Pelakon cantik manis, Ayu Raudhah telah meraikan ulang tahunnya yang ke-38 semalam. Suami kepada Ayu yang juga pemain bola sepak pasukan Johor Darul Ta’zim, Zaquan Adha telah memuat naik satu video serta memberikan ucapan istimewa buat isterinya di laman Instagram.
Namun, ‘sesuatu’ telah mencuri tumpuan netizen. Apa yang mencuri tumpuan ialah, video yang dimuat naik oleh Zaquan menunjukkan ‘kit ujian kehamilan’ yang positif dan membuatkan ramai peminat tertanya-tanya sama ada benar ataupun tidak isterinya sedang hamil.
“Selamat hari jadi sayangku. I doakan Allah makbulkan segala doa you, you seorang isteri dan mummy yang hebat, tak ternilai pengorbanan you dengan duit ringgit.
I love you till jannah sayangku (pic last tu hadiah i yang tak seberapa untuk you
).” tulis Zaquan.Terbaru, tanda tanya tersebut telah disahkan sendiri oleh Ayu. Selepas mendapat cahaya mata kelima pada Mei tahun lalu, pelakon jelita Ayu Raudhah akui teruja menantikan kehadiran zuriat baharu apabila kini sedang hamil lima bulan anak keenam!
Menerusi laporan daripada Gempak, aktres tersebut memanjatkan rasa syukur dan mengakui agak segan untuk mendedahkan berita baik ini kerana sedar ia bukanlah kandungan pertama.
“Alhamdulillah, saya anggap rezeki buat anak saya dan suami. Kami berdua okay saja sebab kami datang daripada keluarga yang ramai. Saya dan Zaquan datang daripada tujuh adik beradik. Kami happy anak ramai.
“Saya sebenarnya segan nak kongsi, sebab anak pun dah masuk enam, kalau anak nombor satu takpa la juga, excited la juga.
Artikel Berkaitan: Ayu Raudhah SYUKUR Nyawa Masih Panjang Setelah Alami APENDIKS & Jangkitan Kuman, Walaupun Hampir MAUT
Tambah Ayu yang juga merupakan adik kepada aktres Rozita Che Wan, kehamilannya kali ini agak berlainan kerana mengalami alahan agak teruk. Dia serta Zaquan mengalami alahan yang teruk seperti muntah dan demam pada awal trimester.
“Sebelum ini anak lima orang tak pernah ada morning sickness, tapi yang keenam ini lain macam rasanya. Saya dan Zaquan kami muntah dan demam masa first trimester.
“Teruk gila waktu itu, mungkin sebab dah berusia. Kami dah tak larat sangat, duduk sebelah terbaring demam. Sebelum ni pregnant senang je, kali ini je macam ada lain sikit,” tambahnya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat dilihat memberikan ucapan tahniah di atas berita kehamilan Ayu, malah ramai yang turut menitipkan ucapan ulang tahun kepada pelakon pernah membintangi drama Berlari Ke Bintang itu.
“Alhamdulillah sis, congrats mommy to be”
“Happy birthday. Tahniah new baby. Moga bertambah bahagia dan kekalkan kecantikan. Aamin ya robbal alamin.”
“OMG CONGRATS GUYS!! NUMBER 6! HEBAT!.”
“Barakallahu fii umrikk ayu…semoga jodoh u all berpanjangan hingga syurga Allah dan moga selamat menimang cahaya mata lg..inshaAllah..MashaAllah”
Artikel Berkaitan: Kongsi Rahsia Adik Che Ta Yang ‘Maintain’ Cantik & Kekal Langsing, Walaupun Dah Ada 6 Orang Anak
Info tambahan, Ayu telah mendirikan rumah tangga bersama Zaquan pada 21 Januari 2011 dan dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 9, Muhammad Aisy Aryann, 8, Laura Zuleykha, 5, dan Muhammad Aisy Khaliq, 3, dan Muhammad Aisy Al Jibreel, setahun enam bulan.
Sumber: Gempak dan Instagram Zaquan Adha
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.