Sejak memang dalam pilihan raya yang lalu, Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda Parti Pemuda Pibumi Bersatu Malaysia (PPBM), YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilihat sebagai calon pilihan mengisi jawatan dalam barisan kabinet.  Akhrinya Syed Saddiq yang berusia 26 tahun kini dilantik memegang jawatan Menteri Belia Dan Sukan. Beliau juga dianggap mencipta sejarah kerana menjadi menteri penuh termuda di Malaysia. Ternyata beliau seorang yang ‘anak emak’, malah menjadikan ibunya Sharifah Mahani sebagai idola.

Tokoh politik muda ini dilihat seorang yang begitu rapat dengan ibunya. Malah menjadikan ibu sebagai idola dalam mengecapi kejayaan dalam hidup.

Dalam satu postingnya di laman instagram, beliau memberitahu dunia kanak-kanaknya penuh dengan cabaran dan dugaan

HARI WANITA ANTARABANGSA 2018 . Dunia kanak-kanak saya banyak cabaran dan dugaan. Bukan kepada saya, tapi ibu saya. Lagi-lagi sebagai anak cikgu, semua gelagat nakal saya akan menarik perhatian yang tidak enak. . Tanpa ibu saya, mungkin saya hanyut penuh khayalan. Tanpa ibu saya, sukar untuk saya kembali bangun dan terus berjuang. Tanpa ibu saya, saya tiada apa-apa. . Wonderwoman saya, ibu saya. Kadang-kala, saya terlepas pandang penat lelah ibu menjaga saya. Mujur Tuhan masih berikan masa saya membalas budi wanita istimewa ini. . Saya percaya ramai wanita di luar sana juga adalah superhero. Menabur bakti kepada keluarga, bangsa dan negara. Tanpa kenal erti putus asa. . Selamat Hari Wanita Antarabangsa buat semua wanita yang cekal dan terus kekal berbakti kepada nusa pertiwi.

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq) on

Tetapi bukan pada dirinya tetapi buat ibunya sendiri. Ini kerana sebagai anak cikgu, semua gelagat nakalnya akan menarik perhatian yang kurang enak.

Namun menurutnya juga tanpa kehadiran ibu, dirinya mungkin hanyut dengan khayalan. Malah tanpa ibu tersayang juga sukar untuk beliau kembali bangun dan terus berjuang.

Ads

Anak muda penuh berwawasan ini berkata tanpa ibunya, beliau sebenarnya tiada apa-apa. Ibunya yang juga seorang guru sekolah ini dianggap sebagai wonderwomen.

Biarpun kadang kala beliau terlepas pandang penat lelah ibunya menjaga diri beliau, tetapi Tuhan masih berikan masa untuknya membalas budi wanita ini.

‪Mama, Abuyah & Bro datang ofis.‬

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq) on

Selain itu, abang Syed Saddiq, Syed Abdullah juga turut memberi ucapan tahniah kepada adiknya itu di laman instagramnya. Menurutnya usia bukan penghalang untuknya bekerja lebih kuat bagi membuktikan dirinya mampu untuk melakukan kerja dan berjasa kepada negara.

Ads

Dalam pada itu, sebaik diumumkan sebagai Menteri Belia Dan Sukan yang baru juga, mantan menteri sebelumnya, YB Khairy Jamaluddin turut mengucapkan tahniah pada beliau dan berharap beliau dapat membawa kejayaan lebih besar kepada kementerian ini.

Syed Saddiq ‘Anak Emak’ Yang Rapat Dengan Ibunya Kini Dilantik Jadi Menteri Belia & Sukan Paling Muda. Tahniah!

Beliau juga turut mendapat ucapan tahniah daripada netizen yang turut menyokong perlantikan beliau ini.

Syed Saddiq ‘Anak Emak’ Yang Rapat Dengan Ibunya Kini Dilantik Jadi Menteri Belia & Sukan Paling Muda. Tahniah!

Mampu untuk terus bersinar dan terus terbang tinggi.

Syed Saddiq ‘Anak Emak’ Yang Rapat Dengan Ibunya Kini Dilantik Jadi Menteri Belia & Sukan Paling Muda. Tahniah!

Semoga Allah permudahkan segala urusan.

Syed Saddiq ‘Anak Emak’ Yang Rapat Dengan Ibunya Kini Dilantik Jadi Menteri Belia & Sukan Paling Muda. Tahniah!

Ads

Hijabista ucapkan selamat maju jawa dan semoga YB terus kekal positif dan bekerja bersungguh-sungguh demi agama, bangsa dan negara.

BIDODATA YB SYED SADDIQ

Syed Saddiq ‘Anak Emak’ Yang Rapat Dengan Ibunya Kini Dilantik Jadi Menteri Belia & Sukan Paling Muda. Tahniah!

KREDIT FOTO: INSTAGRAM SYED SADDIQ & SYED ABDULLAH

 

 

 

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI