Wah, siapa sahaja tak tahu pelakon tanah air yang cukup di kenali, Datin Maria Farida, yang masih anggun dan ayu meski sudah lanjut usia. Ramai juga ingin tahu rahsianya ‘maintan‘ walaupun dah berusia.
Tular baru-baru ini pelakon itu bersama usahawan, Dato Seri Vida, bersama-sama membuat video TikTok. Tak usah di soal lagi, sudah ratusan warganet melontar komen-komen positif tentang penampilan Maria Farida.
Siapa sahaja tidak kenal pelakon tanah air, Datin Maria Farida, yang sudah lama menapak di dalam industri seni di Malaysia. Bukan sahaja kerana bakatnya berlakon, dia sahaja cukup terkenal dengan penampilannya yang jauh berbeza dari umur!
Baru-baru ini, Dato’ Seri Vida atau nama sebenarnya Hasmiza binti Othman, 51, telah memuat naik satu video dia bersama Maria Farida. Kelihatan mereka sedang memperagakan emas yang hasil dari keluaran khas DSV itu.
Artikel berkaitan: Jennifer Lopez Mendedahkan Rahsia ‘kilat’ Awet Mudanya Di Usia 53 Tahun
Malah bukan emas yang menjadi perhatian orang ramai, tetapi penampilan Maria Farida yang seakan-akan anak dara yang menjadi tumpuan. Siapa sahaja yang tak terkejut jika ketahui Datin Maria Farida sudah pun berumur 53 tahun.
Ramai warganet di ruang komen memberikan kata-kata yang positif mengenai rupa-paras Maria Farida yang anggun dan masih jelita itu. Acapkali mukanya berada di skrin, semua orang akan terpegun dan tertanya-tanya rahsia kejilataannya.
Terdapat satu tangkap layar dari Astro Gempak, di mana seorang jurusolek mengaku dia pernah berkerjasama bersama Maria Farida. Menurut individu itu, memang jelas kulit dan rupa Datin Maria memang seperti yang di kongsinya dalam laman media sosial.
“Saya pernah makeup Datin Maria Farida di rumahnya. 2 tahun lepas. Kulit dia memang cantik tiada satu pun garisan tua…cekang orang kata,
“Dan kulit dia tak perlu pakai foundation. Bila pakai foundation nampak sikit kering even yang liquid. Jadi datin maria memang tak suka pakai foundation pun,
“Tapi body kulit semua macam anak dara…memang segaklah orang kata…kalah kita yang muda.” ujarnya di ruangan komen.
Datin Maria Farida juga pernah di soal dan di kata membuat rawatan di spa dan sebagainya untuk maintain
rupa parasnya. Tetapi, dia lebih mempercayai cara semula jadi untuk menjaga badannya. Jadi…apa lagi sis semua, kita pun kena mula dari sekarang nak maintan badan!Sumber info: Astro Gempak dan Instagram Datin Maria Farida
Artikel berkaitan: Berkat Amal Surah Yusuf Lepas Solat Subuh, Insya-Allah Buat Wajah Awet Muda Dari Usia Sebenar
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.