Pada hari Ahad yang lalu, telah berlaku gempa bumi yang berukuran 6.4 skala Richter di Lombok,Indonesia. Kejadian yang berlaku ini turut mengorbankan seorang rakyat Malaysia iaitu Siti Nur Iesmawida Ismail,30 yang disifatkan sebagai satu kehilangan kepada warga belia berkemahiran di Malaysia.
Menurut Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia, Mohamad Rizan Hassan,Siti Nur Iesmawida dikenali sebagai seorang pejuang yang ikhlas dalam membantu memberikan peluang kedua kepada golongan muda yang tercicir dalam akademik.
Kehilangannya cukup ditangisi oleh mereka yang telah dibantu oleh beliau bagi mendapatkan sebuah kehidupan yang bermakna dengan memberi dorongan kepada mereka untuk memilih bidang teknikal dan vokasional (TVET) sebagai pilihan kedua untuk berjaya. Hijabista mengucapkan takziah kepada keluarga Siti dan semoga dirinya ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
sumber: twitter @syedsaddiq, Utusan Malaysia