Syawal Pertama Tanpa Mamajee, Fatimah Turun Berat Badan Kerana Rindukannya

Share

Telatah Fatimah serta abangnya Omar Mukhtar dan adiknya iaitu Ali yang menghiburkan hati memang sentiasa dinantikan oleh pengikut setia instagram @thefamily.uk.

Masih terkesan dengan pemergian bapa saudara tercinta iaitu arwah Chef Adam atau lebih mesra dipanggil Mamajee, adik beradik ini terus kuat meneruskan kehidupan walaupun kadang kala sedih menahan rindu buat Mamajee.

Kesayangan Mamajee. Fatimah telah turun berat badannya. Dia masih cuba berusaha untuk menerima kehilangan Mamajee. Tapi jangan bimbang, kami cuba sedaya upaya untuk membuatkannya ceria seperti biasa! Masa akan mengubatinya, InsyaAllah. Tolong doakan Fatimah ya.

Raya pertama kami tanpa Mamajee.. Ali memakai jubah Mamajee sewaktu zaman kecilnya ketika tahun 90an. Hampir 30 tahun yang lalu! 

Selamat Hari Raya dari kami untuk anda dan keluarga. Moga Allah berkati hidup kita harini dan setiap hari.

Tolong sedekahkan Al-Fatihah buat Mamajee ya…

Ramai yang fikir Omar Mukhtar boleh menerima kehilangan Mamajee memandangkan dia sudah besar bagi memahami keadaan. Sebenarnya, dia juga banyak menangis dan kesihatannya juga terjejas. Dia merupakan anak saudara pertama Mamajee dan tiada kata yang boleh gambarkan betapa akrabnya mereka. Sehari selepas Mamajee meninggal, Omar Mukhtar terpaksa menduduki peperiksaan sepanjang minggu. Ianya sukar tapi dia tak mengalah. Dia selalu menyembunyi kesedihannya di depan semua terutamanya Fatimah. Beruntungnya Fatimah dan Ali punya abang seperti Lalajee, Omar Mukhtar. Mamajee pasti bangga dengan kamu.

Published by
Qistina