Wanita perlu sentiasa menjaga kebersihan diri dengan lebih apabila datang haid. Takut datang pula pelbagai penyakit. Belum lagi ditambah sakit senggugut dan kejang perut. Emosi pun kadang-kadang tidak menentu.
Sebagai wanita, haid merupakan perkara yang perlu dititik beratkan. Menurut portal Cleveland Clinic, haid juga dikenali dengan istilah menstruasi. Darah haid adalah darah dan sebahagian tisu dari dalam rahim anda yang mengalir dari rahim anda melalui serviks dan keluar dari badan anda melalui faraj anda. Kitaran haid selalunya adalah dalam tempoh 3- 7 hari.
5 perkara boleh dilakukan dan perlu dielakkan ketika haid
Semestinya anda tidak boleh memandang sebelah mata akan isu ini. Ini kerana jika anda sakit senggugut ketika haid, ia akan menghalang pergerakan anda untuk aktif sepanjang hari. Tabiat yang sihat akan membantu anda berasa segar sepanjang haid. Oleh itu, anda perlu sentiasa peka dengan perkara yang boleh dan perlu dielakkan. Berikut merupakan beberapa perkara yang boleh dilakukan dan perlu dielakkan ketika haid.
1. Mengurangkan dan mengawal pengambilan garam
Makanan masin terutamanya makanan sedia untuk dimakan atau dibungkus, seperti kerepek kentang mempunyai kadar garam yang tinggi. Kadar garam yang tinggi boleh menyebabkan dehidrasi dan menyebabkan rasa kembung perut ketika haid. Bila dah mula rasa kembung perut, terus hilang mood dibuatnya. Bayangkan ketika itu anda sedang bekerja, sangatlah tidak selesa untuk meneruskan pekerjaan. Oleh itu, anda perlu mengurangkan makanan masin untuk mengelakkannya.
Ads
2. Elakkan minuman berkafein
Untuk pengetahuan anda, pengambilan kafein ketika haid dapat menyebabkan kegusaran, peningkatan denyut jantung, dan beberapa gejala lain. Mengikut pandangan pakar, minum kafein ketika datang haid juga akan menyebabkan rasa sakit pada bahagian payudara. Oleh itu, penggemar minuman berkafein seperti americano,esspresso,cappucino dan sebagainya perlulah menahan diri semasa datang haid. Ala sekejap sahaja!
3. Minum air secukupnya
Yang paling penting sekali, jangan lupa untuk minum air secukupnya. Anda juga perlu tahu bahawa sebanyak 60 peratus hingga 70 peratus badan kita adalah air. Oleh itu, sangatlah penting untuk minum air secukupnya. Tambahan pula, minum air secukupnya juga boleh mengurangkan risiko sakit kepala atau pening.
4. Tukar pad setiap 4 jam
Ads
Tahukah anda penggunaan pad untuk tempoh yang lama boleh membawa kemudaratan kepada diri? Biasanya kalau hari pertama dan kedua, kita pasti akan mengalami aliran haid yang banyak ataupun heavy flow. Anda perlu sedar bahawa penggunaan pad dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan infeksi yang teruk. Oleh itu, anda tidak boleh malas untuk menukar pad.
5. Tambahkan kalsium & magnesium
Wanita yang sedang haid terutamanya yang sering senggugut disarankan menambahkan pengambilan kalsium & magnesium. Terkadang, sakit senggugut datang disebabkan kurangnya suplemen di dalam diet. Meninjau perkongsian di HelloDoktor, jika kalsium di dalam diet rendah, maka ia akan mempengaruhi kitaran menstrual di dalam badan anda. Pengambilan kalsium & magnesium dapat mengurangkan kepenatan begitu juga dengan perubahan pada aspek mental seperti depresi.
Sebagai kesimpulan, wanita perlulah sentiasa menjaga kebersihatan dan kesihatan diri terutamanya semasa datang haid. Jika anda sering mengalami masalah senggugut, bolehlah cuba tips yang telah diberikan diatas. Ingat, jangan pernah pandang ringan mengenai isu ini ya. Takut menyesal dikemudian hari. Bak peribahasa “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”.
Sudah maklum bahawa setelah kita selesai melaksanakan pausa di bulan Ramadan, disunnahkan untuk melaksanakan puasa enam hari di bulan Syawal. Disebutkan bahwa puasa enam hari di bulan Syawal sebagai penyempurna puasa yang telah kita lakukan di bulan Ramadan.
Namun bagaimana jika kita tidak berpuasa sama sekali di bulan Ramadan kerana ada uzur, adakah kita tetap disunnahkan puasa enam hari di bulan Syawal?
Ketika kita selesai melaksanakan puasa di bulan Ramadhan, maka kita disunnahkan untuk melengkapi dan menyempurnakannya dengan puasa enam hari di bulan Syawal. Berpuasa enam hari di bulan Syawal, pahalanya seperti berpuasa selama satu tahun penuh.
Ini berdasarkan hadis riwayat Imam Muslim dari Abu Ayyub, dia berkata bahwa Nabi Saw pernah bersabda;
Barangsiapa yang melakukan puasa di bulan Ramadhan kemudian mengkutinya dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal, maka dia layaknya seperti berpuasa setahun penuh.
Menurut para ulama, sunnah berpuasa enam hari di bulan Syawal tidak hanya dianjurkan bagi orang yang telah selesai melaksanakan puasa dengan sempurna di bulan Ramadan.
Melainkan juga dianjurkan bagi orang yang tidak sempurna melaksanakan puasa di bulan Ramadan atau tidak berpuasa sama sekali kerana ada udzur, seperti sakit, dan lainnya.
Hal ini sebagaimana disebutkan oleh Habib Abdurrahman dalam kitab Bughyatul Mustarsyidin berikut;
ويسنّ صوم الست وإن أفطر رمضان
Dan disunnahkan berpuasa enam hari (di bulan Syawal) meskipun tidak berpuasa di bulan Ramadhan. Oleh kerana itu, jika kita tidak sempurna melakukan puasa di bulan Ramadan kerana ada udzur seperti sakit, sedang dalam perjalanan, atau lainnya, maka kita tetap dianjurkan melaksanakan puasa enam hari di bulan Syawal.
Begitu juga dianjurkan berpuasa bagi orang yang tidak berpuasa sama sekali di bulan Ramadan. Misalnya, perempuan menyusui. Dia tidak berpuasa sama sekali di bulan Ramadan kerana khuawatir terhadap keselamatan dirinya atau anaknya, kemudian di bulan Syawal dia sudah boleh berpuasa, maka dia disunnahkan berpuasa enam hari di bulan Syawal meskipun di bulan Ramadan tidak berpuasa sama sekali.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Ahli Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) berpeluang membuat permohonan i-Lestari daripada akaun 2 sehingga 30 April ini bagi pengeluaran bermula Mei.
Permohonan i-Lestari itu boleh dibuat menerusi i-Akaun secara dalam talian. Namun kini ada cara yang lebih mudah untuk memohon.
Berikut perkongsian Akhtar Syamir.
Tak perlu dah susah-susah buat i-akaun untuk mohon i-Lestari.
Apa tu i-Lestari?
Kemudahan untuk mengeluarkan sehingga RM500 dari akaun 2 KWSP. Sebelum ini, pencarum perlu cipta i-akaun dahulu dan mohon dari situ. Memandangkan ini telah menyukarkan orang ramai, Kerajaan telah membuat satu inisiatif bagus untuk memudahkan permohonan i-Lestari.
Hanya klik https://ilestari.kwsp.gov.my/ dan pilih PERMOHONAN BAHARU untuk mula memohon. Nak semak permohonan pun boleh.
INI LANGKAH-LANGKAHYA:
Maklumat ringkas berkenaan i-Lestari.
1. Pengeluaran i-Lestari adalah berkuatkuasa bagi tempoh 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021.
2. Pengeluaran adalah daripada Akaun 2 sahaja dan secara bulanan. Bilangan bulan yang boleh dikeluarkan dikira dari tarikh penerimaan permohonan sehingga tamat tempoh i-Lestari pada 31 Mac 2021.
3. Syarat kelayakan adalah warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara Malaysia, berumur di bawah 55 tahun dan mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2.
4. Permohonan boleh dihantar mulai 1 April 2020 sehingga 31 Mac 2021.
5. Ahli KWSP boleh keluarkan minimum RM50 sehingga RM500 sebulan bergantung kepada baki di akaun 2.
6. Bayaran akan dibuat mulai bulan Mei 2020 untuk permohonan mulai April 2020 manakala permohonan mulai Mei 2020 akan dibayar mengikut tarikh permohonan.
7. Setelah permohonan dibuat, amaun yang dipilih tidak boleh diubah buat masa ini.
Kerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebanyak 10 hingga 15 peratus bermula 14 Oktober 2023 sehingga 31 Mac 2024.
Memetik laporan Bernama, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata inisiatif diskaun yang dibahagikan kepada tiga kadar berbeza itu bertujuan bagi membina sikap bertanggungjawab di kalangan peminjam.
“Pertama, diskaun 10 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman. Kedua, diskaun 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran.
“Ketiga, diskaun 15 peratus untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual,” katanya.
Ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat, Perdana Menteri turut berikrar untuk memastikan mahasiswa khususnya daripada keluarga susah yang mendapat tempat di Universiti, tidak dihalang atau dinafikan haknya daripada mendaftar, hanya kerana tidak mampu melunaskan yuran kemasukan pengajian ataupun mengambil peperiksaan.
“Bermula Januari 2024, yuran bagi tujuan pendaftaran masuk ke universiti awam dihadkan untuk tidak melebihi RM1,500 ringgit. Ini supaya selari dengan nilai pemberian Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) oleh PTPTN berjumlah RM1,500 kepada semua bakal pelajar baharu yang layak.
Tambah beliau, pada masa yang sama, pelajar sedia ada yang tidak mampu membayar yuran pengajian tidak akan disekat bagi mendaftar subjek pada setiap semester dan bayaran boleh dilunaskan selepas pendaftaran subjek.
Katanya, sebarang peraturan pembayaran oleh universiti hendaklah mengambil kira kebajikan pelajar.
Anwar juga mahu Bahagian Hal Ehwal Pelajar universiti bersama-sama PTPTN atau badan lain hendaklah berperanan memudah cara dan membantu mahasiswa dan bakal pelajar yang punyai masalah pembayaran yuran.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Isteri mana yang tidak merasa bahagia apabila dirinya sentiasa dihargai oleh suami tersayang apatah lagi dianggap sebagai bidadari.Begitulah bertuahnya penyanyi dan aktivis kemanusiaan Nur...