Pada hari Ahad yang lalu, telah berlaku gempa bumi yang berukuran 6.4 skala Richter di Lombok,Indonesia. Kejadian yang berlaku ini turut mengorbankan seorang rakyat Malaysia iaitu Siti Nur Iesmawida Ismail,30 yang disifatkan sebagai satu kehilangan kepada warga belia berkemahiran di Malaysia.
Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa menerusi akaun twitternya @syedsaddiq dan turut mendoakan keselamatan yang lain di Lombok.
Siti dilaporkan meninggal akibat dinding rumah roboh yang menimpanya dan bukannya meninggal di saat mendaki. Siti bersama 17 warga Malaysia lain dikhabarkan akan mendaki Gunung Rinjani.
Ads
Netizen tidak kira rakyat Malaysia mahupun Indonesia juga turut menzahirkan rasa simpati mereka terhadap keluarga mangsa. Mereka ternyata turut terkesan dengan kejadian yang berlaku ini disebabkan hubungan akrab yang terjalin di antara dua negara.
Ads
Menurut Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia, Mohamad Rizan Hassan,Siti Nur Iesmawida dikenali sebagai seorang pejuang yang ikhlas dalam membantu memberikan peluang kedua kepada golongan muda yang tercicir dalam akademik.
Ads
Kehilangannya cukup ditangisi oleh mereka yang telah dibantu oleh beliau bagi mendapatkan sebuah kehidupan yang bermakna dengan memberi dorongan kepada mereka untuk memilih bidang teknikal dan vokasional (TVET) sebagai pilihan kedua untuk berjaya. Hijabista mengucapkan takziah kepada keluarga Siti dan semoga dirinya ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
sumber: twitter @syedsaddiq, Utusan Malaysia
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Lama tak mendengar perkhabaran mengenai pelakon Sharifah Sofia. Masih terbayang lakonan hebatnya dalam sitkom Spanar Jaya yang sekaligus melonjakkan namanya dalam bidang lakonan. Namun beberapa tahun kebelakangan Sharifah Sofia yang sudah berhijrah tidak lagi aktif berlakon. Dia kini hanya bergerak di belakang tabir. Menyelak Instagram pelakon Pan Asian ini, dia yang kini bahagia dengan dua cahaya mata menceritakan pengalamannya mengidap insomnia.
Dalam satu status di muat turut di laman instagramnya seminggu yang lalu, Sharifah Sofia menceritakan pengalaman membuat rawatan muka hingga meninggalkan kesan pada dirinya.
Menurut Sharifah Sofia, pakar terapinya memberitahu rawatan muka yang dibuat itu boleh membantu dari masalah imsonia yang dihadapi.
Sebelum ini memang tidak mudah untuk dia berdepan masalah ini, tetapi bersyukur mendapat sokongan ahli keluarga dan juga kesibukan dengan kerja yang dilakukannya .
Menurutnya ketika berada di rumah dia yang juga kini sebagai ibu sepenuh masa kepada dua anak perempuannya, Sharifah Ariana dan Sharifah Nur Ameera, memberitahu telah melakukan semua kerja. Dan biasanya kerja dilakukan pada waktu tengah malam kerana tidak ada orang yang perlukan perhatiannya ketika itu.
Walaupun dirinya penat, tetapi dia perlu habiskan semua kerja pada waktunya. Selepas melakukan semua kerja, rasa penatnya akan hilang dan Sharifah Sofia hanya akan masuk tidur sekitar jam 1 pagi atau 2 pagi.
Dan dia juga perlu bangun seawal jam 6 pagi untuk menghantar anaknya Ariana ke sekolah. Inilah yang menjadi rutinnya setiap hari.
Walaupun berdepan tugasan itu setiap hari, tetapi Sharirifah Sofia perlu teruskan kehidupannya. Namun setelah dia menjalani rawatan muka berkenaan, dia telah tertidur dari jam 9.30 malam dan hanya bangun keesokannya hari pukul 6.30 pagi.
Siapa sangka hampir 9 jam dia tertidur dan inilah saat tidur yang paling puas baginya. Dan menurutnya kesan dari rawatan muka berkenaan membuatkan diri dia dapat momen tidur yang paling sempurna. Ternyata dia bersyukur dapat menikmati saat itu.
Bagaimanapun menurutnya dia turut terlepas momen 4 hingga 5 jam waktu kebiasaannya untuk menyelesaikan beberapa perkara.
Statusnya itu juga turut mendapat perhatian dari followernya.
Biarpun dia kini sudah hilang dari radar dunia lakonan kerana membesarkan anak-anaknya, tetapi bagi Sharifah Sofia itu adalah saat paling membahagiakan.
Biarpun masih rindu untuk berlakon kerana bukan disebabkan lakonan adalah kerjaya tetapi seni yang mengalir dari dalam dirinya. Namun cinta pada anak-anak mengatasi keinginnnya sendiri.
Menurutnya dulu berlakon kerana mencari rezeki dan adalah keutamaan. Sekarang ini anak-anak menjadi kepentingannya. Kalau boleh dia mahu wajahnya dilihat anak-anaknya ketika bangun tidur dan lelapkan mata.
Bercerita mengenai penghijrahannya, dia mengambil keputusan memakai tudung kerana yakin dengan kata hati. Bukan kerana mahu berhenti berlakon atau sebaliknya.
Allah berikannya hidayah apabila sering hadir ke majlis-majlis ilmu. Dan satu hari apabila menyertai satu pertunjukan fesyen Msulimah secara semula jadi perasaan mahu bertudung menebal dan kekal berhijab dari 2012 hingga kini.
Selain menjadi ibu sepenuh masa, dia juga turut mencari alternatif mengisi masa terluang terbabit aktiviti lasak seperti mendaki dan juga juga lebih kepada alam sekitar.
Depresi atau kemurungan adalah satu penyakit yang membunuh dalam senyap. Seseorang itu mungkin nampak bahagia dan ceria di luar tetapi dalamannya mungkin dia sedang terseksa, bertarung dengan diri sendiri. Baru-baru ini, Ummi Nazeera juga telah membuka cerita yang dia pernah mengalami depresi ini. Mari kita baca.
Anda boleh nampak betapa gembiranya saya dalam foto ini kerana saya berada di sana waktu itu, Alhamdulillah… tapi berita sedihnya ialah.. tahun ini saya mendapat tahu ada dua kes bunuh diri di depan Masjid Kaabah.
Sakit mental ataupun kemurungan adalah benar.. carilah pertolongan.. Jujurnya, saya ada juga sedikit masalah itu… tahun pertama saya di Uni.. kemungkinan kerana saya mengalami ‘homesick’.. Sentiasa carilah kepuasan. Tapi saya tak dapat menjumpanya.. Saya susah tidur… Jadi apa yang saya lakukan ialah.. saya mencari pertolongan.. Saya berjumpa dengan pakar terapi Uni (atas cadangan professor). Pakar terapi tersebut mengajar saya supaya meluahkan segalanya melalui penulisan seperti dalam jurnal.. Alhamdulillah… ia membuatkan saya lebih tenang.. dan semestinya.. Islam.. Saya jumpa ketenangan apabila saya lebih mengamalkannya.
Saya juga belajar.. tiada sesiapa yang akan menyayangi mu lebih daripada Penciptamu… takkan pernah meninggalkanmu.. kadang kala, yang membuatkan kita sedih adalah pengharapan kita yang tinggi.. Saya belajar untuk bersyukur dengan apa yang saya ada dan Alhamdulillah itu membuatkan saya lebih gembira (tentulah kadang kala ada naik turun dalam hidup. Itulah kehidupan, kita belum sampai ke syurga lagi).
Apalah tujuan syurga jika awak dapat semua yang awak inginkan bukan?
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sebelum Syawal lalu, perkahwinan pelakon cantik manis Bella Dally telah berakhir. Walaupun agak sukar menerima hakikat, namun Bella tetap ceria dan positif meneruskan kehidupan. Bukan mudah sebenarnya untuk bangkit, apatah lagi Bella memberitahu pernah tenggelam dengan emosi. Wanita cantik berasal dari Sabah ini berkongsi video di instagramnya tip berguna yang dilakukan selepas fasa perceraian dengan aktor Nazim Othman. Salah satunya reda dengan ketentuan Allah.
Tip pertama yang dilakukan adakah yakin dan reda dengan ketentuan Allah. Dia meletakkan mindset apa yang telah jadi ini ada hikmah dan yakin Allah akan sentiasa bersamanya.
Selain itu, Bella turut menyibukkan dia melakukan beberapa aktiviti. Antara aktiviti yang dilakukan adalah belajar banyak perkara baharu misalnya perniagaan biskut dan membuat kraf.
Menurutnya aktiviti ini begitu menyeronokkan dan Bella akui ia sangat berkesan pada dirinya untuk melupakan apa yang berlaku.
Dalam rakaman video yang diberi nama ‘PILLOW TALK’ itu Bella berkata ramai yang bertanya dirinya di alam maya bagaimana dia boleh kekal kuat dan positif selepas apa yang terjadi.
Dalam hal ini keluarga dank awan-kawan menjadi support system paling kuat. Dalam masa sama Bella juga turut fokus untuk memperbaiki diri dan berusaha menyayangi diri dan terima seadanya. Bella turut berpesan cari sebanyak mungkin informasi yang boleh membuatkan diri gembira.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.