Allah menguji hamba-Nya dalam pelbagai cara untuk mengukur sejauh mana tahap keimanan seseorang itu. Dan Allah jualah yang berkuasa untuk menyembuhkan sesuatu itu. Seperti perkongsian lelaki ini di twitter Amirul Ashraf yang tidak menyangka akan sembuh dari penyakit yang dideritainya selama ini. Dia mengucapkan rasa syukur kerana telah bebas dari penyakit Neuroma Akustik.
Neuroma Akustik atau Vestibular Schwannoma merupakan ketumbuhan benigna yang membesar daripada sel-sel Schwann yang meliputi vestibular, saraf pendengaran (kelapan). Ia sering membesar bermula di terusan pendengaran tempurung kepala (yang terlepak di saraf kelapan) dan kemudiannya mengembang ke dalam untuk menekan otak.
Dalam tulisannya di twitter, Amirul memberitahu cara pemakanannya dengan minum air putih dan mengambil sayur-sayuran salah satu sebab dia boleh bebas dari penyakit berkenaan, selain dari berdoa pada Tuhan.