Tahukah Anda? Sunat Membayar Zakat Berdasarkan Harga Beras Yang Dimakan

Share

Bayaran zakat tertakluk seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam setiap negeri.

Kebiasaannya harga pembayaran zakat yang biasa adalah RM7. Namun tahukah anda jika di dapur anda menggunakan beras yang lebih mahal seperti beras wangi, beras jepun dan beras basmathi, disunatkan membayar zakat mengikut jenis beras ini.

Misalnya di Selangor jika di dapur anda menggunakan beras jenis beras wangi, beras import, beras perang dan beras herba poni, jumlah bayaran zakat sekepala yang digalakkan adalah RM14. Manakala jika anda menggunakan beras basmathi sebagai beras makan harian, jumlah sekepala pula berjumlah RM21.

Dalam soal jawab bersama Zakat Selangor, mereka menerangkan tentang isu bayaran zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Perlukah Bayar Zakat Wang Yang Dikeluarkan Dari KWSP? Mungkin Ramai Tertanya-tanya

Beras merupakan makanan ruji masyarakat di Malaysia. Kredit foto: Pexels/Vie Studio

Hukum membayar zakat mengikut harga beras yang dimakan adalah sunat dan dalil menggalakkan individu yang ingin membayar zakat mengikut harga beras yang dimakan bersandarkan kepada hadis Rasulullah SAW.

“Dari Abi Sa’id Al-Khudri ra: Sesungguhnya kami di zaman Rasulullah SAW memberinya (membayar zakat fitrah) satu sha’ dari makanan yang dimakan, dari satu sha’dari kurma. (Sahih Bukhari)”

Menurut penyataan itu lagi, kita digalakkan membayar zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan kerana ia merupakan kebajikan bagi golonganyang berkemampuan dan lebihan daripada zakat fitrah tersebut akan disalurkan kepada golongan fakir miskin.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

 

 

 

 

 

 

 

Published by
Fiezreen