‘Tak Bestlah Takde Lofa!’- Ramai Sedih Bila Neelofa Undur Diri Dari MeleTOP

Share

Selebriti terkenal iaitu Neelofa telah mengumumkan pengundurannya sebagai pengacara rancangan MeleTOP pada malam semalam sewaktu siaran langsung rancangan tersebut.

Selepas tujuh tahun menjadi hos untuk program tersebut, dia mengatakan bahawa Disember ini adalah bulan terakhirnya bertugas sebagai hos di MeleTOP.

Neelofa dilihat turut menitiskan air mata sewaktu membuat pengumuman tersebut di saluran Astro Ria malam semalam.

Menurutnya, keputusan itu diambil kerana dia mahu fokus kepada perancangan lain dalam kerjayanya.

Ujarnya, ia sungguh sukar untuk dilakukan memandangkan dia sudah lama dan serasi dengan program berkenaan namun terpaksa kerana bakal terbabit dengan program baru yang dirancang oleh pihak Astro.

Telah bersiaran sebanyak 370 episod, Neelofa mula mengendalikan rancangan MeleTOP pad 30 Oktober 2012 bersama pasangan pengacaranya iaitu Nabil Ahmad.

Menyentuh mengenai siapa bakal menggantikan tempat Neelofa, Astro memaklumkan bahawa perkara itu akan diumumkan pada bulan Januari nanti.

Di laman sosial, ramai yang turut bersedih dengan pengumuman itu kerana berasakan Neelofa sudah terlalu sinonim dengan MeleTOP selain telah menjadi inspirasi buat kebanyakan penonton setia program tersebut.


.

Published by
Qiss