
Perasaan dapat memberi hadiah buat keluarga tercinta merupakan suatu nikmat yang tak dapat diungkapkan.
Begitulah yang dirasai oleh pelakon, Eyra Hazali apabila dapat menghadiahkan ibu bapanya iaitu Hazali Ramli dan Qhuzie Mohd Johari sebuah kereta pacuan empat roda iaitu Proton X70.
Menurut isteri kepada Haziq Nadzli ini, dia bersyukur dilimpahkan rezeki selepas melakukan perniagaan pada awal tahun ini.
Alhamdulillah syukur ❤️ selalu tertanya-tanya bila la dapat belikan mummy and ayah kereta yg lebih selesa,siapa sangka,rezeki melimpah ruah pada awal tahun buat Young Living and selepas tggu dari bulan February, tepat pada masanya,Alhamdulillah dapat serahkan sendiri dekat my parents 🥰 (ada appointment doctor).
Hadiah ni tak sebesar jasa mumy and ayah untuk besarkan kami 7 beradik,selagi ada kudrat,eyra akan buat apa saja untuk senangkan mummy and ayah 🥰

Selain itu, pasangan suami isteri ini juga turut membeli sebuah kenderaan Vellfire untuk kegunaan keluarganya yang tercinta.

Alhamdulillah, murah rezeki pasangan merpati dua sejoli ini. InsyaAllah, tak rugi kita berbelanja lebih untuk keluarga tersayang. Pasti rezeki akan datang melimpah ruah lagi selepas ini.
Sebagai informasi, Eyra Hazali dan Haziq Nadzli telah sah disatukan sebagai suami isteri pada 1 November 2019. Mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang dinamakan Muhammad Hayder Qhalish yang bakal menginjak usia setahun pada 14 Ogos ini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bajet Tak Sampai RM300, Wanita Ini Ajar Cara Simpan Stok Bahan Mentah 3 Minggu. Memang Jimat!

Tinggal sehari saja lagi untuk kita menerima kehadiran Ramadan. Dan pastinya kaum wanita sudah bersedia membeli barangan stok makanan untuk dimasak bagi juadah berbuka. Tidak perlukan pembaziran kerana yang penting makan sekadar untuk berbuka sahaja dan bukan mengikut nafsu.
Perkongsian wanita ini di laman sosial facebook Naeamah Balqis memberitahu cara jimat untuk menyimpan stok makanan bagi tempoh tiga minggu. Malah bagi yang malas masak juga tidak ada alasan masuk dapur kerana bahan disediakan sangat memudahkan proses memasak.
Jadi ada juga boleh berjimat sepanjang bulan puasa nanti dan bajet yang lain boleh dibuat untuk persediaan sambut Syawal kelak.

Selesai stok lauk dan bahan mentah bulan April 2019 untuk 3 minggu…Alhamdulillah…perancangan penting untuk mengelakkan penyakit M datang menyerang dengan pelbagai alasan
Betul…penat awalnya….tp insyaallah senang kemudiannya….bila dah ada semua….balik lmbat mcmna pun insyaallah akan rajin masuk dapur walau masak biasa2 jer….sebab tu hakak rilek jer walau keluar gelap balik gelap….masa muda dan sihat ni la ibu2 boleh masak untuk family….nanti dah berumur…tak larat nak masuk dapur …mesti kita akan rindu untuk semua ni…masakla…biar anak2 rindukan air tangan ibu mereka…

Mcm biasa..siap asingkan lauk dlm bekas untuk sekali masak….tp kalau nak masak lebih…akan amik 2 bekas..contoh mcm udang…kalau nak letak dlm goreng sayur atau tomyam ke amik jer sebekas…kalau nak buat sambal udang, kena amik 2 bekas…
simpan lauk cara saya
Masukkan lauk dalam satu bekas (saya hanya guna tipuware) untuk sekali masak…masukkan air sampai menutupi lauk tadi…simpan kat tempat beku…letak air untuk apa? Untuk kekalkan kesegaran lauk td…anggap lah mcm ikan2 kat kutub sana…dilitupi air batu…bila ais cair…ikan tu tetap segar kan…hahaha…orang sains jangan kecam lak…saya buat contoh jer…senang nak fhm..untuk orang yang ckp manis udang akan hilang bila letak air…simpan lama..terpulang…kita raikan pendapat berlainan….pandangan masing2..tp bagi saya…saya tetap rasa sama jer dengan masa saya baru beli terus masak dengan saya simpan letak air bekukan…
**Lauk yang saya letak air – Udang + sotong + ikan + ayam…semua bersihkan siap2…simpan lauk yang dah bersih
** Daging + tulang – simpan mcm biasa…jangan letak air

bila nak masak…keluarkan…alirkan bawah air paip…kalau udang + sotong sekejap jer cair…kalau ayam amik masa sikit…kalau ikut saya..memang bila nak masak baru bawak keluar…kenapa? Sebab saya tak rancang nak masak apa…bangun pagi baru pikir nak masak apa…mcm gak balik keje…sampai rumah…buka peti baru pikir nak masak apa…hahahha takder masalah nak cairkan ais tu…uolss kalau nak masak pagi esok..malam tu boleh letak kat chiller…ramai orang buat mcm tu kan….
simpan sayur cara saya
– Halia + lengkuas + serai + kunyit letak dalam bekas dan masukkan air sampai menutupi sayuran tersebut…
– cili hijau + limau + bawang putih + bawang merah + daun sup + kacang panjang + cili merah + carrot + timun + petai + kobis + sawi jepun + bunga kobis + brokoli….letak tisu kering kat bahagian bawah untuk serap air yang akan menitis kat dlm bekas tersebut…sayur tersebut akan tahan lama…insyaallah…cuma sawi jepun + kobis tak tahan lama…seminggu ok lagi…selepas tu sawi akan lembik dan kobis akan hitam dekat tepi…
Sebab tu lah sayur berdaun saya tak beli banyak sekaligus..cukup untuk seminggu…
Saya letakkan sekali bajet untuk bulan ni sebab nanti ada yang tanya berapa bajet untuk bahan2 mentah ni..

Udang – Rm 25.00 (1.474 kg)
Sotong – Rm 66.00 (3.304 kg)
Ikan Tenggiri – Rm 47.00 (2.136 kg)
Ayam – Rm13.00 (sekor)
Ayam pencen – Rm 20.00 (2 ekor)
Ikan lolong – Rm13.00
isi udang – rm12
Jumlah = Rm196.00 (Lauk)
= Rm 47.00 (sayur – cili hijau + cili api merah + ubi kentang + kobis unggu + serai + tomato + kacang panjang + daun ketumbar + halia + lobak + pak choy + cili benggala + + terung + salad + bawang merah + bawang putih )
** bajet bergantung kepada keperluan individu…saya bertiga…Adakalanya akan lebih juga sikit bajet tu..contoh kalau saya nak buat nasi ayam..saya akan beli ayam lain..sbb ayam yang ada tak sesuai untuk buat nasi ayam..ayam dipotong kecik2..

saya bukan nak tunjuk bajet saya….saya nak tunjuk cara saya simpan lauk untuk mudahkan untuk kita mak2 ni masak…dan juga cara simpan sayur2 untuk tahan lama terutama mak2 bekerjaya keluar pepagi hari dan hampir nak malam baru balik mcm saya…
**jangan ckp peti besar boleh la buat mcm ni…saya dah kahwin 15 tahun….baru kawin dulu peti kecik jer…tp saya buat mcm ni jugak..saya letak dlm plastik…cuma tak letak air la bila letak dlm plastik…cuma rasa kering sikit lauk tu berbanding yang letak air mcm sekarang…tp ok sangat lagi dari tak buat apa2 kan…
** bekas pink saya isi lauk dan sayur ni…bukan tupperware yer …ni tipuware jer…beli kat Mr Diy…tak perlu bekas mahal2 …yang ni pun tahan lama…kat kedai eco rm2 pun ok…
** kenapa letak air…jawapan saya dah letak awal2 kat atas sana….
** bajet untuk berapa lama..jawapan ada kat atas juga…
** dengan kata lain semua persoalan yang banyak ditanya kat komen…jawapan dah ada kat post…
** Berbeza pendapat dan pandangan…saya raikan…saya terima
** semoga perkongsian ni menjadi ilmu yang manfaat…terima kasih pada yang mendoakan yang baik2 untuk saya…

** Gambar2 last gambar menu hakak masak campak2 lps topap stok …bahan2 dah ada dlm peti ais…balik lambat pun boleh masak mcm tu….
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Masjid Runtuh, Cederakan 30 Jemaah, 10 Lagi Temui ‘Ajal’ Ketika Sujud!

Kelmarin, dunia digemparkan dengan berita menyayat hati apabila sekurang-kurangya seramai 10 individu dilaporkan menemui ajal ketika sedang bersujud dalam satu tragedi ngeri melibatkan sebuah masjid di Nigeria.
Selain itu, kejadian sama melibatkan Masjid Pusat Zaria, Kaduna, itu dikenalpasti turut mengakibatkan seramai 30 jemaah lain mengalami kecederaan ekoran dihempap runtuhan masjid berkenaan dan telah dikejarkan ke hospital di Zaria untuk menerima rawatan susulan.
Sewaktu Kejadian, Jemaah Sedang Sujud Ketika Solat Asar – Saksi

Hijabista difahamkan menurut seorang saksi, Mallam Shehu Nagari yang juga metupakan antara jemaah yang terselamat mendedahkan bahawa, kejadian itu berlaku mereka sedang melakukan sujud ketika menunaikan solat Asar.
Jelasnya lagi, sebahagian besar daripada binaan masjid itu runtuh secara tiba-tiba dan menimpa mereka yang sedang berada dalam ruangan solat itu.
“Kami hanya mendengar bunyi yang kuat dan melihat sebahagian masjid runtuh menimpa beberapa jemaah yang sedang solat.
“Tetapi, sukar bagi kami untuk melihat dengan jelas. Kerana keseluruhan persekitaran ruang solat masjid dipenuhi debu, sebaik sahaja insiden itu berlaku”, ujarnya.
Artikel berkaitan: Altimet Tunai Tanggungjawab Pertama Sebagai ADUN Lembah Jaya, Ajak Orang Ramai Imarahkan Masjid!
Bagaimanapun, punca bagaimana insiden itu berlaku tidak dijelaskan dengan nyata. Justeru, Hijabista mendoakan agar mereka yang telah kembali ke rahmatullah agar rohnya dicucuri rahmat dan semoga dipermudahkan segala urusan mereka yang sedang menerima rawatan susulan.
Malah, ikhtibar yang dapat kita pelajari dari insiden ini adalah ujian Allah itu datang dalam pelbagai bentuk dan tidak mengira waktu.
Kita sebagai hambanya perlu redha dan bersedia dengan setiap ketentuan. Sesungguhnya kita hanya mampu merancang sesuatu dalam kehidupan, namun Allah itu sebaik-baik perancang.
Sumber: Sahara Reporters
Artikel berkaitan: Lelaki Ini Kongsi Cara Mudah, Solat Di Negara ‘Bukan Islam’ Yang Tiada Surau Atau Masjid
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Anakanda Bongsu Tengku Permaisuri Selangor Genggam Ijazah Dengan Kepujian Kelas Pertama Di Universiti Ternama

Seperti mana ibu bapa lain, begitulah yang dirasai oleh DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin apabila anakanda bongsu berjaya menggenggam Ijazah dengan Kepujian Kelas Pertama di salah sebuah universiti ternama.

Pada 31 Mei 2024 yang lalu, DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berangkat ke Switzerland bagi menghadiri majlis graduasi anakanda bongsu Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, Adam Salleh bin Mustapha Kamal.
Adam Salleh yang kini berusia 22 tahun menamatkan pengajian selama tiga tahun dari Swiss Hotel Management School (SHMS) dengan Kepujian Kelas Pertama.
Pada hari graduasi tersebut, Adam Salleh menerima Ijazah Sarjana Muda Seni dalam Hospitaliti Antarabangsa dan Pengurusan Acara.


Untuk info, SHMS yang berpengkalan di Caux, Switzerland berada di kedudukan kedua dalam senarai penarafan ‘Best University in the World for Hospitality and Leisure Management’ oleh QS Ranking 2024.

Kampus SHMS terletak di dalam bangunan bersejarah Caux Palace yang dibina pada tahun 1902. Bangunan tersebut turut tersenarai sebagai warisan kebangsaan Switzerland.
TENGKU PERMAISURI GENAP 53 TAHUN
Melihat kepada penampilan, siapa sangka usia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin kini mencecah 50an.
Tanggal 4 Jun 2024 yang lalu, genaplah usia Tuanku yang ke-53 tahun. Masha-Allah sangat awet muda.
Merafak Sembah Setinggi-tinggi Tahniah dan Ucap Selamat sempena Ulang Tahun Hari Kelahiran Yang Ke-53 DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin.

Hijabista mendoakan semoga Allah SWT melanjutkan usia Tuanku dalam keafiatan dan senantiasa berada dalam lindunganNya.
Daulat Tuanku!
Sumber: Selangor Royal Official
BACA JUGA: Kejelitaan Permaisuri Selangor Semakin Terserlah Sejak Berhijab Dan Menutup Aurat Dengan Sempurna!
BACA JUGA: Tengku Permaisuri Selangor Berkenan Hadiri Hijab Fashion Award
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di

