Pening kepala sudah semestinya menganggu aktiviti seharian terutama sekali nak buat kerja! Siapa antara kita pernah menarik rambut untuk melegakan sakit kepala? Jika anda salah seorang daripada individu tersebut, disarankan untuk berhentikan perkara tersebut. Terutama sekali wanita berhijab!
Semestinya untuk melegakan kesakitan kepala, ada diantara kita yang makan ubat, berehat dan menarik rambut secara cepat dan kuat yang membolehkan berlakunya letupan kecil di kepala. Memang ianya melegakan buat sementara tetapi perkara tersebut dilarang oleh doktor kerana ia akan menyebabkan sakit yang lain pula timbul.
Tular di TikTok Dr. Wan yang merupakan pegamal perubatan yang aktif di tiktok itu menegaskan agar semua tidak menarik rambut sehinggakan mengeluarkan bunyi ‘pop’ kerana ia boleh merosakkan lapisan di dalam kulit kepala anda. Ia juga boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lain.
“Kalau menarik rambut itu mujarab, doktor tidak perlu prescribe ubat paracetamol, ubat migrain. jadi membazir duit kerajaan sahaja,” menurut Dr Wan.
Artikel Berkaitan: 5 Rutin Penjagaan Rambut Agar Bebas dari Kelemumur. 16 Produk Ini Sempurnakan Mahkotamu
Menurut Dr. Wan, bunyi ‘pop’ merupakan bunyi lapisan ‘Galea’ iaitu lapisan yang berada bawah kulit kepala yang ditarik daripada tengkorak kepala anda. Katanya, kesan daripada itu akan membuatkan kulit kepala anda terkoyak dan mengalami pendarahan dan boleh menyebabkan infection
terjadi. Malah, jangkitan kuman yang dikenali sebagai Follicultis juga akan terjadi.“Daripada nak elak stres sakit kepala, terus dapat jangkitan,” katanya.
Jangkitan kuman Follicultis boleh terjadi sekiranya ada jangkitan pada folikel rambut atau masalah di kulit kepala anda. Ini juga akan menyebabkan ada memerlukan rawatan dan meminta doktor untuk memeriksa kulit kepala anda.
Menurut Dr Wan, ramai berpendapat bahawa menarik rambut ini akan melegakan migrain. Katanya, migrain ini terjadi pembuluh darah atau blood vessel mengembang di salur darah kepala. Ia akan menyebabkan reseptor sakit dan punca utama migrain atau sakit kepala itu. Dia juga menegaskan tiada istilah menarik rambut dapat melegakan atau menyihatkan migrain!
Artikel Berkaitan: Ini Puncanya Rambut Gugur Di Usia Remaja, Rawatlah Rambut Anda Sebelum Menjadi Botak
Akhir kata, jangan lakukan. Dapatkan nasihat atau rawatan doktor!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.