Pelakon cantik, Elfira Loy meluahkan kesyukuran apabila impiannya bersama Mama tercinta untuk tunai Haji bersama akhirnya termakbul.
Terdahulu, ibu kepada dua anak ini berkongsi berita gembira di Instagram peribadinya apabila berpeluang menunaikan ibadah haji buat kali pertama pada tahun ini.
Alhamdulillah, rezeki Elfira Loy kerana berpeluang menunaikan rukun Islam ke-5 itu pada usia yang masih muda.
Dalam hantaran terkininya, Elfira Loy sekali lagi meluahkan rasa syukur serta berkongsi detik terindah di tanah suci bersama ibunya di Instagram.
“lhamdulillahilladzi bini’matihi tatimmush shalihat.
“Syukur sangat impian mama and el untuk mengerjakan Haji bersama beberapa tahun lama yang lepas akhirnya terkabul.”
Menceritakan semula detik permulaan mereka mendapat peluang mengerjakan Haji, Elfira Loy memaklumkan dia dan ibunya, Filzah Yusoff pergi ke tanah suci secara berasingan.
Elfira Loy mendapat jemputan daripada Kementerian Media Arab Saudi manakala ibunya bersama Tabung Haji. Namun akhirnya mereka bertemu di Mekah.
“Pada tahun ini sebenarnya Alhamdulillah kami berdua mendapat peluang untuk mengerjakan Haji dari Tabung Haji.”
Namun, atas faktor anak Elfira Loy menolak dan mendahulukan ibunya untuk mengerjakan ibadah tersebut.
Kalau sudah rezeki tidak akan ke mana. Elfira Loy menerima ‘jemputan’ kali kedua bagi menunaikan ibadah Haji.
“Pada hari doa selamat Mama, El mendapat berita gembira bahawa ada jemputan dari Kementerian Media Saudi Arabia. MashaAllah Tabarakallah.
“Allah benar benar menjemput El sehingga dua kali jemputannya. Jadi El tawakal pada Allah. El pergi sahaja Lillahitaala.”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata para pengikut dan peminat Elfira Loy turut merasa terharu serta menitipkan doa buatnya.
“Allah always the best planner, untungnya jadi Elfira.”
“Alhamdulillah bestnya Kak el. Dua kali dijemput, rezeki memang tak salah alamat.”
“Dreams of semua daughters in the world. To perform Hajj / Umrah with Mama.”
Malah, ada yang merasa kagum dengan perubahan terkini Elfira Loy terutama dari segi penampilan.
“Suka tengok el slowly berubah ke arah yang lebih baik dari segala aspect terutamanya yang saya suka bab pakaian, anak yang baik, adik/kakak yang baik, isteri yang baik, ibu yang baik, Allah gantikan segala kebaikan dengan jemputan Haji. MasyaAllah. Selamat Pulang ke Tanah Air Hajjah Elfira, Haji mabrur insyaAllah.”
Semoga dilancarkan segala urusan Elfira Loy di sana dan dikurniakan Haji mabrur.
BACA JUGA: “Doakan Semoga Saya Peroleh Haji Mabrur” Rezeki Tunai Haji Pada Usia 30 Tahun ELFIRA LOY Luah Syukur