
Perasaan sedih menyelubungi diri pelakon, Syatilla Melvin apabila dia memaklumkan bahawa baharu sahaja mengalami keguguran ketika kandungannya itu berusia lapan minggu.
Luah Syatilla atu lebih mesra disapa Tilla, dia dan suami, Shaheizy Sam sedih dengan keadaan ini namun akur dengan ketentuan Ilahi.
“Tilla mengandung anak ketiga tapi tiada rezeki untuk anak ini kerana keadaannya tidak berkembang dan tidak sempurna. Dia masih ada di dalam kandungan dan Tilla sedang menunggu untuknya keluar secara semula jadi. Jika tidak, terpaksalah lakukan proses dilation and curettage (DNC),” katanya.
Jelas Tilla, anak sulungnya iaitu Syeriv Samheizy juga sudah begitu teruja menantikan kelahiran adiknya ini dan saban hari tidak jemu mencium perutnya.
“Sebenarnya Tilla baru berniat untuk berpuasa penuh tapi mungkin tidak dapatlah pada kali ini. Sepatutnya kelmarin Tilla buat check up untuk dengar degupan jantung dan perkembangannya tapi bila doktor periksa dia kata memang tak jadi.
“Pada awalnya Tilla memang tidak merancang kandungan ini tapi bila dapat tahu hamil semestinya kami semua gembira. Syeriv pun hari-hari cium perut Tilla. Tapi bila dapat tahu mengenai perkara ini sedih jugaklah sebab baru sahaja rasa seronok dan bersedia untuk menantikan kelahiran ini Namun, tiada rezeki dan ini sebenarnya ada keguguran Tilla yang ketiga,” tambah Tilla,30.
Terdahulu, pengasas produk kosmetik Kekasih ini telah bernikah bersama Shaheizy Sam pada tahun 2016. Mereka telah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy,4, dan Sarima Samheizy,2.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tampil Dengan Imej Terbaru Tanpa Braces, Peminat Puji Wajah Sarah Suhairi Makin Berseri

Isi Kandungan
TogglePenyanyi yang semakin meningkat naik, Sarah Suhairi sentiasa mendapat perhatian peminat industri seni tanah air. Perwatakannya yang ceria dan gila-gila membuatkan dirinya mudah disenangi ramai.
Baru-baru, Sarah telah memuat naik gambarnya di laman instagram dengan imejnya yang terbaru iaitu tanpa pendakap gigi.
Wah, lebar sungguh senyumannya!
Bercakap kepada mStar Online, Sarah mengatakan sebenarnya ramai tak perasan, bila mereka tengok gambar di Instagram barulah mereka bertanya kerana gigi nampak lain.
“Mungkin orang tak perasan gigi saya sebelum ini ada braces sebab tu mereka tak rasa macam ada perubahan.
“Kalau tanya saya, memang ada perbezaan sebab ini gigi lebih tersusun, lebih mudah nak bercakap dan lebih cantik berbanding sebelum ini,” jelas pelantun lagu Nyawa & Raga ini.
View this post on InstagramStay- @blackpinkofficial (longer version kat twitter & IGTV)
A post shared by Sarah Suhairi (@sarahsuhairi) on
Peminatnya juga turut tidak ketinggalan memuji imej terbarunya itu.
kredit : mStar online, instagram @sarahsuhairi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Rangkaian Pakaian ‘Luxe’ Ni Bersifat Eksklusif, RR Ada Banyak Julat Harga Untuk Semua Golongan.

Isi Kandungan
ToggleSetiap orang mempunyai keinginan untuk melaram ala selebriti, lalu pilihan yang menjadi sasaran ramai rakyat Malaysia jenama yang tidak asing lagi dari Rizman Ruzaini.
Dalam pada menjadi pilihan ramai, RR juga terpalit dengan bualan warga maya apabila baju Melayu rekaan cekak musang yang menampilkan penyanyi Hael Husaini sebagai ‘muse’ mencecah harga RM1,499.
ARTIKEL BERKAITAN: Raikan Raya Bersama Rizman Ruzaini Tawar 100 Koleksi Busana Syawal Mampu Milik!
Pereka fesyen tersohor, Rizman Ruzaini tampil memberi penjelasan mengenai sindiran netizen mengenai harga baju Melayu tersebut. Menurut Rizman Nordin dan Ruzaini Jamil, baju Melayu terbabit berada dalam koleksi premium dan datang dengan harga bersesuaian dengan permintaan peminat.
Pelbagai julat harga untuk semua golongan
Baru nak beli dah sold out ☹️ pic.twitter.com/iraxget8eT
— Addam Darshan. (@AdwinWidanta) April 2, 2023
Terdahulu, ramai dalam kalangan netizen di laman Twitter tampil membincangkan harga baju Melayu keluaran Rizman Ruzaini itu yang dijual dengan harga mahal namun telah habis dijual.
“ Baju Melayu itu telah licin dijual dalam tempoh kurang daripada dua minggu, yang bincang tu pun bukan membeli, tambahnya lagi Rizman Ruzaini ada banyak julat harga dan segmen yang sesuai dengan semua golongan. Ada Rizman Ruzaini yang memang harga mahal serta premium manakala RR by Rizman Ruzaini yang ‘sesedap rasa’ dan mampu milik.
“Jadi, pelanggan boleh memilih mengikut citarasa dan kesesuaian serta ikut kemampuan. Tak ada isu mahal pun sebab memang ada market dan pembeli. Setiap tahun pun baju Melayu yang sold out paling awal,” kata Rizman.
Tambah Ruzaini pula, rangkaian premium dan ‘luxe’ ini sangat eksklusif dan tidak dikeluarkan dengan banyak.
“Rangkaian pakaian ‘luxe’ ni tak dikeluarkan banyak kerana bersifat eksklusif. Pembeli baju beribu-ribu ringgit ini pastinya tak nak sama dengan orang lain, jadi kita buat dalam kuantiti sedikit sekitar 500 ke 1,000 pasang sahaja.
“Manakala RR by Rizman Ruzaini pula ada 70,000 helai untuk dipilih oleh pembeli dengan harga yang lebih rendah.
“Peminat Rizman Ruzaini ni ada banyak golongan, ada T40, M40 dan B40. Jadi baju-baju sedemikian ada peminat yang berbeza-beza” ujar Ruzaini pula.
ARTIKEL BERKAITAN: Persis ‘Wanita Arab’, Kejelitaan Izara Dalam Busana Patuh Syariah Rizman Ruzaini Mempersonakan!
Berjumpa dengan mereka lebih dekat
Raikan Raya Bersama Rizman Ruzaini’ yang menjadi tagline sepanjang kempen perlancaran koleksi raya Rizman Ruzaini ini benar-benar dizahirkan mereka dengan penganjuran RR Pop Up Booth di beberapa lokasi terpilih.
”Selama ini platform jualan kami lebih tertumpu secara dalam talian. Ini membataskan pengalaman RR Royalties untuk merasai, mencuba, menyentuh dan melihat secara dekat setiap produk yang ingin mereka beli.
Justeru, dengan adanya RR Pop Up Booth ini, kami mahu mereka berasa lebih dekat dengan jenama kami. Mereka boleh cuba sendiri, sentuh dan amati secara dekat produk itu sebelum membelinya. Kami sendiri sebagai pemilik jenama ini dapat bersua muka dengan pelanggan yang kami sayangi di samping berkomentar secara terus bersama mereka.”
Tujuan utama RR Pop Up Booth ini diadakan adalah untuk mendekatkan Rizman Ruzaini dengan RR Royalties yang selama ini menjadi tulang belakang keteguhan jenama ini untuk lebih 17 tahun di persada industrI fesyen.
RR Pop Up Booth akan berada di lima lokasi utama iaitu Central I-City, Shah Alam (24 Mac – 30 April 2023), Fahrenheit88, Kuala Lumpur (27 Mac – 30 April 2023), Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur (28 Mac – 30 April 2023), Komtar JBCC, Johor Bahru (31 Mac – 30 April 2023) dan Absolut Bazaar, Kuala Lumpur (14 – 17 April 2023).
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bimbang Virus Covid-19 Menular, Umat Islam Dan Waris Pesakit Dianjurkan Solat Jenazah Ghaib Untuk Si Mati.

Isi Kandungan
TogglePenasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Noh Gadut , menyarankan seluruh umat Islam di negara ini dan waris pesakit koronavirus (Covid-19) digalakkan menunaikan solat jenazah ghaib bagi pesakit yang meninggal dunia akibat pandemik itu.
“Tiap-tiap yang hidup pasti menemui kematian, maka berlaku ujian kita iaitu kematian akibat Covid-19. Jadi, saya mencadangkan selepas kita semua mengetahui ada kematian (akibat Covid-19) dan telah pasti dikebumikan mayat itu, maka semua umat Islam digalakkan menunaikan sembahyang jenazah ghaib di rumah masing-masing untuk si mati disebabkan Covid-19 ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Noh berkata, walaupun ahli keluarga berdukacita atas kematian itu, namun ia mempunyai hikmah yang tersurat dan tersirat di mana ramai umat Islam akan mengadakan solat jenazah ghaib untuk si mati.
“Bayangkan kalau kematian biasa, biasanya yang hadir (melakukan solat jenzah) hanya paling tinggi 200 orang dan jarang sekali sembahyang ghaib, tetapi apabila berlaku kematian disebabkan Covid-19, apa kata umat Islam di Malaysia bersembahyang jenazah untuk si mati ini… pahalanya berganda-ganda,” katanya.
Beliau turut menasihati waris mangsa yang meninggal dunia akibat Covid-19 supaya bersabar dan tidak berpanjangan dalam bersedih kerana kehidupan mesti diteruskan sepanjang temubual bersama Bernama.

Solat Jenazah Secara Ghaib
Solat jenazah secara ghaib adalah solat yang dilakukan apabila jenazah tidak berada di sesuatu tempat sama ada kerana jenazah tersebut berada jauh atau kerana sebab lain seperti mayat tidak dijumpai kerana lemas atau musnah dalam kecelakaan.
Pensyariatan solat jenazah ghaib ini dilakukan bersandarkan kepada riwayat oleh Abu Hurairah RA:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم نَعَى النَّجَاشِيَّ فِي الْيَوْمِ الَّذِي مَاتَ فِيهِ، خَرَجَ إِلَى الْمُصَلَّى، فَصَفَّ بِهِمْ وَكَبَّرَ أَرْبَعًا
Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW memberitahu akan berita kematian al-Najasyi ketika hari kematiannya. Baginda SAW keluar ke tempat solat, membuat saf dan bertakbir sebanyak empat kali.” (Riwayat Al-Bukhari, no.1245 dan Muslim, no.951)
Syarat Solat Jenazah
- Solat jenazah dilakukan di negeri berlainan dengan negeri di mana jenazah berada.
- Solat jenazah secara ghaib dilakukan setelah mayat dimandikan.
Waktu Solat Jenazah Ghaib
Menurut Ibn Hajar Al-Asqalani, solat jenazah ghaib boleh dilakukan bermula dari saat berita kematian dan berlanjutan selama tiga hari.
Mengikut pandangan ulama Mazhab Syafie, jika mayat sudah dikebumikan dan seseorang masih belum melakukan solat jenazah ke atas mayat tersebut, maka sunat baginya untuk melakukan solat jenazah secara ghaib ke atas mayat tersebut.
Cara-Cara Solat Jenazah
Cara solat jenazah secara ghaib sama sahaja dengan solat jenazah biasa.
- Takbiratul ihram (dikira takbir yang pertama) sambil berniat solat Jenazah. Contoh lafaz niat adalah seperti berikut:
“Sahaja aku solat ke atas mayat ini fardhu kerana Allah Taala”
- Setelah bertakbir, letakkan kedua-dua tangan ke dada sebagaimana solat biasa, kemudian baca Al-Fatihah.
- Bertakbir kali kedua, kemudian kembali meletakkan tangan ke dada. Boleh dibaca selawat ke atas Nabi SAW, namun selawat yang afdal ialah selawat Ibrahimiyyah (seperti dalam tahiyat).
- Takbir kali ketiga, kemudian kembali meletakkan tangan ke dada. Baca doa untuk jenazah.
- Takbir kali keempat. Selepas takbir dibacakan doa di bawah.
- Memberi salam ke kanan dan ke kiri sebagaimana dalam solat fardu (cuma dalam keadaan berdiri).
Sekalipun kita tidak berkesempatan untuk hadir untuk bersolat jenazah kerana faktor jarak yang jauh atau pun keadaan tidak mengizinkan (bimbang jangkitan virus menular), tetapi kelonggaran dan kemudahan yang dibenarkan untuk menunaikan solat jenazah secara ghaib boleh dimanfaatkan.
Solat dan doa lah yang menjadi penghormatan terakhir yang boleh dilakukan kepada orang yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kita.
Rujukan: Panduan Mengerjakan Solat Khas Yang Disediakan oleh UNISZA
SUMBER: Bernama & TZKRH
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI