Debaran siapakah yang dinobatkan sebagai Dewi Remaja 2019 bagi menggantikan Raysha Rizrose, Dewi Remaja 2014/2015 akhirnya terjawab. Shaza Bae telah ditakhtakan sebagai juara Dewi Remaja 2019.

Selain gelaran juara Dewi Remaja 2019, Shaza juga menerima wang tunai sebanyak RM10,000, sebentuk tiara dan trofi selaku pemenang.

Tempat kedua pula dimenangi oleh Adriana Ghafar yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM7000 dan trofi manakala tempat ketiga disandang oleh Nynaa Harizal yang menerima wang tunai sebanyak RM5000.

Tempat keempat dimenangi oleh Syamira Izzati dan tempat kelima jatuh kepada Shatirah Amanda.

Sementara itu, kategori Dewi Inspirasi jatuh kepada Nina Amin yang dipilih berdasarkan nilai semangat dan mampu menjadi inspirasi buat remaja di luar sana. Gelaran Dewi Favourite pula dimenangi oleh wakil tunggal dari Sabah, Sharlina Gilbert Mojinun hasil undian peminatnya di laman web Majalah Remaja.

Ads

Namun apa yang menarik tentang Dewi Remaja kali ini ialah di antara lima peserta akhir Dewi Remaja 2019, salah seorangnya berhijab. Nursyamira Izzati Mohd Nazir atau lebih dikenali sebagai Syamira merupakan seorang finalis yang berjaya memecahkan rekod pencarian Dewi Remaja. Gadis ini menjadi peserta berhijab pertama yang beraksi di pentas final sekaligus memenangi tempat ke empat pencarian Dewi Remaja 2019.

Sepanjang penganjuran Dewi Remaja selama 10 musim terdahulu, banyak perubahan telah berlaku. Antara perubahan tersebut ialah apabila edisi 2014/2015 yang dimenangi oleh Raysha Rizrose memecah sejarah menjadi edisi pertama yang membenarkan peserta berhijab untuk menyertai pencarian Dewi Remaja.

"Alhamdulillah saya telah berjaya membuktikan bahawa peserta berhijab juga mampu untuk bersaing dalam pertandingan seumpama ini. Secara jujurnya tidak mudah kerana menjadi finalis itu sendiri pun, ada ramai yang memandang tingkah laku kami. Apa lagi, saya seorang yang berhijab. Tapi pada saya, apa yang penting kamu perlu tahu yang kamu bukan hanya seorang yang berhijab tetapi kamu adalah seorang Muslim,"

Ads

"Pada saya ini bukan soal menjaga nama wanita berhijab, tetapi ia lebih kepada menjaga nama agama. Jadi kalau kamu membawa diri sebagai seorang Muslim, insyAllah semuanya akan baik-baik sahaja," "Kalau ada tersilap sana sini tu biasalah, kita hanya manusia biasa. Tiada yang sempurna," jelas anak bongsu dari dua beradik ini. Bercerita tentang pengalamannya dengan Dewi Remaja, gadis ini mengakui bahawa sewaktu umurnya 17 tahun, disebabkan ingin berjumpa dengan Neelofa, dia telah pergi ke sesi uji bakat Dewi Remaja ketika itu.

"Saya tahu memang tidak akan terpilih kerana pada waktu itu umur saya baru berusia 17 tahun. Namun begitu, disebabkan Neelofa menjadi juri dan saya teringin benar untuk berjumpa dengannya, saya pergi juga uji bakat, " jelasnya sambil tertawa kecil.

Ads

"Saya ingat lagi Neelofa pesan nanti dah habis belajar awak datang semula. Saya terlepas sesi uji bakat tahun lalu dan Alhamdulillah, tahun ini saya telah dipilih menjadi salah seorang daripada finalis Dewi Remaja,"

"Mula-mula saya rasa macam tak percaya sudah sampai hingga ke tahap ini. Tapi, saya tetap rasa gembira dan bersukur kerana telah diberi kepercayaan untuk menonjolkan bakat yang ada," tambahnya lagi.

Malam kemuncak Dewi Remaja 2019 turut dihadiri oleh alumni keluarga Dewi Remaja seperti Pushpa Narayan (2002/13), Datin Rebecca Nur Al-Islam (2005/06) Ramona Zam-Zam (2009/10) dan Raysha Rizrose (2014/15).

Turut kelihatan ialah finalis Dewi Remaja seperti Natrah Khalid, Fify Azmi, Arena Wan, Anna Jobling, Zeera Azizi serta finalis Hero Remaja 2017; Farhan Asri, Ikmal Amry dan Safwan Nazri.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI