”Syukur Atas Hidayah Untuknya,”- Ibu Peluk Erat Neelofa Bila Lihat Penampilannya Berniqab

Share

Video yang dimuat naik oleh ibu selebriti terkenal, Neelofa iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed menarik perhatian ramai apabila dia memeluk anaknya yang tercinta itu mengenakan niqab.

Di ruangan kapsyen, Datin Noor Kartini juga meluahkan rasa syukurnya kerana telah mengurniakan hidayah buat anaknya itu dan berharap yang sama untuk dirinya, keluarga serta seluruh umat manusia.

MashaAllah mashaAllah Ya Allah aku tiada ungkapan untukku ucapkan syukur dengan karuniamu mengamanatkanku bidadari yang terindah untukku, yang banyak mengajarku, yang menjadi inspirasiku..

Ya Allah syukur atas hidayah untuknya yang kau kurniakan dan ku mohon kurniakan hidayah yang terbaik untukku , seluruh keluargaku dan seluruh umat manusia.. amiiinnn


Love you bidadariku @neelofa ❤️
#anakluarbiasa

Bukan itu sahaja, Neelofa juga turut berkongsikan detik indah itu di ruangan Instastory miliknya. Tulisnya, ibunya merupakan insan teragung yang sentiasa berada di sisinya di setiap langkah.

I Love You So Much Mama

-neelofa-

Sejak dari semalam, Neelofa telah berkongsikan dua fotonya mengenakan niqab di laman Instagramnya. Foto-foto tersebut mendapat ribuan komen daripada pengikutnya yang memuji kecantikannya sekaligus mendoakan yang terbaik buat dirinya.

Jom muat turun E-Magazine Hijabista sekarang!

Published by
QIST