Pelakon Elfira Loy yang sedang sarat hamil anak kedua dan menanti masa untuk melahirkan anaknya itu berkongsi tentang rasa gusarnya mengenai barangan bayi yang belum lagi siap dikemas.
Menerusi laman Instagramnya, Elfira yang bakal melahirkan bayi perempuan bertanyakan pendapat kepada netizen tentang cara-cara terbaik untuk mengemas rumah saat hamil.
Belum ada rasa lagi nak selesaikan barang baby sebab banyak lagi kerja-kerja lain belum diselesaikan. cemana ni cemana ni cemana ni
Apakah tip anda mengemas rumah dikala tidak mampu tunduk, duduk di lantai atau berdiri lama-lama? Ada ke perkhidmatan orang datang kemas rumah, lipat baju dan susun bagi elok?
Tambah Elfira lagi, dia mahukan perkhidmatan yang boleh menyusun atur barangannya dengan kemas sepertimana team The Home Edit lakukan. The Home Edit sebuah rancangan di Netflix tentang mentransformasikan susun atur rumah menjadi lebih kemas dan rapi.
Maaf kena lebih terperinci kapsyen saya: maksud saya susun atur macam team The Home Edit tu. Bukan cuci cuci cuci cuci beres pak. Mau ngatur baju-baju, barang-barang itu waduhhh banyak sekali.
Ramai juga yang berkongsi idea tentang tip mengemas barangan bayi ketika sarat hamil. Rata-ratanya mencadangkan untuk Elfira mengambil perkhidmatan pembantu tambahan untuk memudahkannya menguruskan kerja-kerja rumah.
Ada juga yang menyarankan untuk suami Elfira, Muhammad Faris Khairol Anuar membantunya untuk mengemas.
Pelakon Elfira Loy menamatkan zaman bujangnya bersama pasangan pada 1 Januari 2019 di Cyberjaya. Hasil dari perkahwinannya, pasangan sejoli ini dikurniakan putera sulung mereka, Muhammad Rayyan Khalaf.
Sumber gambar: Instagram Elfira Loy
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.