Angka korban akibat koronavirus baharu (Covid-19) di Itali melonjak naik. “Ini adalah tempoh paling sukar selepas zaman perang,” kata Perdana Menteri Giuseppe Conte menerusi Facebook.
Itali melepasi angka kematian akibat Covid-19 direkodkan China dan berdepan kemungkinan melanjutkan perintah berkurung yang boleh memberi kesan buruk kepada ekonominya.
Dikhuatiri sekiranya rakyat Malaysia tidak mengambil langkah berjaga-jaga, kita juga bakal menghadapi darurat seperti yang sedang berlaku di Itali.
Ini perkongsian Khairul Abdullah
Sejak kali pertama aku jejak kaki ke Itali 12 tahun lalu, aku memang agak perangai depa sama macam kita.
Dia punya feel bila first time aku drive masuk negara depa aku dah rasa sebijik macam kat Malaysia. Cara depa drive, dengan keadaan jalan dia, tahap kebersihan dia, perangai orang dia dan macam-macam persamaan yang buat aku rasa deja-vu.
Paling syok bila tengok orang Bangladesh merata-rata menguasai segala jenis perkhidmatan dan perniagaan. Fuhh sebijik macam Malaysia getus hati aku.
Dan hari ini aku dah mula seram. Semoga segala persamaan sikap tersebut tidak terus terbawa di dalam keadaan getir sebegini.
Depa pun asalnya macam kita, orang suruh dok diam-diam di rumah depa pakat keluar berpoya-poya.
Tak hirau social distancing yang diarahkan. Seolah-olah hari ini bila start penguatkuasaan barulah virus covid akan mula menyerang. Semalam dan hari sebelumnya covid semua lepak-lepak sebab kerajaan belum keluar arahan.
Hmmm.
Baik kerajaan kenakan restriction order tu kat Covid19 jer kan?, depa tu lebih dengar arahan kot.
Please gais, jika tak perlu jangan keluar. Jika keluar, kekalkan jarak, elakkan bersalaman atau menyentuh apa yang tidak perlu dan sentiasa cuci tangan.
Kita sama-sama bendung wabak ini. Kita doa, kita usaha dan kita tawakal.
Allah maha mendengar.
Sumber kredit: Khairul Abdullah