Wanita perlu sentiasa menjaga kebersihan diri dengan lebih apabila datang haid. Takut datang pula pelbagai penyakit. Belum lagi ditambah sakit senggugut dan kejang perut. Emosi pun kadang-kadang tidak menentu.
Sebagai wanita, haid merupakan perkara yang perlu dititik beratkan. Menurut portal Cleveland Clinic, haid juga dikenali dengan istilah menstruasi. Darah haid adalah darah dan sebahagian tisu dari dalam rahim anda yang mengalir dari rahim anda melalui serviks dan keluar dari badan anda melalui faraj anda. Kitaran haid selalunya adalah dalam tempoh 3- 7 hari.
Artikel Berkaitan: Gadis Yang Alami Heavy Flow & Senggugut Semasa
Period, Ini Pad Terbaik Yang Harus Dicuba!
Semestinya anda tidak boleh memandang sebelah mata akan isu ini. Ini kerana jika anda sakit senggugut ketika haid, ia akan menghalang pergerakan anda untuk aktif sepanjang hari. Tabiat yang sihat akan membantu anda berasa segar sepanjang haid. Oleh itu, anda perlu sentiasa peka dengan perkara yang boleh dan perlu dielakkan. Berikut merupakan beberapa perkara yang boleh dilakukan dan perlu dielakkan ketika haid.
Makanan masin terutamanya makanan sedia untuk dimakan atau dibungkus, seperti kerepek kentang mempunyai kadar garam yang tinggi. Kadar garam yang tinggi boleh menyebabkan dehidrasi dan menyebabkan rasa kembung perut ketika haid. Bila dah mula rasa kembung perut, terus hilang mood dibuatnya. Bayangkan ketika itu anda sedang bekerja, sangatlah tidak selesa untuk meneruskan pekerjaan. Oleh itu, anda perlu mengurangkan makanan masin untuk mengelakkannya.
Untuk pengetahuan anda, pengambilan kafein ketika haid dapat menyebabkan kegusaran, peningkatan denyut jantung, dan beberapa gejala lain. Mengikut pandangan pakar, minum kafein ketika datang haid juga akan menyebabkan rasa sakit pada bahagian payudara. Oleh itu, penggemar minuman berkafein seperti americano,esspresso,cappucino
dan sebagainya perlulah menahan diri semasa datang haid. Ala sekejap sahaja!Yang paling penting sekali, jangan lupa untuk minum air secukupnya. Anda juga perlu tahu bahawa sebanyak 60 peratus hingga 70 peratus badan kita adalah air. Oleh itu, sangatlah penting untuk minum air secukupnya. Tambahan pula, minum air secukupnya juga boleh mengurangkan risiko sakit kepala atau pening.
Tahukah anda penggunaan pad untuk tempoh yang lama boleh membawa kemudaratan kepada diri? Biasanya kalau hari pertama dan kedua, kita pasti akan mengalami aliran haid yang banyak ataupun heavy flow. Anda perlu sedar bahawa penggunaan pad dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan infeksi yang teruk. Oleh itu, anda tidak boleh malas untuk menukar pad.
Wanita yang sedang haid terutamanya yang sering senggugut disarankan menambahkan pengambilan kalsium & magnesium. Terkadang, sakit senggugut datang disebabkan kurangnya suplemen di dalam diet. Meninjau perkongsian di HelloDoktor, jika kalsium di dalam diet rendah, maka ia akan mempengaruhi kitaran menstrual di dalam badan anda. Pengambilan kalsium & magnesium dapat mengurangkan kepenatan begitu juga dengan perubahan pada aspek mental seperti depresi.
Artikel Berkaitan: Legakan Sakit Senggugut Dengan Cara Guna Bahan Dapur, Tak Perlu Makan Ubat Tahan Sakit
Sebagai kesimpulan, wanita perlulah sentiasa menjaga kebersihatan dan kesihatan diri terutamanya semasa datang haid. Jika anda sering mengalami masalah senggugut, bolehlah cuba tips yang telah diberikan diatas. Ingat, jangan pernah pandang ringan mengenai isu ini ya. Takut menyesal dikemudian hari. Bak peribahasa “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”.
Sumber: Hello Doktor
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.