Kebelakangan ini, jika kita buka sahaja media sosial. Pasti tidak terlepas dengan dihidangkan berita-berita negatif seperti penceraian, kritikan kecaman dan sebagainya. Terutamanya apabila ia melibatkan golongan selebriti tanah air. Jika kelakuan ‘menyakiti’ mata netizen pasti mengundang kecaman.
Sehubungan itu, pelakon jelita Syifa Melvin tidak berdiam diri, dia bertindak memberi teguran khusus buat segelintir individu yang amat gemar menyingkap kain orang lain dan ‘bercakap buruk’ tentang perihal orang lain.
Menurut isteri kepada Safawi Rashid itu, jadilah individu yang menjaga mulut dan tidak toksik meskipun tidak dikurniakan rupa paras yang cantik mahupun kaya dengan wang ringgit.
Jangan Kutuk Orang Macam Besar Sangat Salahnya Pada Anda!
Terdahulu, perkara berkenaan pernah dikongsikan oleh Syifa menerusi Insta Story (IGs) miliknya, untuk tujuan sekadar memberikan teguran kepada mereka yang suka mencari kesalahan serta kekurangan orang lain.
“Kita ni biarlah rupa paras biasa-biasa, biar lah tak berduit tera mana tapi, jangan lah mengutuk orang lain tak tentu hala. Macam orang tu, buat salah besar kat hang.
Ads
“Yang sedih dah lah kutuk, kita tak kenal pun orang tu dan orang tu pun tak kenal kita. Satu rasa rugi sebab sakit hati sorang, satu lagi rasa lawak,” tulisnya panjang lebar pada hantaran berkenaan.
Menerusi hantaran sama, Syifa atau nama penuhnya, Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, turut mengambil kesempatan mengingatkan individu sekeliling agar sentiasa menggunakan akal fikiran demi mengelakkan diri dari mempunyai sifat iri hati, hasad dengki dan berperangai toksik.
“Kita yang lain ni Allah SWT masih kurniakan akal yang waras. Masih boleh berfikir, punya hati yang baik tak payah lah nak mengata orang tu, orang ni okay.
“Orang yang kita kutuk tu tak rasa apa pun kat kita. Kita ja sorang dok bara tak semena-mena. Moga hidayah milik mereka yang berlidah puaka,” katanya.
Ads
Sekadar Info, Syifa Melvin berkahwini bersama pemain bola sepak sayap JDT, Safawi Rasid, pada 28 November 2022. Hasil perkongsian hidup selama dua tahun itu, perkahwinan pasangan sama cantik sama padan ini telah diserikan lagi dengan kehadiran seorang cahaya mata lelaki bernama Saif Sulaiman Muhammad Safawi pada 30 September tahun lalu.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Banyak amalan yang boleh dilakukan di malam Jumaat untuk memperbanyakkan amal ibadah kepada Allah SWT dan janganlah sesekali kita mengharapkan keutamaan semata-mata sehingga kita lupa bahawa semuanya itu merupakan tanggungjawab yang mesti kita laksanakan. Pada malam Jumaat ini banyak amalan-amalan yang boleh kita lakukan.
Di antara amalan-amalan malam Jumaat tersebut adalah:
Membaca Surah Al-Kahfi
Bahawa sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada malam Jumaat itu, Allah mengampuni dosanya dari Jumaat ke Jumaat. Ianya diberi cahaya kesucian oleh Allah antara Jumaat ke Jumaat.
Sabda Rasulullah ﷺ: “Dari Abu Said Al-khudri ra dari Nabi Muhammad ﷺ. Baginda bersabda:Siapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka disinari Allah baginya dengan antara dua Jumaat.” (Diriwayatkan oleh Baihaqi)
Membaca Surah Yassin
Amalan yang kedua yang harus kita amalkan ialah membaca surah Yaasin.
Dari Abu Hurairah ra. Sesungguhnya Rasulullah ﷺtelah bersabda ; “Siapa yang membaca surah Yaasin pada malam Jumaat maka pagi-pagi ia mendapat pengampunan.”
Mengenai keutamaan surah Yaasin, Nabi Muhammad ﷺ telah menyebut dalam hadisnya: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati, adapun hati al_Quran adalah Yaasin. Siapa yang membaca Yaasin, maka Allah menulis baginya dengan membacanya itu seperti membaca al-Quran sepuluh kali.” (HR Tarmizi)
Berselawat
Selain itu, kita harus memperbanyakkan zikir, doa dan selawat. Terdapat banyak hadis-hadis yang menyebut tentang selawat kepada Nabi. Diantaranya ialah; Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat –Nya berselawat untuk Nabi. Wahai orang-orang beriman ucapkanlah selawat dan salam yang sempurna kepadanya(Nabi).” (Al-Ahzab:56)
Dari Abdullah bin Amar bin Ash ra sesungguhnya ia mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: “Siapa yang mengucapkan selawat kepadaku, Allah berselawat(memberi rahmat) kepadanya sepuluh kali kerana selawatnya itu.” (HR Muslim)
Dari Abdullah bin Mas’ud ra bahawasanya Rasulullah ﷺ bersabda: “Manusia yang paling utama bersamaku nanti pada hari Kiamat, ialah orang yang paling banyak mengucapkan selawat kepadaku.” (HR Tarmizi)
Dari Abu Hurairah ra ia berkata Rasulullah ﷺ bersabda: “Jangan kamu jadikan kuburku tempat berhari raya dan ucapkanlah selawat kepadaku, kerana selawatmu itu akan sampai kepadaku, di mana kamu berada.” (HR Abu Daud)
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pendakwah terkenal, Datuk Ismail Kamus meninggal dunia kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi. Perkara itu disahkan menerusi Facebook rasmi pendakwah berkenaan.
“Dukacita dimaklumkan Tuan Guru Datuk Ismail Kamus meninggal dunia sebentar tadi. Al-Fatihah,” menurut kenyataan di Facebook itu.
Sementara itu, laman Facebook Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia dibanjiri ucapan takziah daripada orang ramai yang berkongsi rasa sedih dengan pemergian Allahyarham.
Ia turut memaklumkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di kediaman di Ampang, dekat sini, pada jam 12.30 tengah malam tadi.
“Semoga Allah SWT menempatkan Allahyarham di tempat yang mulia di sisi Allah SWT,” katanya.
Ramai yang berkongsi sedih kehilangan Tuan Guru Ismail Kamus antaranya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
PERGINYA PERMATA UMMAH ALMARHUM AL-USTAZ AL-KABIR USTAZ ISMAIL KAMUS (1948 – 2020)
Mengenangkan sosok tubuhnya sentiasa mengingatkan saya kepada nostalgia ceramahnya di era 80an dan 90an yang berjaya menarik pelbagai lapisan masyarakat baik di kaca televisyen mahupun koleksi kasetnya yang terjual entah tidak terkira bilangannya.
Kehadirannya sentiasa dinantikan umat Islam di Malaysia setiapkali Forum Perdana Ehwal Hal Ehwal Islam (kini Forum Perdana Ehwal Islam) di TV1. Celotehnya yang bersahaja, disulami nasihat-nasihat yang amat berguna, sentiasa menjadi ingatan kepada generasi yang sempat berada pada era tersebut.
Kali terakhir saya makan bersama almarhum adalah pada 17 Disember 2019. Walaupun kelihatan uzur, namun almarhum tetap bersemangat menggagahkan diri untuk bersama-sama saya pada malam tersebut.
Kita kehilangan seorang demi seorang ilmuan dan pendakwah yang benar-benar memahami denyut nadi ummah. Moga Allah SWT memberi ketabahan kepada keluarga almarhum.
اللَّهُـمَّ اغْفِـرْ لَهُ ، وَارْحَمْـهُ ، وَعَافِهِ ، وَاعْفُ عَنْـهُ ، وَأَكْـرِمْ نُزُلَـهُ ، وَوَسِّـعْ مُدْخَـلَهُ ، وَاغْسِلْـهُ بِالْمَـاءِ وَالثَّـلْجِ ا نَـقَّيْتَ الـثَّوْبَ الأَبْيَـضَ مِنَ الدَّنَـسِ،وَأَبْـدِلْهُ دَارًا خَـيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلًا خَـيْرًا مِنْ أَهْلِـهِ ، وَزَوْجًا خَـيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِـلْهُ الْجَـنَّةَ ، وَأَعِـذْهُ مِنْ عَذَاوَالْبَـرَدِ ، وَنَقِّـهِ مِنَ الْخَطَـايَا كَمَبِ الْقَـبْرِ وَعَذَابِ النَّـارِ
HIJABISTA: Dijemput bertemu Allah di bulan baik (Ramadan) dan hari yang baik (Jumaat). Doa kami tuan guru diganjari syurga tertinggi.
Sesetengah saintis mengesyorkan makan 3 kali makan dan 3 makanan ringan setiap hari dan yang lain mengesyorkan tidak makan. Sebelum panik, ini sebenarnya bukan misi kelaparan.
Sebenarnya, puasa adalah salah satu amalan umat islam dan beberapa penganut agama lain pada hari-hari tertentu. Sebagai contoh, penggunaan terapeutik puasa bermula sejak sekurang-kurangnya abad kelima SM, apabila pakar perubatan Yunani Hippocrates mengesyorkannya untuk pesakit yang menunjukkan gejala penyakit tertentu dan pastinya bagi umat islam puasa sunat pada hari-hari yang dianjurkan.
Terdapat banyak diet yang mengiklankan menahan diri daripada makan dan minum apa-apa kecuali air untuk jangka masa tertentu. Jom lihat apa yang berlaku kepada badan selepas berpuasa 3 hari.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
1. Sel anda boleh memperbaharui diri dengan lebih cepat.
Kulit individu dewasa meliputi kira-kira 2 meter persegi luas permukaan dan mewakili kira-kira 20% daripada jumlah berat badan. Puasa air mencetuskan pembaharuan diri sel-sel kulit. Penyelidik mencadangkan proses itu bermula selepas 18-20 jam berpuasa dan memuncak selepas 48-72 jam. Tambahan pula, proses pembaharuan sel juga boleh melindungi daripada Alzheimer dan penyakit jantung.
2. Mungkin menurunkan tekanan darah.
Puasa air sahaja boleh membantu menurunkan tekanan darah, yang merupakan salah satu penyakit paling serius yang dihidapi dunia moden. Puasa menunjukkan hasil yang menjanjikan, walaupun dengan orang yang mempunyai tekanan darah tinggi sempadan apabila mereka berpuasa di bawah pengawasan perubatan.
3. Boleh meningkatkan metabolisme.
Hormon insulin dan leptin memainkan peranan penting dalam metabolisme badan. Insulin membantu menyimpan nutrien daripada aliran darah, manakala leptin berfungsi sebagai hormon kenyang. Penyelidikan menunjukkan bahawa berpuasa air boleh menjadikan badan anda lebih sensitif terhadap hormon ini. Tahap sensitiviti yang lebih tinggi meningkatkan keberkesanan hormon ini, bermakna badan anda akan dapat mengurangkan gula darah dan mencegah obesiti.
4. Mencegah beberapa penyakit kronik
Puasa air dianggap dapat mengurangkan risiko penyakit kronik, termasuk diabetes dan penyakit jantung. Selain itu, penyelidikan ke atas haiwan menunjukkan bahawa puasa air boleh menyekat gen yang terlibat dalam pertumbuhan sel kanser. Ini mungkin menjadikan kemoterapi lebih berkesan juga.
5. Meningkatkan fungsi otak.
Puasa pertama kali ditetapkan sebagai rawatan untuk epilepsi lebih daripada 2,000 tahun yang lalu. Selain itu, kajian menunjukkan bahawa berpuasa membantu membersihkan minda dan mengecas semula deria sambil juga merangsang fungsi otak. Selain itu, puasa mungkin dapat meningkatkan fungsi kognitif, menghentikan penurunan kognitif yang berkaitan dengan usia, mengurangkan kemerosotan saraf, mengurangkan kerosakan otak dan meningkatkan pemulihan fungsi selepas strok.
6. Anda boleh mengurangkan berat badan.
Faedah yang paling biasa dikaitkan dengan puasa adalah penurunan berat badan. Penurunan berat badan berlaku apabila badan anda berubah dari keadaan makan kepada keadaan berpuasa. Tanpa makanan untuk dibakar untuk tenaga, badan anda mula membakar lemak badan (bahan api tersimpan) untuk terus berjalan. Pada hari puasa 24 jam, anda akan kehilangan kira-kira satu pertiga atau setengah paun berat lemak, bukan berat air.
Pernahkah anda mencuba puasa air sebelum ini? Adakah anda pernah mempertimbangkan untuk mengikuti diet yang begitu ketat? Jika ya, berapa lama anda fikir anda akan bertahan? Dan makanan atau minuman manakah yang paling anda rindui?
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...