Wah nampaknya pembukaan tahun 2022 ini menyaksikan seorang lagi atlet wanita berhijab menempa nama di luar negara!
Siti Nur Alia, 21, yang merupakan atlet berbasikal lebuh raya Terengganu dipilih untuk menyertai pasukan berbasikal jelajah dunia, Canyon-SRAM Racing Team yang berpangkalan di Selangor. Syabas Siti! Ini menjadikan Siti pelumba wanita pertama negara dan Asia Tenggara menyertai pasukan berbasikal ini.
Rentetan dari sejarah yang diciptanya itu, Siti mengatakan bahawa ia bagaikan mimpi jadi kenyataan apabila bekas jurulatih Terengganu Cycling Team (TSG), Adam Szabo yang ingin mengetengahkan bakatnya bersama pasukan mereka menghubunginya berkaitan hal ini. Ia merupakan tawaran kontrak selama setahun daripada pasukan yang berada di kedudukan kelima dunia.
Baca juga: Bukan Sekadar Berlari Atau Berbasikal, Ini 5 Pilihan Menarik Senaman Kardio Yang Wajib Anda Cuba!
Masyarakat Malaysia juga turut sama-sama memberikan kata-kata semangat pada Siti dan mendoakan kejayaannya menerusi laman instagram miliknya. Pelakon Hairul Azreen pun turut sama memberi kata-kata semangat tau!
Biarpun pernah mencapai kejayaan dan meraih pingat seperti pingat perak dan gangsa dalam acara pecut dan 500 meter ujian masa pada kejohanan Sukma Perak 2018, Siti Alia masih lagi berasa gugup dan gementar untuk beraksi dengan rakan sepasukan yang mantap dari seluruh dunia.
Baca juga: Patutlah Ramai Selebriti Suka Berbasikal, Rupanya Banyak Kebaikan Aktiviti Berbasikal Ini!
Menanam impian untuk beraksi di pentas sukan terbesar Olimpik, Siti Alia bakal berlepas ke Jerman pada 13 Januari sebelum ke Sepanyol.
Team Hijabista mengucapkan syabas dan selamat maju jaya kepada Siti Alia kerana mengharumkan nama negara di persada antarabangsa!
Sumber: Sinar Harian
Sumber gambar: Instagram Siti Nur Alia
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe