah mencuba teknik ini pula yang jika berada dalam keadaan terdesak. Jangan runsing… bila hijab on point barulah mood pun akan baik! Betulkan sis?

Published by
QIST