Syria Care dan Sinar Karangkraf Bersama Menjalinkan Kempen Bantuan Musim Sejuk 10.0

Share

Musim sejuk akan datang ke Syria tidak lama lagi. Ia adalah mimpi ngeri bagi pelarian Syria kerana kesejukan melampau di bawah paras beku boleh meragut nyawa mereka. Sinar Karangkraf Sdn. Bhd. telah menzahirkan solidariti dengan bekerjasama bersama Syria Care untuk membantu pelarian Syria melalui Kempen Bantuan Musim Sejuk 10.0. 

APA ITU SYRIA CARE?

Sumber gambar dari facebook Syria Care Malaysia

Menurut laman sesawang Syria Care, pertubuhan ini merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menabur bakti kepada mangsa konflik di Syria termasuk pelarian Syria di Turki dan Lubnan. Syria Care merupakan NGO pertama yang menggabungkan rakyat Syria dan Malaysia di dalam sebuah organisasi untuk memenuhi keperluan semasa rakyat di Syria.

Syria Care diasaskan atas inisiatif Sheikh Samir Sakka iaitu warga Syria, dan sekumpulan alumni Malaysia yang belajar di Syria pada tahun 2012 dengan tujuan untuk menyebarkan maklumat kepada orang ramai berhubung konflik krisis kemanusiaan yang berlaku di Syria. Sejak Februari 2021, pertubuhan ini aktif dan telah banyak melaksanakan misi-misi bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Artikel berkaitan: Berketurunan Palestin, Bella Hadid Lantang Bersuara Menentang Rejim Zionis

Memorandum persefahaman antara Syria Care dan Sinar Karangkraf.

Pada 28 September 2022, Syria Care dan Sinar Karangkraf Sdn Bhd telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) untuk mengukuhkan kerjasama strategik demi menyebarluaskan usaha kemanusiaan kempen Bantuan Musim Sejuk 10.0 yang berlangsung dari 28 September hingga 31 Disember 2022.

Projek kerjasama ini adalah bertujuan untuk mengumpul dana bagi melaksanakan usaha-usaha kemanusiaan sebagai persiapan bagi musim sejuk di Syria. Untuk pengetahuan anda, sebahagian besar pelarian Syria kini hidup dalam keadaan serba daif selepas lebih sedekad terperangkap dalam krisis yang berlanjutan.

“Kerjasama ini merupakan sebahagian komitmen untuk menjayakan misi bantuan musim sejuk Syria 10.0

” ujar Datuk Muhammad Nasir Hamzah, selaku Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf .

Kalau di Karangkraf ini, kita tidak memilih untuk bekerjasama.. Kita memberikan ruang untuk pertubuhan seperti Syria Care supaya dapat menggalakkan lagi penglibatan dari orang ramai.” katanya lagi.

Tambahan itu, ketua Pegawai Eksekutif Syria Care, Siti Sakinah Binti Meor Omar Baki mengatakan bahawa Syria Care menyasarkan sebanyak RM 1.7 juta sebagai persediaan menghadapi musim sejuk buat pelarian di utara Syria. Oleh itu, pihak Syria Care juga mengharapkan bantuan dan kesediaan orang ramai untuk menyempurnakan misi bantuan kemanusiaan ini.

Melalui MoU ini, penglibatan kerjasama Sinar Karangkraf bersama Syria Care adalah seperti berikut:

  • Penglibatan sebagai rakan media strategik rasmi bagi tujuan hebahan dan pemerkasaan bersama Kempen Bantuan Musim Sejuk Syria Care setiap tahun.
  • Memberikan sokongan untuk salah sebuah mini hub pengumpulan sumbangan pakaian musim sejuk.
  • Penyertaan sukarelawan ke lapangan bagi membantu proses pengumpulan pakaian musim sejuk sepanjang projek sempena Kempen Bantuan Musim Sejuk 10.0, iaitu Projek ‘Warm Their Winter’ berlangsung.
Poster penyertaan sukarelawan untuk projek “Warm Their Winter”

Bagi anda yang ingin menyalurkan sebarang sumbangan atau pertanyaan, anda merujuk pada poster di atas atau boleh menghubungi Syria Care secara terus di talian 03-55234077 atau 011-288 09820.

Sumber info, video dan gambar:  Sinar Harian, Syria Care dan Facebook Syria Care Malaysia

Artikel berkaitan: ‘Kami Tunggu Awak Balik Ya’- Sertai Misi Di Syria, Ardell Aryana Sebak Tinggalkan Anak & Suami

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

 

Published by
S.Amira