
Diuji penyakit kanser payudara sama sekali tidak mematahkan semangat bekas pengacara program bual bicara 3R, Kartini Kamalul Ariffin untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD).
Baru-baru ini, wanita 40-an itu berkongsi kegembiraan menyarung jubah konvo dan menyandang gelaran Dr selepas menggenggam Doctor of Philosophy in Communications.
Meskipun mengambil masa enam tahun untuk dihabiskan, Dr Tini yang pernah bergelar penyampai radio, penulis skrip dan pelakon itu tetap komited mengejar ilmu.



Dalam hantarannya di Instagram, Dr Kartini meluahkan rasa syukur dan berkongsi doa agar ilmu yang diperolehnya akan dapat digunakan sebagai bakti dengan bimbingan daripada Allah.
“Terima kasih Allah kerana membimbing saya melalui proses ini.
Semoga saya terus dibimbing untuk menggunakan ilmu ini sebaik mungkin dan mencurah bakti kepada tujuan kehidupan saya, agama, komuniti dan semua yang baik-baik belaka.” Dr Tini Ariffin


Dr Tini menerima PhD itu dari Infrastructure University Kuala Lumpur (IUKL) selepas enam tahun berjuang menuntut ilmu. Beliau turut berkongsi topik tesisnya iaitu Kepimpinan Wanita dalam Industri Kreatif di Malaysia.
Dr Tini sebelum ini mendedahkan dirinya disahkan menghidap kanser payudara tahap satu sejak awal tahun 2023. Beliau akhirnya terbuka bagi bercerita mengenai perkara tersebut selepas berjaya mengawal emosi selain mencari maklumat untuk dikongsi bersama.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
PU Rahmat ‘Berhasrat’ Taja Kos Umrah Remaja Hilang 5 Anggota Keluarga Dalam Kemalangan!

Baru-baru ini negara digemparkan dengan berita menyayat hati apabila enam sekeluarga maut dalam nahas di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan hingga menjadi sorotan dan bualan warganet.
Lebih tragis lagi apabila anak sulung pasangan suami isteri itu, Abdur Rahman, 19 tahun merupakan waris yang tersisa bersama seorang lagi adiknya iaitu Abdullah, 15 tahun. Berita ini membuatkan rakyat Malaysia turut sama berdukacita mengenangkan nasib yang menimpa dua beradik berkenaan.
Berita berhubung perkara ini telah tular di laman sosial, terbaharu rakaman memaparkan suasana hiba ketika enam jenazah itu disolatkan dan dikebumikan semakin membuatkan hati netizen sebak dan sayu.
PU Rahmat Mahu Bawa Rahman Tunai Umrah!
Sehubungan itu, demi membela nasib remaja 19 tahun itu pendakwah bebas, PU Rahmat bercadang mahu memaja Rahman agar dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah.
Justeru, PU Rahmat kini sedang berusaha mengumpul maklumat terperinci tentang Abdur Rahman.
Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh PU Rahmat menerusi satu muatnaik hantaran di lama Facebook miliknya. Dalam hantaran berkenaan beliau meminta orang ramai agar membantunya memperoleh informasi supaya dia dapat berhubung dengan remaja itu untuk menyatakan hasrat murninya membawa Rahman menunaikan umrah secara percuma.
Sehingga artikel ini ditulis, Hijabista difahamkan bahawa PU Rahmat sudahpun berhubung dengan keluarga Abdur Rahman serta membincangkan berkenaan perkara ini.
Meninjau ke ruangan komen pada hantaran berkenaan, Hijabista mendapati bahawa rata-rata wargamaya menhokong hasrat murni yang diutarakan oleh PU Rahmat, sekaligus mendoakan agar niat baik dan urusan mereka ke Tanah Suci dipermudahkan oleh Allah SWT.
Artikel berkaitan: Jangan Seronok Sangat Sebar ‘Visual’ Pesawat Terhempas Di Elmina, Ini Hukumnya Menurut Islam!
Sekadar Info, kemalangan yang berlaku pada Jumaat lalu turut menyebabkan seorang lagi adik Abdur Rahman iaitu Abdullah, 15 tahun cedera parah.
Abdullah yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Segamat dilaporkan stabil dan kini menggunakan alat bantuan pernafasan.
Begitulah janji Allah, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Mungkin, pengalaman menunaikan umrah secara percuma tidak dapat menggantikan kesedihan Rahman yang kehilangan enam orang ahli keluarga sekaligus.
Namun, segala apa ujian yang dilalui. Kita harus bersyukur dan kembali kepada yang maha pencipta. Kerana segala-galanya datang daripada-Nya. Kita manusia hanya mampu merancang, tetapi yakinlah bahawa perancangan Allah adalah lebih baik, kerana Allah itu adalah sebaik-baik perancang.
Artikel berkaitan: Perlu Lebih Berhati-hati Jika Duduk Di Tempat Duduk Bertingkap Di Atas Kapal Terbang
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Basahkan Lidah Dan Jadikan Tujuh Zikir Ini Sebagai Amalan! Nescaya Rezeki Hijabi Melimpah Ruah

Rezeki Allah SWT itu sangat luas. Keluasannya itu sehingga mampu memberi kebahagiaan kepada seluruh umat manusia di muka bumi. Jadi, usahlah kita sebagai hambanya selalu mengatakan bahawa rezeki Allah itu tidak mencukupi.
Malahan, sebagai umat Islam, kita seringkali disarankan untuk mengamalkan pelbagai amalan untuk memperolehi rezeki daripada-Nya. Pelbagai doa mahupun zikir yang boleh anda amalkan supaya diberi keluasan rezeki oleh-Nya. Berikut Hijabista senaraikan tujuh jenis zikir yang hijabi boleh jadikan amalan setiap hari.

Mengucapkan ‘La Hawla Wala Quwwata Illa Billah’
“Barang siapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan ‘La hawla Wala Quwwata Illa billah” (HR. At- Tabrani)
Membaca ‘La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin’
Barangsiapa setiap hari membaca ‘La ilaha illallahul malikul haqqul mubin’ maka bacaan itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam Kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).
Lazimkan Lidah Menyebut ‘Subhanallah Wabihamdihi Subhanallahil Adziim’
“Dari setiap Kalimat itu seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada ALLAH Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan Untukmu”. (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)
Artikel berkaitan: Pokok Meliuk Lentuk ‘Rancak’ Berzikir, Mungkinkah Petanda Malam Lailatul Qadar?
Amalkan Membaca Surah Al-Ikhlas
“Barang siapa membaca Surat Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya” (HR. AtTabrani)
Bacalah Surah Al-Waqiah
Barang siapa membaca surat Al-Waqiah setiap malam maka TIDAK akan ditimpa kesempitan hidup” (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)
Perbanyakkan Selawat Ke Atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW
Dari Umar bin Khaththab dari Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda : Barangsiapa Berselawat kepadaku satu kali Selawat maka ALLAH akan membalas sepuluh kali selawat dan mengangkatnya sepuluh darjat”. (Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul).
Basah Lidah Dengan Istighfar
“Barang siapa melazimkan Beristighfar nescaya ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segala Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah yang tidak diDuga-Duga” (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)
Doa Jemput Rezeki
“Ya ALLAH berikanlah kami rezeki yang Luas, yang halal lagi baik tanpa memberatkan kami. Jika rezeki kami ada di langit maka turunkanlah. Jika ada di bumi maka keluarkanlah. Jika jauh maka dekatkanlah. Jika dekat maka mudahkanlah. Jika sedikit maka banyakkanlah. Berkat keagungan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala apa jua bentuk rezeki yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh. Kabulkanlah doa kami.. Aamin yarabbalamin”.
Artikel berkaitan: Berpeluangkah Mencari Lailatul Qadar Jika Didatangi Haid Pada 10 Malam Terakhir?
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
“Bila Berpasangan Lain Pasti Melukakan Hati Isteri..” Aeril Zafrel Enggan ‘Serabut’ Berpoligami.

Melihat kemesraan dan kebahagian pasangan yang sama cantik dan sama padan ini sentiasa bersama bagaikan ‘belangkas’, ramai tertanya-tanya adakah mereka tidak dilanda masalah di dalam rumahtangga.
Menjadi lumrah rumahtanga pasti ada pasang dan surutnya, menjalani kehidupan bersama perlu ada sokongan kedua-dua belah pihak. Aeril Zafrel akui 12 tahun perkahwinan, fasa yang dijalani sekarang hanya untuk anak-anak dan perniagaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Lepas Bina Masjid, Wawa Zainal & Aeril Zafrel Idam Buka Pusat Tahfiz Demi Mengejar Syurga

“Kita hanya fikir untuk besarkan anak bersama, rumah, besarkan perniagaan seperti tambah cawangan di Sabah,” ujar Airel. Tambah Wawa lagi, kesibukan yang mereka lalui tiada ruang untuk mereka bergaduh. Malah, menjaga hubungan rumahtangga ini kunci rezeki mereka mencurah-curah.
Enggan ‘serabut’ tambah satu lagi..

Bercakap soal poligami, pelakon drama Seindah 7 Warna Pelangi itu tidak melulu membantah sebaliknya berpendapat bahawa asalkan perkahwinan tersebut direstui oleh individu yang terlibat. Baginya enggan ‘serabut’ untuk memiliki isteri lagi meskipun poligami tidak dilarang dalam agama Islam.
“Saya sebenarnya tak nak pening. kalau kita ada orang lain, bertambah pening. Ada satu pun dah pening. “Saya ni jenis lelaki yang bukan tak ambil kisah tapi banyak lagi benda yang nak difikirkan. Dengan anak-anak lagi.
“Ada kucing lagi. Kalau tambah bini, ‘confirm’ sakit kepala. Rambut dah baik-baik lebat sekarang, nanti botak pula,” kongsinya.
Menurutnya lagi, dia juga mempunyai anak perempuan takut kifarah berbalik kepada keluarganya sedangkan dia juga tidak jamin hubungan bersama akan kekal hanya dengan izinNya semua itu akan terjadi. Aeril dan Wawa berkahwin pada 2013 dan dikurniakan empat anak iaitu Ahmad Fakharuddin Attar, 10, Hayla Maghfiratul Adzikyaa, 7, Ayya Sofia, 4, dan Muhammad Fahri, 2.
ARTIKEL BERKAITAN: Pertama Kali Keluarkan Hijab, 90 Ribu Helai Wawa Scarve Habis Terjual Kurang 24 Jam!
Jaga penampilan, jaga perangai

Sebagai wanita pastinya pelakon dan usahawan yang berusia 32 tahun ini terasa bahangnya jika ini terjadi padanya. Namun Wawa Zainal menasihat wanita di luar agar jaga perangai, penampilan dan banyak aspek lagi. Dia juga menasihatkan golongan wanita yang ingin mendirikan rumah tangga agar tidak ‘terjatuh’ hati terhadap lelaki yang memegang status suami orang. Mereka sepatutnya menghormati hati dan perasaan sesama kaum tanpa menghancurkan kebahagiaan orang lain.
“Mana-mana perempuan di luar sana tu, janganlah ‘merenyam’. Kalau dah tahu suami orang, janganlah kacau sebab kita sepatutnya memahami isi hati sesama perempuan,” katanya lagi.
Sasar pemasaran bekerjasama dengan influencer

Di majlis yang serba ringkas dan indah, Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin bersama pempengaruh TikTok Rozyana Roslan telah melancarkan minyak wangi terbaharu. Kolabrasi kedua Lagenda Kembali WAWA X ROZYANA Asmaradana (edisi terhad) dijual dengan harga mampu milik RM39 dalam saiz yang lebih besar juga mempunyai 3 varian iaitu Seri Pagi, Syurga Malam dan Mengundang Cinta.

Kolabrasi bersama pempengaruh adalah satu strategi pemasaran yang dapat membantu melariskan produk disamping dapat mengembangkan idea dengan pelbagaikan promosi tidak bergantung pada penglibatan Wawa Zainal seratu peratus sebagai muka depan untuk menaikkan penjenamaan jenama Wawa Cosmetics. Pada masa akan datang berkemungkinan Wawa Cosmetics akan bekerjasama dengan selebriti tempatan bagi mengembangkan lagi strategi pemasaran perniagaanya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di


