dewi

Teka teka siapakah calon terakhir yang akan ke final Dewi Remaja terjawab apabila nama Syamira Izzati,22, telah diumumkan secara rasmi sebagai finalis di siaran langsung rancangan MeleTOP tadi.

Berebut tempat bersama seorang lagi peserta iaitu Dian Fernandez,19, kemaraan Syamira ini juga mencipta sejarah baru dalam Dewi Remaja kerana dia merupakan gadis berhijab pertama yang mara ke pusingan akhir.

Sedikit info mengenai dirinya, dia merupakan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Keusahawanan) di UiTM Selangor kampus Puncak Alam.

Selain itu, Syamira juga mempunyai minat yang mendalam untuk menjadi seorang pengacara dan berhasrat untuk menonjolkan diri dengan lebih lagi selepas ini.

IKLAN

“Minat saya sangat mendalam di dalam bidang pengacaraan. Oleh kerana latar belakang pendidikan dan keluarga saya bukanlah di dalam bidang seni, mungkin agak sedikit sukar untuk saya tonjolkan diri.

“Saya sedar Dewi Remaja ini merupakan satu platform terbaik untuk saya mengetengahkan dan mengasah potensi dan kebolehan yang ada di dalam diri. Saya juga berharap semoga platfom Dewi Remaja ini membolehkan saya untuk belajar perkara-perkara baru,”ujar Syamira.

IKLAN

Ditanya tentang cita-cita selepas tamat pengajian, akui gadis manis ini jika tidak menyertai Dewi Remaja, dia akan menyambung pengajian ke peringkat sarjana sejurus menamatkan ijazah dan memohon pekerjaan sebagai seorang pensyarah.

“Minat saya untuk bercakap di hadapan audience dan berkongsi sedikit ilmu yang saya ada. Seterusnya menyambung pengajian ke peringkat tertinggi iaitu PhD kerana untuk mendapat gelaran seorang doktor falsafah merupakan impian saya sejak di bangku sekolah lagi.

Mengimbau detik lalu, Syamira tidak menyangka dia akan terpilih sebagai TOP 20 Dewi Remaja. Bagi Syamira, saingan begitu hebat.

IKLAN

“Ketika saya tengok yang mendapat kad “Tahniah” dari juri rata-ratanya mempunyai latar belakang dan pengalaman seni yang hebat. Di situ jujur saya merasakan peluang saya agak tipis tapi benar Allah Maha Kaya, Dia berikan saya rezeki terpilih sebagai top 20.

“Dari situ saya tahu, ada sesuatu dalam diri saya yang dipandang oleh juri. Alhamdulillah saya diberi peluang untuk berkenalan dan berdiri sebaris dengan dewi-dewi lain yang juga sama hebat sebagai Top 20,”jelas Syamira.

Syamira akan berentap bersama empat orang lagi finalis iaitu Shatirah Amanda, Adriana, Nynaa Harizal dan juga Shaza bagi merebut gelaran Dewi Remaja pada hari Sabtu ini.

Anda boleh menyaksikannya secara langsung pada jam 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI